Artikel ini adalah berkenaan Sultan Abdulmecid II (Abdul Mejid II).

93 tahun yang lalu, Sultan Abdul Mejid II, iaitu sepupu kepada Sultan Uthmaniyah yang terakhir, Sultan Mehmed VI telah dilucutkan gelaran khalifahnya oleh pemerintah Republik Turki yang baru sahaja dibentuk 6 bulan sebelum itu.

Walaupun kuasa sebenar khalifah berakhir pada zaman pemerintahan Sultan Mehmed VI, namun Turkish National Assembly (Dewan Negara Turki) telah menyerahkan jawatan khalifah kepada Sultan Abdul Mejid II hanya sebagai simbol sahaja dan tiada langsung kuasa eksekutif.

Sebahagian besar awal hidup baginda dihabiskan di istana, iaitu selama 40 tahun. Ayahnya, Sultan bdul Aziz dan 3 sepupunya memerintah sepanjang 40 tahun itu.

Sultan Abdul Mejid II amat terkenal sebagai seorang pelukis, malah baginda dianggap sebagai antara pelukis ternama Turki di zamannya. Di antara lukisan baginda yang terkenal ialah lukisan isterinya yang sedang membaca buku Goethe yang bertajuk Faust dan juga potret dirinya sendiri.

Bagi mereka yang menyanjungi Empayar Uthmaniyah, Sultan Abdul Mejid II adalah satu-satunya asas pegangan kepada sejarah kekhalifahan yang panjang. Ada percubaan untuk menghidupkan kembali kuasa khalifah dan mereka sering menjadikan sultan ini sebagai simbol penentangan kepada sistem pemerintahan sekular yang dibawa oleh Mustafa Kemal Ataturk.

Perkembangan ini semestinya tidak disenangi oleh Mustafa Kemal dan akhirnya jawatan khalifah yang hanya tinggal nama ini dihapuskan untuk selama-lamanya dari Bumi Turki setelah Republik Turki diisytiharkan pada 29 Oktober 1923.

Sultan Abdul Mejid II kemudiannya dihalau dan meninggalkan Turki keesokan harinya dengan menaiki keretapi ‘Orient Express’ ke Switzerland. Baginda hanya diberi £2,000 ketika meninggalkan Turki.

Hidup baginda di Kota Paris banyak dibantu oleh Nizam-Ul-Mulk Hyderabad yang memerintah Negeri Hyderabad di India di bawah Dinasti Asaf Jah. Setiap bulan Sultan Nizam ini akan menghantar wang elaun untuk sara hidup Sultan Abdul Mejid II. Malangnya, Dinasti Asaf Jah ini juga di bawah kuasa kolonial Inggeris di India. Elaun ini hanya akan diberi setelah Inggeris memperkenankan penghantarannya.

Pada tanggal 23 Ogos 1944, baginda mangkat di kediaman beliau di Boulevard Suchet, Paris, Perancis. Jenazah baginda dikebumikan di Kota Madinah, Arab Saudi atas arahan dan perkenan Sultan As-Saud.

Terdapat beberapa percubaan untuk menghidupkan kembali sistem khalifah yang disokong British (asalkan datang dari tanah jajahannya) seperti sidang di Mesir pada tahun 1926, namun, ianya tidak berhasil.

Begitulah pengakhirannya sistem kekhalifahan Islam yang agung. Baginda merupakan khalifah yang ke-101 dari zaman Saidina Abu Bakar RA.

Adakah akan muncul khalifah yang baru? Khalifah akhir zaman mungkin?

Wallahua’lam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pengembara warisan yang fokus kepada tinggalan sejarah dan budaya setempat. Gemar membaca dan menulis itu cara beliau mengekspresi diri dan dunia marcapada

Comments are closed.