Sementara isu India-Pakistan masih hangat, boleh kita ambik peluang sembang sikit asal usul konflik India-Pakistan.

Sebenarnya permusuhan India dan Pakistan lebih rumit dari sekadar konflik agama. Ia melibatkan nasionalisme, pertembungan identiti, geopolitik, ekonomi. Of course agama ialah sebahagian daripada pembentukan identiti, tapi ia bukan the whole story.

Permusuhan India dan Pakistan bermula pada 15 Ogos 1947, tarikh British India dibahagikan kepada “Dominion of India” dan “Dominion of Pakistan”.

British India ialah sebuah entiti yang dicipta oleh penjajah British pada tahun 1858 selepas menamatkan pemerintahan Empayar Mughal di utara sub-benua India. Sebelum kedatangan British, sub-benua India tak pernah disatukan di bawah satu entiti politik yang sama. Di belah utara selalunya didominasi oleh Muslim, manakala kawasan tengah dan selatan dikawal oleh penganut Hindu.

Walaupun secara tradisinya, Muslim dan Hindu di sub-benua India bermusuhan. Tapi dalam melawan British, Muslim dan Hindu masih boleh bersatu. Pemberontakan Sipahi tahun 1857 ialah kebangkitan Muslim dan Hindu yang digagalkan oleh British.

Jadi, untuk memastikan pemerintahan yang berkesan, British memperkenalkan dasar “divide and rule”. Macam tak biasa. British memberi kelebihan kepada Hindu, dan lama-kelamaan Muslim jadi ketinggalan dari segi ekonomi, politik dan everything. Ini membawa kepada kesangsian antara Hindu dan Muslim.

Dan dengan itu British dapat mengelakkan sebarang cabaran kepada kuasanya. Sebab kalau Hindu bangkit, mesti Muslim takut dan bantah; kalau Muslim bangkit, Hindu pula takut dan bantah.

Tapi apabila api kesedaran nasionalisme tersebar kepada British India, gerakan nasionalis mewujudkan identiti kebangsaan yang merentas identiti keagamaan. Mahatma Gandhi ialah antara tokoh nasionalis yang memperjuangkan kesatuan Hindu-Muslim menentang British.

Kemuncaknya ialah Gerakan Khilafat dari 1919-1924 di mana Hindu dan Muslim di British India sama-sama menunjukkan solidariti terhadap khalifah kerajaan Islam Uthmaniyyah di Turki. Gila British gelabah. Tapi selepas kegagalan gerakan khilafat, perbezaan antara Hindu dan Mulism mula emerge.

Muslim takut mereka akan ditindas selepas kemerdekaan British kerana kedudukan mereka sebagai minoriti. Justeru itu pemimpin Muslim seperti Muhammad Ali Jinnah dan Muhammad Iqbal mula mencadangkan supaya Muslim diasingkan dalam sebuah negara baharu bernama “PAKSTAN” yang terdiri daripada wilayah Punjab, Afghania, Kashmir, Sindh dan Baluchistan. Disebabkan nama Pakstan susah disebut, jadi ditukar jadi Pakistan.

Gandhi menentang gerakan Pakistan ini. Beliau ingin menghalang perpecahan India atas faktor agama yang akan memberi kesan memanjang. Tapi keinginan untuk berpisah dah tak dapat dipadamkan. Malah ekstrimis di kalangan Muslim dan Hindu mencetuskan konflik bersenjata, bunuh-membunuh. Untuk mengelakkan keadaan bertambah buruk, akhirnya British India diberi kemerdekaan dan dipisahkan jadi dua negara.

Wilayah seperti Punjab juga dibahagikan ikut agama: Punjab barat dimasukkan ke dalam Pakistan, Punjab timur dimasukkan ke dalam India. Bengal barat dimasukkan ke dalam India, Bengal timur dimasukkan ke dalam Pakistan. Bengal timur ini dinamakan sebagai “Pakistan Timur” dan pada tahun 1971, ia merdeka daripada Pakistan menjadi “Bangladesh”.

Gandhi rasa murung dengan perpecahan India. Beliau masih harapkan sebuah India yang bersatu, merangkumi Hindu dan Muslim. 15 Ogos 1947 tidak disambut dengan kegembiraan, sebaliknya Gandhi berkabung dan berpuasa. Dan pada 30 Januari 1948, Gandhi dibunuh oleh ekstrimis Hindu kerana dianggap gagal mempertahankan keutuhan wilayah India.

Jammu dan Kashmir mahu kekal merdeka, tak mau join mana-mana India atau Pakistan, tapi tidak semudah itu. Sumber air utama Pakistan iaitu Sungai Indus mengalir melalui kawasan Jammu dan Kashmir. Sekiranya Jammu dan Kashmir tidak berada di bawah kawalan Pakistan, keselamatan sumber air Pakistan menjadi persoalan.

Untuk merebut Jammu dan Kashmir, India dan Pakistan berperang pada 1947, 1965 dan 1999. 2001-2002 hampir berperang dan 2-3 hari ini pun gayanya macam nak perang.

Selain kepentingan geopolitk untuk secure Jammu dan Kashmir, sebenarnya permusuhan India dan Pakistan ini ialah “necessary evil” untuk sustain identiti India dan Pakistan masing-masing.

Walaupun semasa perpecahan, India dan Pakistan masing-masing digambarkan sebagai negara orang Hindu dan negara orang Islam, tapi faktor agama nampaknya tidak berjaya melekatkan semua kaum-kaum dalam negara masing-masing.

Pakistan Timur minta diceraikan kerana orang Bengal di sana melihat diri ditindas, walaupun sama-sama Islam tapi jurang identiti masih wujud. Sehingga hari ini, Pakistan masih dibelenggu masalah pemisah Baluchistan (ingin membina negara tersendiri dengan kaum Baluch di Iran) dan Pashtun (ingin bergabung dengan Afghanistan).

Hubungan etnik di India jauh lebih rumit dengan ratusan kaum dia. Tanpa satu ideologi seperti Hindutva (nasionalisme Hindu), maka tiada satu “centripetal force” yang boleh menyatupadukan semua orang India.

Jadi India dan Pakistan masing-masing memerlukan satu sama lain untuk sustain identiti masing-masing. Lebih kurang macam Malaysia dan Singapura, atau Malaysia dan Indonesia. Dengan mewarisi sempadan yang ditinggalkan oleh penjajah yang tidak menggambarkan identiti setempat, negara perlu membentuk identiti yang boleh sustain kesetiaan rakyat. Dan antara identiti yang paling “convenient” ialah menjadikan negara jiran sebagai “punching bag”.

Melihat tragedi pembahagian India dan Pakistan yang diakibatkan oleh “distrust” antara kaum, moga-moga kita pun diberi kebijaksanaan oleh-Nya dalam mengurus konflik sosial, tidaklah sampai perpecahan dan pertumpahan darah seperti mereka.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.