Kebiasaannya kita dengar raja dihukum bvnvh apabila berlakunya revolusi rakyat dan pertukaran sistem dari monarki kepada republik seperti yang berlaku pada Raja Perancis, Raja Louis XVI.

Namun di Alam Melayu, terdapat kisah sultan yang m4ti dihukum bvnvh dalam sistem kerajaannya sendiri. Sejarah ini merupakan sebuah sejarah unik yang membuktikan bahawa tidak semua sistem monarki di Alam Melayu memberi kekebalan undang-undang kepada raja.

Kesultanan Buton yang terletak di bahagian tenggara Sulawesi merupakan sebuah kerajaan yang pernah berdiri di Alam Melayu yang kuat berpegang pada Islam. Beberapa orang sultannya adalah terdiri dari golongan ulama seperti Sultan Idrus Qaimuddin.

Betapa kuatnya pegangan agama kerajaan Buton hingga terkanunnya falsafah atau cogan kata kerajaan iaitu janganlah diri asalkan daerah, janganlah daerah asalkan adat, janganlah adat asalkan agama.”

Cogan kata ini bermaksud kepentingan agama mesti mendahului kepentingan adat, kepentingan adat mesti mendahului kepentingan daerah dan kepentingan daerah mesti mendahului kepentingan individu.

Sistem perlantikan sultan di Buton juga agak berbeza daripada kelaziman sistem perlantikan sultan kerajaan-kerajaan yang lain di Alam Melayu suatu ketika dahulu. Sebagaimana kelaziman kerajaan-kerajaan lain yang secara automatik melantik sultan dari putera sulong sultan, sultan di Buton dipilih dari kalangan kerabat sultan oleh sebuah majlis syura yang dipanggil Siolimbona.

Siolimbona akan memilih sultan berdasarkan kepada calon-calon dari kalangan kerabat sultan yang dikemukakan oleh Bonto (pembesar-pembesar Buton). Para Bonto ini akan mencari calon-calon yang berkelayakan untuk dipilih menjadi sultan.

Kerajaan Buton juga telah mengamalkan sistem pengasingan kuasa seperti yang diamalkan oleh kerajaan-kerajaan moden pada hari ini. Kerajaan Buton terdiri daripada tiga badan utama iaitu Sara Pangka yang berfungsi sebagai sebuah badan eksekutif, Sara Gau yang berfungsi sebagai badan legislatif dan Sara Bhitara yang berfungsi sebagai badan kehakiman.

Selain itu, dalam sistem perundangan, semua orang adalah tertakluk di bawah undang-undang termasuk sultan. Buktinya, sultan-sultan di Buton boleh dihukum termasuk dengan hukuman pemecatan dan hukuman m4ti. Ini kerana Siolimbona mempunyai bidang kuasa untuk memecat sultan.

Menurut catatan sejarah Buton, terdapat beberapa orang Sultan Buton yang pernah diturunkan takhta, diasingkan ke luar negara dan dihukum m4ti.

Sebagai contoh, Sultan Buton ke-8 iaitu Sultan La Cila Mardan Ali (1647-1654) telah dihukum bvnvh atas beberapa kesalahan besar yang bertentangan dengan agama Islam dan adat yang baginda lakukan.

Antaranya, baginda Sultan La Cila Mardan Ali telah didakwa menjalinkan hubungan dengan Belanda tanpa persetujuan Majlis Syura. Hukuman bvnvh ini jelas menunjukkan di Buton, para sultan tidak kebal di sisi perundangan dan begitu besarnya peranan Majlis Syura (Siolimbona) sebagai kuasa semak dan imbang.

Inilah antara kisah menarik dalam sistem kesultanan dan pentadbiran di Alam Melayu. Kisah ini juga ada saya selitkan dalam buku Raudhatus Salatin (Sejarah Sultan-sultan Soleh Di Alam Melayu). Jika berminat boleh hubungi Penerbit Alami.

Gambar : Saya di hadapan Masjid Agung Kesultanan Buton di Kota Bau-bau. Suatu ketika dulu, perlaksanaan hukuman berasaskan Syariat Islam pernah berlangsung di sini.

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Undang-undang Islam (LLM), Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Kini sedang menyambung pengajian Doktor Falsafah di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengarah Maktab Tamadun Alam Melayu dan Islam.

Comments are closed.