Penghujung 1930-an, Perdana Menteri Thailand Plaek Phibunsongkhram komited mahu mewujudkan identiti nasional untuk menyatukan negara melalui budaya. Dan, inilah permulaan terhasilnya pad thai yang menjadi identiti negara ini.
Pad thai boleh dikatakan sebagai makanan jalanan legenda di Thailand. Ia adalah sejenis hidangan yang ditumis yang cepat disediakan tapi sangat mengenyangkan.
Pad thai menggabungkan gorengan antara mi beras dengan telur, tauhu dan ayam atau protein lain. Ia diperasakan dengan sos masam, manis, serta masin dan pad thai biasanya dihidangkan dengan topping seperti kacang tanah, sayur-sayuran segar, taugeh dan ketumbar.
Ia sebenarnya diambil daripada hidangan asal dari China, namun, kerana fokus Phibunsongkhram ketika itu adalah untuk memberi identiti nasional melalui makanan, maka ia diberi sentuhan tempatan dan dinamakan sebagai pad thai.
Satu lagi faktor yang membawa kepada kelahiran pad thai ini adalah semasa Perang Dunia II, Thailand mengalami kekurangan beras akibat perang dan banjir. Untuk mengurangkan penggunaan beras domestik, kerajaan Thailand di bawah Perdana Menteri Plaek Phibunsongkhram menggalakkan masyarakat menggantikan nasi dengan mi.
Menariknya, pad thai ini bukan sahaja menjadi identiti nasional negara, malah berperanan sebagai ‘kuasa lunak’ (soft power) bagi meletakkan Thailand di mata dunia.
Sehingga awal tahun 2001, kerajaan Thai telah menggunakan pad Thai sebagai satu bentuk soft power dengan mewujudkan “Global Thai Restaurant Company, Ltd., dalam usaha untuk menubuhkan sekurang-kurangnya 3,000 restoran Thai di seluruh dunia.
Di Thailand hari ini, jika pelancong asing berkunjung ke sana, kedai yang menjual pad thai biasanya menulis nama hidangan ini dalam Bahasa Inggeris dan menjadikannya hidangan sasaran paling utama bagi para pelancong asing.
Hari ini, Pad Thai telah menjadi salah satu hidangan Thailand yang paling popular dan dikenali, mewakili gabungan pengaruh masakan dan sejarah masakan Thai yang unik.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih