ejak zaman berzaman, manusia sentiasa kena hadap pelbagai jenis wabak penyakit. Ajaibnya kita masih lagi dapat bertahan sampai ke hari ini. Tapi ramai juga yang tewas. Antaranya adalah Sultan Perak yang mangkat kerana wabak Spanish Flu.
Apa sebenarnya yang terjadi? Sebab jarang kita dengar tentang wabak penyakit global melanda Malaysia sebelum merdeka dahulu.
Pada mulanya Spanish Flu tidak pernah sampai pun di Tanah Melayu. Tapi secara tiba-tiba penyakit itu mula dikesan di Pulau Pinang. Masa tu keadaan masih terkawal sebab cuma puluhan orang je yang kena penyakit Spanish Flu.
British yang berkuasa ketika itu rilek je. Sebab katanya wabak tu tak teruk pun. Sebab dalam waktu yang singkat wabak Spanish Flu dah reda. Masalahnya dekat negara luar, gelombang kedua Spanish Flu mula melanda.
British dekat Tanah Melayu masih rilek. Padahal British dekat Afrika Selatan dah bagi amaran untuk suruh deme berhati-hati. Tanpa disangka-sangka gelombang kedua Spanish Flu melanda Pulau Pinang.
Dia punya teruk sampai hospital dekat Pulau Pinang ni lumpuh. Dalam masa yang singkat Spanish Flu terus tersebar di seluruh Tanah Melayu sampai British tak dapat buat apa-apa. Memang ramailah yang terjangkiti. Kebanyakkannya tak dapat bertahan untuk terus hidup.
Paling mengejutkan sekali adalah Sultan Perak iaitu Sultan Abdul Jalil dikatakan turut dijangkiti Spanish Flu. Sebab simptom Spanish Flu seperti selsema, sesak nafas dan demam yang teruk ada ketika baginda gering.
Akhirnya baginda mangkat pada 26 Oktober 1918 di Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Banyak lagi penyakit yang anda boleh tahu dengan THE PLAGUE! Buku yang sesuai untuk korang dapatkan ilmu sebegini! Mari beli di Shopee kami:

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply