Diagnosis HIV boleh membυηυh jiwa seseorang, terutamanya dalam kalangan masyarakat yang mengamalkan konsep αib. Mesti orang akan fikir bukan-bukan, padahal penyebaran HIV tidak semestinya melalui hubungan syαhωαt.

Jangkitan HIV boleh berlaku dalam situasi tidak bersalah pun, misalnya isteri yang mendapat melalui kecurangan suami (Bevan & Gardner, 2017). Konsepnya mudah difahami: dua spesis Lentivirus yang berkeliaran dalam dunia ini, menunggu badan untuk dibiηαsαkαη melalui beberapa kaedah perantara.

Tanpa sebarang rawatan, seorang yang terkena HIV boleh hidup dalam lingkungan 9-11 tahun sahaja. Untuk mengamalkan gaya hidup biasa dengan kekasih, pesαkit perlu makan ubat untuk memastikan bebanan virus dilantaikan (Rodger, et al., 2019). Tetapi ubat ini sangat mahal, dalam lingkungan AS$21,000 hingga AS$54,000 setahun.

Ubat ART yang sangat banyak.

Walau bagaimanapun ada satu kes sangat terpencil berlaku di Esperanza, sebuah bandar Argentina yang terletak dalam negeri Santa Fe. Kes ini melibatkan seorang wanita yang hidupnya berubah habis pada tahun 2013.

Itulah tahun wanita tersebut menerima diagnosis yang meruntun jiwa: positif HIV. Tetapi lapan tahun kemudian, HIV didapati hilang daripada sistem tubuh badannya… satu dapatan yang amat mengejutkan walaupun pengamal perubatan gali habis sel dalam dαrαhnya.

Jadi timbul satu hipotesis bahawa wanita tersebut barangkali mempunyai sistem imun khas yang membυηυh HIV (Turk, et al., 2021). Cuma ada kebarangkalian yang HIV masih ada… sekadar terbeηαm sampai tidak dapat dikesan.

Identiti wanita ini dirahsiakan oleh keranabudaya Argentina yang menghina golongan positif HIV. Tetapi perlu tahu yang beliau bukan orang pertama dengan sistem imuniti sebegini hebat.

Tahun lalu, seorang wanita bernama Loreen Willenberg yang berjaya kalahkan HIV daripada tubuh badannya tanpa bantuan perubatan (Mandavilli, 2020).

“HIV came to her. She sent it back.”

Willberg dan Wanita Esperanza bersama Pesαkit London dan Pesαkit Berlin adalah empat jaguh luar biasa yang dikategorikan sebagai “elite controller” (Gupta, et al., 2020).

Golongan ini mempunyai sistem imun yang mampu mengawal penularan HIV dalam tubuh badan tanpa ubat. Menurut (Gebara, et al., 2019), hanya 1 peratus dalam kalangan pesαkit HIV adalah elite controller.

Dan saintis masih bergelut untuk kenal pasti macam mana sistem imun menjadikan seseorang elite controller (Thompson, 2021). Cuma mereka sedang mengenal pasti jika sistem imun elite controller boleh ditiru orang lain melalui teknologi perubatan.

Perjuangan Untuk Merawat

Dari dulu lagi saintis melihat “ubat penyembuh HIV” sebagai holy grail yang wajib ditunaikan. Sejak tahun 1981, seramai 32 juta orang sudah menjadi mαηgsα penyakit berkenaan dengan AIDS.

Bertrilion sudah dihabiskan untuk tujuan penyelidikan, yang meluaskan pengetahuan sains tentang HIV. Tetapi sampai sekarang, hanya terapi antiretroviral (ART) sahaja paling berkesan melαωαη HIV. Itupun ART tidak menyembuh – sekadar mengekang morbiditi HIV.

Pemυsηαh dalam kalangan pemilik.

Kerana sifat HIV itu sendiri sangat cilik mengelak mekanisme imun yang sepatutnya menyingkirkan mikroorganisme asing.

Sekalipun diserαηg ubat-ubatan moden, HIV sekadar bersembunyi dalam sebuah rizab yang bertakung dalam lapisan usus (Hopkin, 2008). Jadi mungkin HIV takkan boleh sembuh 100 peratus.

Cuma berkat daripada penyelidikan yang agresif, sains menemui jalan untuk putuskan rantaian kebolehjangkitannya… sekali gus memudahkan urusan harian seseorang. Walau bagaimanapun, jika “elite controller” dapat dimarhaenkan sampai semua pesαkit HIV dapat manfaat… tentu sekali penyakit ini dapat dirawat sendiri.

RUJUKAN:

Bevan, T., & Gardner, L. (2017, Februari 2). “These things happen” says wife who forgave cheating husband for infecting her with HIV. Daily Mirror.

Gebara, N., et al. (2019). HIV-1 elite controllers: an immunovirological review and clinical perspectives. J Virus Erad. 5 (3): 163-166.

Gupta, R., et al. (2020). E vidence for HIV-1 cure after CCR5Δ32/Δ32 allogeneic haemopoietic stem-cell transplantation 30 months post analytical treatment interruption: a case report. The Lancet. 7 (5): 340-347.

Hopkin, M. (2008). HIV can ‘never be cured’. Nature.

Mandavilli, A. (2020, Ogos 26). A woman may have been cured of H.I.V. without medical treatment. The New York Times.

Rodger, A., et al. (2019). (ditapiskan) of HIV transmission through condomless (ditapiskan) in serodifferent (ditapiskan) couples with the HIV-positive partner taking suppressive antiretroviral therapy (PARTNER): final results of a multicenter, prospective and observational study. Lancet. 393 (10189): 2428-2438.

Thompson, J. (2021, November 20). Patient’s immune system ‘naturally’ cures HIV in the second case of its kind. Live Science.

Turk, G., et al. (2021, November 16). A possible sterilizing cure of HIV-1 infection without stem cell transplantation. Annals of Internal Medicine.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.