Ka’ab Bin Zuhair ialah seorang penyair arab yang masyhur. Dia lahir dari kalangan kaum kerabat keluarga penyair serta mempunyai seorang saudara bernama Bujair.

Bujair memeluk Islam lebih awal. Sementara Ka’ab pula banyak menukilkan syair yang menghina Rasulullah. Penulisannya tersebar dan namanya dikenali sebagai orang yang mengecam baginda.

Selepas Perang Taif, Bujair mengutuskan berita kepada Ka’ab. Dia mengkhabarkan bahawa beberapa orang Mekah yang menghina Rasulullah telah mati dibunuh akibat kebiadaban mereka. Sisa baki pengecam yang membawang lari bersembunyi.

“Kalau kamu masih menyayangi dirimu maka datanglah kepada Rasulullah karena beliau tidak membunuh orang yang datang bertaubat, jika tidak maka selamatkanlah dirimu,” ujar Bujair.

Amaran ini diambil serius oleh Ka’ab.

Dia pun pergi mencari perlindungan di rumah-rumah kenalannya. Tidak ada seorang pun sanggup menyembunyikan dirinya. Masa senang sama-sama, masa susah tak mengaku kawan. Tak boleh pakai punya kawan.

Lantas, bagi menyelamatkan diri, Ka’ab memutuskan untuk berjumpa Nabi.

Setibanya dia di Madinah, Ka’ab meminta pertolongan orang Juhainah untuk menunjukkan di manakah Nabi. Ka’ab pun menyamar dengan kain yang menutup wajahnya. Agar tiada siapa mengenali dirinya.

Seusai Solat Subuh, Kaab berjumpa baginda. Dia  duduk menghadap dan meletakkan tangannya di atas tangan Rasulullah.

Kaab berkata, “Ya Rasulullah, Kaab bin Zuhair, dia telah datang sebagai muslim yang bertaubat memohon perlindunganmu. Apakah Anda berkenan menerimanya jika aku membawanya ke sini?”

 Nabi menjawab, “Ya.”

Kaab berkata, “Akulah Kaab bin Zuhair.”

Nabi berkata, “Bukankah engkau yang mengatakan sekian-sekian (syair penghinaan)?”

Kemudian baginda meminta Abu Bakar membacakan bahagian syair Ka’ab Bin Zuhair.

Mendengarkan penghinaan daripada syairnya sendiri, lantas Ka’ab mengubah beberapa frasa daripada syairnya itu kepada bait-bait kasih sayang. Mengubah busuk kepada wangi. Mengubah benci kepada cinta.

Lalu seorang laki-laki Anshar berkata, “Ya Rasulullah, biarkan aku memenggal lehernya.”

Nabi menjawab, “Biarkan dia, dia datang bertaubat membuang masa lalunya.”

Tanpa membuang masa, Kaab pun bersyair meminta maaf dan memuji Rasulullah dan para sahabat. Setelah ini, penyair yang awalnya menghina Rasulullah, namun kemudiannya memuji Rasulullah, telah menyempurnakan senaskhah syair berjudul Banat Su’ad. Ia merakamkan qasidah cinta terhadap Rasulullah.

Rasulullah pun menghadiahkan sehelai burdah kepada Ka’ab. Muawiyah Bin Abi Sufyan pernah menawarkan 10,000 dirham kepada Ka’ab untuk membeli burdah tersebut. Ka’ab membalas, “Aku tidak akan sesekali melepaskan peninggalan Rasulullah.”

Setelah kematian Ka’ab, burdah tersebut berhasil dibeli Muawiyah daripada keluarganya dengan harga 20,000 dirham. Ulama’ berselisih pendapat sama ada ianya masih dalam simpanan sultan ataupun telah hilang akibat penjarahan Tatar.

Ka’ab bermadah:

Suad telah pergi, pada hari ini hatiku sedih Gelisah sesudahnya, ia masih teringat dan belum lepas

Gelisah sesudahnya, ia masih teringat dan belum lepas

Para penyebar isu di sekitarnya beraksi dan berkata

Wahai Ibnu Abu Sulma kamu pasti mati

Sementara semua teman yang aku harapkan berkata

Aku tidak meninggalkanmu, aku sibuk darimu

Aku berkata biarkan jalanku tidak ada bapak bagimu

Segala apa yang ditakdirkan ar-Rahman pasti terjadi

Setiap anak seorang wanita meskipun berumur panjang

Suatu hari dia akan dipikul di atas keranda

Aku diberitahu bahwa Rasulullah mengancamku

Dan maaf di sisi Rasulullah benar-benar diharapkan

Kalem, engkau telah dibimbing oleh dzat yang memberimu

Mukjizat al-Qur`an yang berisi nasihat dan rincian

Jangan menghukumku dengan dasar ucapan penyebar isu

Aku tidak bersalah walaupun orang-orang berkata tentangku

Tengkuknya senantiasa bergetar karena takut

Jika tidak ada jaminan rasa aman dari Rasulullah

Sehingga aku meletakkan tangan kananku yang tidak aku lepas

Pada telapak tangan pemilik hukuman setimpal ucapannya benar

Sesungguhnya Rasul adalah cahaya yang menerangi

Kuat pemberani dari pedang India yang terhunus

Bersama sekelompok orang Quraisy, salah satu dari mereka berkata

Di lembah Makkah ketika mereka masuk Islam, hijrahlah

Mereka berhijrah, mereka dianggap lemah, mereka tidak berperisai

Pada saat bertemu musuh tanpa pedang dan senjata

Mereka tidak sombong jika tombak mereka membunuh

Suatu kaum, mereka tidak sedih jika mereka kalah

Tikaman tidak terjadi kecuali pada leher mereka

Mereka tidak pernah mundur dari telaga kematian

Petikan Syair Banat Su’ad

Dia berkata dengan segala harapan

Semua taulan akan menolong

Tidak aku tidak mempermainkan

Sesungguhnya aku merinduimu

Kujawab biarkan aku

Menempuh jalan sendiri

Tiada menyempurnakan kamu

Takdir Tuhan pasti berlaku

Semua putera dilahirkan ibu

Walau usia lanjut menuju

Namun pada hari yang satu

Dinaikkan ke atas tandu

Aku diberitahu

Janji Rasulullah kepadaku

Kemaafan akan diberi

Kemaafan Rasulullah sangat kudambai

Kudatangi Rasul terutama

Kata qalbu pohon keampunan

Kiranya Rasulullah menerima

Daripada kemaafan

Tenanglah Allah menunjukkan

Dengan kitab suci al-Quran

Di dalamnya ajaran-ajaran

Merangkumi hukum dan aturan

Aku tidak tergoda

Oleh penghasut dengan pujuk rayu

Sebab aku tidak berdosa

Meskipun banyak yang mengataiku

Rujukan:

  1. Al-Is’ad. Syarah Banat Su’ad.
  2. Tabarruk Sahabat Bi Atsari Rasulillah Shallallahu Alaihi Wasallam Wa Bayani Fadhlihi Azim. Muhammad Tohir Bin Abdil Qadir Kurdi Al Makki.
  3. Zaadul Maad Ibnu Qayyim jilid 3, ar-Rahiqul Mahtum al-Mubarokfuri
  4. PUISI KA’AB BIN ZUHAIR KEPADA BAGINDA (S.A.W). https://tarbiahqalbu.wordpress.com/2017/10/31/puisi-kaab-bin-zuhair-kepada-baginda-s-a-w/

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Comments are closed.