Antara 14-15 Ogos tahun 1281, 3500 kapal armada laut Mongol yang dipimpin oleh Kublai Khan menuju ke Jepun dari Tanah Besar China dalam serangan kedua mereka ke atas negara matahari terbit tersebut.
Namun belum sempat mereka sampai untuk menyerang dari arah pantai Jepun, semua kapal mereka lenyap dan musnah akibat ribut taufan untuk akhirnya tenggelam dan bersemadi bersama seluruh angkatan tentera Mongol di dasar laut.
Kebanyakan kapal Mongol yang diikat sesama sendiri hanya tambah memburukkan keadaan apabila lebih menyukarkan untuk ianya dikawal dalam huru hara yang berlaku atau diselamatkan akibat bencana tersebut.
Sebenarnya, serangan kedua ini adalah cubaan pembalasan dendam di atas kegagalan pertama serangan Mongol ke atas Jepun. Sekalipun tentera Mongol berjaya mendarat dan menyerang Jepun kali pertama pada tahun 1247, mereka telah dikalahkan dan diasak untuk terpaksa berundur hanya selepas sehari mendarat di Jepun.
Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, dalam perjalanan balik, armada laut Mongol turut dilanda ribut yang sama, memusnahkan hingga sepertiga saki baki kapal mereka tenggelam di dasar laut Jepun.
Dua peristiwa bersejarah yang dibantu oleh dua ribut taufan ini dianggap sebagai campurtangan Tuhan terhadap pulau dan rakyat Jepun. Kepercayaan Shinto mereka menjadi lebih kuat kerana mereka percaya bahawa pulau mereka dilindungi Tuhan.
Kerana dua bencana yang menghapuskan armada Mongol itu, rakyat Jepun menggelarkan taufan tersebut itu sebagai ‘Kamikaze’ yang bermaksud ‘Divine Wind’ atau Angin Tuhan.
‘Superstitious’ yang sama juga menjadi pemberat mengapa seluruh Jepun menjadi berani kerana percaya Amerika dan sekutu Berikat tidak akan dapat mencecah tanah Jepun untuk mengalahkan mereka dalam Perang Dunia Kedua.
Malah ia kemungkinan menjelaskan juga mengapa pihak Berikat tidak mempertimbangkan serangan secara terus ke atas Jepun dengan tentera mereka untuk menundukkan Jepun, berundur dari Perang Dunia Kedua, sebaliknya memilih untuk menggunakan bom nuklear yang digugurkan dari udara.
Ironinya, hari ini juga pada tahun 1947 merupakan hari dimana titah rakaman audio baginda Hirohito, Maharaja Jepun didengarkan ke seluruh negara untuk mengumumkan penyerahan diri dan sebagai pengakuan kalah Jepun di dalam Perang Dunia Kedua, seminggu selepas bom nuklear digugur dan meranapkan Hiroshima dan Nagasaki.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih