Sudah menjadi satu kewajiban untuk rakyat Jerman melaungkan “Sieg Heil” (Daulat Kejayaan!) sewaktu pemerintahan Adolf Hitler. Bermula pada 1930-an, ia bertujuankan untuk menzahirkan rasa taat kepada idealisme iaitu Nazisme.

Jila dilihat dalam tulisan-tulisan serta dokumentari, jelas terpampang satu perkara bahawa Adolf Hitler disanjungi rakyat. Namun, satu gambar yang diambil pada 13 Jun 1936 semasa pelancaran sebuah kapal baru telah melahirkan satu tanda tanya akan perkara ini. Dalam gambar itu, seorang lelaki tidak mengangkat tangan ketika perhimpunan di sekelilingnya bertabik hormat kepada Fuhrer Adolf Hitler.

Nama beliau dipercayai August Landmesser. Perkara ini tidak dapat disahihkan atas kekurangan bukti kerana faktor zaman juga perang besar yang berlaku. Tetapi, jika benar dia adalah August Landmesser, maka gambar ini menceritakan satu kisah yang sangat besar maknanya.

Percaya atau tidak, beliau merupakan ahli Nazi yang sangat taat. Beliau menyertai Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional (Nazi) pada 1931 dengan harapan untuk mendapat kerja. Tetapi empat tahun kemudiannya, beliau dipecat kerana bertunang dengan wanita berbangsa Yahudi, bernama Irma Eckler.

Susulan enakmen Undang-Undang Nuremberg, mereka dihalang hak berkahwin, dan pada 29 Oktober 1935, anak pertama mereka dilahirkan dan diberikan nama Ingrid.

Maka 16 bulan selepas inilah berlakunya peristiwa nostalgia, setelah mengharungi pengalaman yang menafikan cinta beliau demi rasisme tepu.

Pada tahun 1937, August dan Irma, serta Ingrid, cuba melarikan diri ke Denmark tetapi ditahan di sempadan. Irma sekali lagi hamil, dan August kemudiannya berdepan dengan tuduhan Rassenchande atau Blutschande, iaitu dari segi istilah bermaksud telah mengotorkan darah Jerman dengan hubungan bersama masyarakat bukan Aryan. August didapati bersalah pada Julai 1937.

Dalam masa setahun, beliau bertekad dengan hujah mustahil untuk mengetahui bahawa Irma benar-benar Yahudi. Atas kekurangan bukti, August dibebaskan pada 27 Mei 1938 dengan amaran keras bahawa pengulangan jenayah ini akan membawa kepada hukuman penjara.

Dibuktikan lagi bahawa undang-undang tidak berperikemanusiaan tidak menghalang cinta mereka. Seperti yang dijanjikan, beliau ditahan pada 15 Julai 1938 dan dipenjarakan selama 2-1/2 tahun dalam kem buruh, Borgermoor. Inilah kali terakhir August akan bertemu kekasihnya, kerana Irma pula ditahan polis Geheime Staatspolizei (Gestapo) dan dipenjarakan di Fuhlsbuttel. Disinilah Irene dilahirkan – di dalam penjara kerana darahnya Yahudi.

Beberapa pucuk surat datang daripada Irma, sehinggalah Januari 1942. Sebulan kemudian, Irma dipercayai telah dibawa ke Pusat Euthanasia Oranienburg, dimana dia adalah salah satu daripada 14,000 orang yang dibunuh.

August dibebaskan pada 19 Januari 1941. Dia dimasukkan dalam angkatan ketenteraan tiga tahun seterusnya, dan akhirnya meninggalkan Ingrid dan Irene sebagai anak-anak yatim piatu selepas terkorban di Croatia pada 17 Oktober 1944.

Anak-anak mereka asalnya ditempatkan dalam rumah anak yatim, kemudian dipisahkan selepas Ingrid dibenarkan untuk tinggal bersama ibu Irma, sementara Irene dibawa ke rumah keluarga angkat pada 1941. Ingrid pun dibawa ke keluarga angkat pada 1953 selepas neneknya meninggal dunia.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply