Ada satu tempat di Singapura bernama Fort Canning.Namun penduduk tempatan terutamanya orang Melayu menyebut tempat itu sebagai Bukit Larangan (Forbidden Hill).

Semasa British datang ke Singapura,mereka bertanyakan tentang bukit itu.Penduduk tempatan memberitahu bahawa bukit itu dinamakan Bukit Larangan dan mereka tidak berani naik ke atas kerana dikatakan kononnya di sana bersemadi roh raja-raja Melayu purba (the ancient Malay Kings).

Orang-orang British menganggap ini semua dongeng dan mitos semata-mata.Kolonel Farquhar (wakil Raffles) seakan tidak mempercayai kata-kata Temenggung Abdul Rahman (wakil pemerintah Singapura bagi Empayar Johor-Riau) tentang bukit itu,dimana Temenggung memberitahu di sana dahulunya ada sebuah istana raja-raja dahulukala.

Farquhar tidak percaya.Orang British tidak percaya.Orang Melayu hanya suka membuat cerita dongeng,fikir mereka.

Apabila ini dilaporkan kepada Raffles,dia mahu meninjau bukit itu sementelah dirinya telah banyak mengkaji sejarah raja-raja Melayu di Asia Tenggara. Salah seorang peminat sejarah Melayu,dia tahu ada sesuatu di atas bukit misteri itu!

Raffles naik ke atas.Penduduk kampung sekitar enggan naik.Raffles telah melihat sesuatu yang membuatkan dia berangan-angan mahu membina rumah kediaman di sana.

Pada tahun 1822,John Crawford, Residen Kedua telah melaporkan beberapa penemuan menarik.Ketika dia meninjau-ninjau,dia mendapati terdapat struktur binaan batu-bata yang tersembunyi di dalam semak belukar.Alangkah terkejut dia apabila mendapati sebenarnya sebahagian utara dan barat bukit itu dikelilingi oleh binaan batu-bata itu.

Pada suatu ketika Crawford telah naik ke puncak bukit.Dia telah menemui struktur bangunan yang dibuat dari kayu;usang dan hampir roboh.Crawford terus berjalan ke arah selatan bukit.Di sini dia telah menemui ‘Secret Garden'(pernah tengok filem Secret Garden?),iaitu satu kawasan seakan bekas taman buah-buahan yang luas dimana terdapat pokok-pokok yang bukan pokok hutan semulajadi.Crawford diberitahu bahawa kawasan istana raja Melayu dan Jawa memang mempunyai taman yang diisi dengan pokok buah-buahan.Dari sini,mitos istana purba raja Melayu di Bukit Larangan sebenarnya bukan mitos.Apabila Raffles mendengarkan ini, dia telah meyakini bahawa Sulalatus Salatin ada ‘something‘ di sana.

Selepas itu dari era penjajahan hingga ke Singapura Moden,mereka telah menggali bukit itu dan menemui beribu-ribu item dari duit syiling emas,tembikar Cina,manik-manik dan patung-patung.

Cerita tentang Raja Tri Buana, Nila Utama dan Demang Lebar Daun, Wan Empuk dan Wan Malini akhirnya bukan dongeng yang sengaja dibuat. Raffles mengesahkan Bukit Larangan adalah tempat bersemayam raja-raja Temasek iaitu raja-raja Melayu Singapura pada masa purba.The residence of ancient Malay kings of Singapore.

Pada tahun 1823,Raffles menulis sepucuk surat,antaranya berbunyi:

“…saya berharap jika mati di sana (Singapura),jasad saya akan mendapat perhormatan bersemadi bersama dengan jasad/abu raja-raja Melayu.”

Imagine…

Bapa Singapura Moden mahu bersemadi bersama tulang dan abu raja-raja Melayu.

Srikandi


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar (tetap belajar dan terus belajar) dan kini tenaga pendidik dalam bidang sejarah, beliau adalah peminat tegar sejarah dan telah mencurahkan sepenuh kebaktiannya dalam sejarah terutama sejarah Melayu. Telah menulis lima buah buku bertemakan kepentingan sejarah, kritikan sejarah dan analisis sejarah Melayu.

Leave A Reply