Bagi yang pernah berkunjung ke Pulau Jeju, pasti bersetuju bahawa pulau di selatan perairan Korea Selatan itu merupakan Hawaii versi Asia. Selain keindahan alam ciptaan Ilahi, banyak tarikan pelancong wujud di situ seperti taman tema dinosaur, Muzium Hello Kitty dan muzium erotikisme. Tetapi di sebalik semua ini, tersirat rahsia gelap yang terus menghantui penduduknya sejak 60 tahun lepas.

Bagi warga emas, Go Wan-soon, apa yang berlaku pada zaman kanak-kanaknya itu masih tidak dapat dilupakan sehingga hari ini. Ketika itu, dia berusia sembilan tahun dan menetap di rumah keluarganya di kawasan perkampungan tepi laut Bukchon. Tetapi pada hari itu, entah kenapa pihak t3ntera menyerbu rumah mereka dan memaksa ibunya, dia dan adik lelakinya berusia tiga tahun keluar dari rumah mereka.

Seperti mereka, orang-orang kampung juga dipaksa melakukan perkara sama dan dipaksa berkumpul di laman sebuah sekolah rendah. Mana yang enggan berbuat demikian bakal menerima ‘hadiah’ berbentuk buntut sen4p4ng atau diacu dengan bayonet. Sambil memaksa mereka berkumpul, pihak t3ntera turut memb4kar rumah-rumah mereka.

Dalam satu temubual bersama Asia Times, Wan-soon berkata, “Laman tersebut penuh dengan orang. Saya fikir, ‘Kenapa ramai sangat orang? Apa yang sedang berlaku?’” Dia perasan pada hari itu, semua berpegangan tangan seolah-olah merasakan ada sesuatu yang buruk bakal menimpa mereka.

Bimbang apa yang akan berlaku seterusnya, Wan-soon duduk di belakang di sebuah tembok rendah. Apabila adik lelakinya masih menangis, salah seorang daripada t3ntera yang mengawal mengetuknya dengan buntut sen4p4ng lalu dia terus senyap (disyaki pengsan). Tak berapa lama selepas itu, Wan-soon mendengar bunyi t3mbakan dari s3njata-s3njata automatik dan ramai m4ti di situ.

Apa yang berlaku dianggap satu mimpi ngeri kepada penduduk Bukchon. M4yat-m4yat bukan saja dibiarkan bergelimpangan tetapi ada yang m4ti dalam keadaan mengerikan. Wan-soon yang ketakutan berlindung di satu jalan sempit sambil menyaksikan kediaman jiran-jiranya dib4kar hangus oleh pihak t3ntera.

Bila dia mendengar bunyi raifal, Wan-soon menjangkakan dia akan mati di situ. Tetapi sebuah jip berhenti di kampung berkenaan dengan seorang pegawai mengarahkan mereka berhenti dan beredar dari Bukchon. Selepas mereka beredar, penduduk-penduduk yang terselamat mendapat tahu kampung mereka menjadi sasaran balas d3ndam pihak t3ntera berikutan s3rangan partisan berhampiran Bukchon yang membvnvh dua orang t3ntera.

Mana yang terselamat diarah menutup m4yat yang bergelimpangan dengan selimut bagi mengelak ia menjadi makanan pembangkai seperti gagak. Salah seorang yang m4ti ialah mak cik Wan-soon dan bila dia mengingati semula apa yang berlaku, ia amat meruntun hatinya.

Untuk beberapa bulan berikutnya, lebih banyak insiden menyedihkan menimpa keluarganya. Wan-soon mendengar berita pak ciknya ‘hilang’ iaitu dibvnvh pihak t3ntera dengan mengikat badannya dengan beberapa ketul batu sebelum dicampak ke dalam air. Manakala adik lelakinya m4ti akibat kesan kecederaan kepala dipukul pihak t3ntera semasa s3rangan mengejut mereka ke atas Bukchon.

Wan-soon sendiri hampir m4ti kelaparan akibat s3rangan tersebut. Dan bukan sekali dia mendengar kisah hantu yang menghantui sesetengah tempat di Bukchon. Akibat kisah-kisah ini, dia tidak berani keluar kerana terlalu takut dengan apa yang berlaku.

Apa yang berlaku di Bukchon ini sebenarnya sebahagian daripada babak hitam Korea Selatan yang dikenali sebagai Pembvnvhan Beramai-Ramai Sa-Sam (4:3 atau 3 April) di Pulau Jeju. Antara tahun 1948 hingga 1949 menyaksikan lebih 30,000 orang awam m4ti dibvnvh dalam kempen anti-pemberontakan sebelum P3rang Korea meletus pada tahun 1950.

Rajah 1: Antara contoh kekejaman yang berlaku dalam Peristiwa Sa-Sam. Sumber: http://cedarbough.blogspot.com/2015/03/jeju-incident-jeju-mass4cre.html

Pada tahun 1945, Semenanjung Korea dibahagi dua dengan Amerika Syarikat (AS) mengambil bahagian selatan manakala pihak Soviet mendapat bahagian utara selepas kekalahan Jepun dalam P3rang Dunia Kedua (WWII). Di belah selatan, satu pilihan raya yang mendapat mandat PBB seharusnya diadakan pada Mei 1948 tetapi mendapat tentangan pihak pembangkang yang terdiri daripada Parti Buruh dan sesetengah kelompok nasionalis Korea.

Mereka bimbang sekiranya pilihan raya diteruskan, ia sebenarnya meningkatkan lagi jurang antara belah selatan dengan belah utara. Tetapi semua itu berubah menerusi satu demonstrasi pada 1 Mac yang menyaksikan seorang kanak-kanak m4ti dipvkvl polis dengan enam lagi cedera dit3mbak. Sementara protes umum yang diadakan mengakibatkan ratusan orang ditahan.

Pada 3 April 1948, 500 hingga 700 pejuang partisan menyerang balai-balai polis di Pulau Jeju. Sesetengah daripada mereka mempunyai kaitan dengan Korea Utara manakala bakinya tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan ketika itu.

Sebagai tindak balas, Seoul menghantar ratusan polis, t3ntera dan pasukan separa t3ntera Northwest Youth Corps terdiri daripada penganut Kristian fanatik yang dihalau dari Korea Utara. Menambah lagi pening kepala pihak kerajaan, sesetengah t3ntera yang tidak bersetuju memilih menyertai pejuang-pejuang partisan yang bersembunyi di bukit-bukit Jeju.

Rajah 2: Antara orang awam yang dikumpul di Jeju sebelum dibvnvh oleh polis dan t3ntera Korea Selatan serta anggota separa t3ntera Northwest Youth Corps.

Dengan orang awam dan partisan sukar dibezakan, maka semua dianggap musuh oleh pihak kerajaan. Seperti di Bukchon, penduduk-penduduk akan dikumpulkan sebelum dibvnvh dan kediaman mereka dib4kar hangus. Mana yang cuba bersembunyi dalam terowong atau gua dibvnvh dengan bom thermite sementara yang masih hidup ditahan dan dibawa ke tanah besar.

Pada fasa akhir operasi, barulah tawaran pengampunan ditawarkan dan bantuan dihulurkan kepada penduduk yang terkesan dengan kempen g4nas kerajaan. Tetapi jika orang Jeju menyangka semua ini sudah berakhir, sangkaan mereka tersilap sama sekali. Pada hari-hari awal P3rang Korea, penduduk Jeju ditahan dan dibahagikan mengikut kumpulan A, B, C dan D.

Pengelasan mengikut kumpulan dibuat mengikut nilai risiko keselamatan terhadap Korea Selatan ketika itu. Pada Ogos 1950, satu arahan bertulis dikeluarkan kepada polis Jeju untuk membvnvh tahanan dari kumpulan C dan D sebagai langkah pencegahan. Berdasarkan statistik rasmi, 25,000 hingga 30,000 orang dibvnvh dengan satu perlima daripada mereka ialah wanita.

Bagi penduduk Jeju, apa yang berlaku bagai sudah ditimpa tangga. Sudahlah menjadi mangsa kekejaman rejim yang terlalu paranoia dengan 4ncaman dari sebelah utara, pada waktu malam pula mereka digertak pihak partisan kerana enggan membantu mereka. Dan berikutan kaitan mereka dengan partisan, orang seperti Wan-soon tidak berpeluang mendapat pekerjaan dan didiskriminasi selama bertahun-tahun.

Bagi mengekang perkara ini dari berulang, Parti Buruh Korea Selatan diharamkan menerusi penggubalan Akta Pengkhianat Kebangsaan 1948. Mana-mana individu yang cuba menyentuh peristiwa hitam di Jeju di4ncam hukuman keras termasuk dis3ksa dan p3njara. Arahan ini berkuatkuasa selama 50 tahun termasuk semasa era Park Chung-hee dan Chun Doo-hwan.

Rajah 3: Binaan memorial mangsa Jeju yang dirobohkan pihak kerajaan pada tahun 60-an. Sumber: https://asiatimes.com/2018/04/jeju-koreas-island-ghosts-dead-finally-find-voice/

Cubaan penduduk Jeju mendirikan memorial bagi mengenang Peristiwa Sa-Sam pada tahun 60-an gagal dan memorial tersebut kemudiannya dirobohkan. Pada tahun 70-an, seorang penulis cuba mengadaptasi peristiwa itu dalam sebuah buku tetapi tidak berhasil selepas dia ditahan pihak berkuasa.

Anggota partisan yang terselamat memilih melarikan diri ke luar negara. Manakala bagi polis, t3ntera dan anggota separa t3ntera Northwest Youth Corps pula, ada yang memilih menetap di Jeju dan memainkan peranan penting dalam pasukan keselamatan dan arena politik. Sehingga hari ini, tiada siapa dari belah tiga organisasi ini didakwa di mahkamah atas perlakuan kejam mereka.

Selepas demokrasi dibenarkan kembali pada tahun 1987, barulah Peristiwa Sa-Sam mula diketahui umum dengan Seoul mengakui kewujudan peristiwa berkenaan. Sejak itu, lebih banyak pendedahan dibuat termasuk diadaptasi ke layar perak dan kaca televisyen.

Pada tahun 2003, Presiden Roh Moo-hyun mengadakan lawatan ke Jeju dan memohon maaf atas apa yang berlaku. Beliau berkata, “Disebabkan keputusan salah yang dibuat pihak kerajaan, ramai warga Jeju yang tidak bersalah mengalami banyak kem4tian dan kehilangan tempat tinggal.” Menerusi ucapan itu, ini menjadikan Moo-hyun presiden Korea Selatan pertama yang memohon maaf berkenaan peristiwa 1948 itu.

Pada Januari 2019, mahkamah Jeju memutuskan menolak keputusan mahkamah t3ntera yang mem3njarakan penduduk Jeju dan membebaskan 18 plaintif yang masih hidup serta mengiktiraf mereka sebagai antara yang teraniaya dalam peristiwa berkenaan. Ini disusuli pada April tahun sama, Agensi Polis Kebangsaan Korea dan Kementerian Pertahanan memohon maaf atas apa yang berlaku dan menyifatkan Peristiwa Sa-Sam sebagai satu tragedi yang menyedihkan.

Tetapi ada satu pihak yang terus membisu tentang Jeju iaitu AS. Ramai penduduk Jeju menyifatkan AS sebagai pengecut kerana mengetahui apa yang berlaku di situ tetapi memilih untuk tidak berbuat apa-apa atas alasan Seoul menggerakkan kempen pembersihan terhadap ‘pemb3rontak’ ketika itu. Malah, Peristiwa Sa-Sam turut mendapat liputan akhbar Stars and Stripes termasuk liputan taktik k3jam t3ntera terhadap orang awam.

Rajah 4: Satu gambar di Muzium Keamanan Jeju menunjukkan pihak t3ntera Korea Selatan seolah-olah mendapat arahan bagaimana melaksanakan kempen bumi hangus di Jeju. Sumber: https://asiatimes.com/2018/04/jeju-koreas-island-ghosts-dead-finally-find-voice/

Berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Siasatan Kebenaran Kebangsaaan tentang Jeju dan dibentangkan dalam Perhimpunan Kebangsaan pada 2003, mereka berpandangan kedua-dua kerajaan t3ntera AS Korea dan Kumpulan Penasihat T3ntera Korea patut bertanggungjawab atas apa yang berlaku memandangkan AS ketika itu masih mentadbir Korea Selatan dan seorang kolonel t3ntera AS bertanggungjawab menguruskan keselamatan Jeju.

Hasil siasatan jawatankuasa ini turut mendapat sokongan pakar-pakar akademik. Profesor Kunihiko Yoshida dari Universiti Hokkaido menyifatkan AS seharusnya bertanggungjawab dan membayar pampasan terhadap waris-waris kekejaman di Jeju tetapi mengakui ia sukar dilakukan. Manakala Hur Sang-soo dari Institut Sains Sosial Korea percaya operasi bumi hangus di Jeju digerakkan oleh t3ntera AS dan melihat gerakan partisan sebagai menolak penindasan AS di Korea.

Bagi Wan-soon, dengan dunia kini mengetahui apa yang berlaku di Jeju antara tahun 1948 hingga 1949, dia merasa gembira kerana dapat bercakap tentang orang-orang yang menjadi mangsa kek3jaman di Bukchon. Dan padanya, itu sudah mencukupi.

Yang pasti, jika anda berkunjung ke Jeju selepas membaca kisah ini, pandangan dunia anda akan berubah 360 darjah. Dan percayalah, masih banyak kesan Peristiwa Sa-Sam yang boleh dilihat hari ini. Salah satu daripadanya ialah penemuan kubur besar penduduk berhampiran landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju pada tahun 2008.

Mungkin atas sebab inilah, mengapa ramai mengatakan Jeju dikatakan amat keras dan penuh dengan tempat berhantu. Rupanya, hantu sebenar Jeju ialah masa silamnya yang berdarah yang terus menghantui Korea hari ini. Dan tidak mustahil seperti Jeju, pasti ada lokasi lain yang berkongsi kisah duka serupa menanti masa untuk didedahkan.

RUJUKAN:

Salmon, Andrew. (2018). On Jeju, Korea’s island of ghosts, the dead finally find a voice. Asia Times. https://asiatimes.com/2018/04/jeju-koreas-island-ghosts-dead-finally-find-voice/

Channel News Asia. (2019). South Korean police apologise for Jeju island mass4cre. https://www.channelnewsasia.com/news/asia/south-korean-police-apologise-jeju-incident-mass4cre-11408500

Kirk, Donald. (2018). Is the U.S. to Blame for the Mass4cre on Jeju?. Inside Sources. https://www.insidesources.com/jeju/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.