Sesiapa yang tengok filem Clash of the Titans akan salah faham tentang kraken. Memang betul – kraken adalah sejenis raksasa yang menakutkan… tetapi jauh sekali seperti yang ditayangkan dalam filem.
Ia tiada kepala gergasi, apatah lagi kaki berlutut dan gigi tersusun dalam bentuk kon. Kraken sebenarnya hanyalah sejenis sotong yang dikatakan hidup di laut antara Norway dan Greenland.
Cuma kraken mempunyai saiz yang luar biasa, dalam lingkungan 15 meter panjang.
Dengan erti kata lain, seekor kraken saja boleh membuat pengusaha kedai tom yam senyum sampai ke belakang kepala.
Kerana kraken memang wujud. Dengan teknologi penjelajahan laut yang semakin maju, saintis berjaya membuktikan kewujudan “sotong gergasi” di bahagian laut dalam (Specktor, 2021).
Selama ini, saintis agak skeptikal kerana laporan pasal “sotong gergasi” hanya ada dalam catatan kelasi tanpa sebarang bukti.
Susah untuk percaya catatan kelasi. Mereka penat berlayar. Panas punya panas. Apabila hujan, laut bergelora gila-gila. Tetapi catatan mereka mula mendapat perhatian selepas penemuan bαηgkαi sotong gergasi.
Penemuan ini tidak dapat dinafikan sebagai “gumpalan” semata-mata, kerana bαηgkαinya begitu solid. Daripada bαηgkαi, saintis mula menjelajah. Dan akhirnya, jawapan ditemui: memang sotong gergasi wujud. Lagenda kraken menghadiahkan nama baru kepada jenis sotong tersebut.
Memahami Kaedah Sotong Membiακ
Sebagai pengetahuan am, semua jenis sotong (biasa, katak, kurita dan sebagainya) mengamalkan cara hidup yang “mengambil peluang”. Mereka perlu jaga pasangan betul-betul, sebab “isteri mereka” miαηg serupa haram sebenarnya.
Terlepas pandang saja, memang alamatlah. Sotong jantan lain akan mendatangi “isteri mereka”.
Bukan setakat mendatangi saja, mereka akan mengepam keluar benih “suami sotong” (Broad, 1997). Setelah pam habis, “sotong babi yang mengganggu kebun” akan meletakkan benihnya.
Jadi “sotong babi” ini perlu jaga “sotong isteri orang” betul-betul. Kalau tidak jaga, “sotong babi kuasa dua” akan mendatangi dan ulanglah sampai “sotong abang jamil mam…”. Memang dasar betul sotong betina. Pelik kenapa mereka tiada OnlyFans. Tetapi itulah fitrah mereka. Nak cakap lebih takut jatuh berdosa pula.
Lelaki Semua Sama… Sotong Saja Tidak
Tatacara “suami sotong”, “isteri sotong” dan “sotong babi” sudah lama mewarnai ilmu saintifik tentang cara hidup sotong. Tetapi baru-baru ini, saintis menemui bukti baru dalam hidup sotong kraken berspesis Architeuthis dux.
Selama ini kalau kaji rahim sotong, mereka akan jumpa “paket sperma” daripada banyak jantan (tak perlu aku terang balik macam mana benda ni terjadi).
Tetapi ada satu bαηgkαi mereka temui demikian hari. Dalam rahimnya, ada lima paket sperma (amboiii). Memang perkara biasalah. Cuma apabila saintis kaji paket sperma ini, mereka mencapai satu kesimpulan: kelima-lima paket sperma ini datang daripada jantan yang sama.
Akhirnya, mereka terjumpa “perempuan Melayu terakhir” dalam kalangan sotong. Sotong gergasi ini hidup lama selepas melangkaui usia dewasa. Dan sepanjang usia tersebut, pasangannya hanya satu (Funnell, 2021).
Setakat ini, saintis belum pasti kenapa perkara ini berlaku. Sama ada memang betul sotong ini setia pada satu. Ataupun hidupnya dikµrµng suami yang fobia takut tiada tempat nak letak muka andainya dunia tahu isterinya miαηg (memang dunia tahu pun cuma sedang jaga hati takut tersinggung kalau bagitau).
Dalam konteks biologi, penemuan ini menjadi provokasi pada saintis. Mereka ingin mengenal pasti sejauh mana kebenaran di sebalik tanggapan sedia ada.
Antara “sotong isteri miαηg” dan “sotong isteri setia”, mana satu benar… mana satu kebetulan… atau dua-dua benar bahawasanya dalam kalangan sotong masih ada kelompok jahiliyah yang tidak kisah hidup berkongsi macam puak Arab pra-Islam zaman dulu.
Mystery is on. Let’s find out.
RUJUKAN:
Broad, W. (1997, Oktober 21). When giant squids mate, it’s a (ditapiskan) in the dark. The New York Times.
Funnell, R. (2021, Ogos 20). (ditapiskan) Of World’s Largest Squid Suggests The “Kraken” Might Be Monogamous. IFL Science.
Specktor, B. (2021, Mei 1). How scientists caught footage of the kraken after centuries of searching. Live Science.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih