Membaca kisah perjalanan hidup Yoshiko Kawashima seolah-olah membaca satu plot yang digarap untuk menjadikan jalan cerita sebuah filem lebih menarik.

Terkenal dengan kehebatannya di medan pe-rang dan minatnya dalam budaya fesyen berpakaian silang (fesyen memakai pakaian yang bertentangan dengan jantina), Yoshiko Kawashima menjadi tokoh polarisasi di Asia semasa Pe-rang China-Jepun Kedua.

Dilahirkan sebagai seorang puteri raja yang memerintah di China pada awal abad ke-20, dia kemudian dibawa ke Jepun sebaik saja Dinasti Qing dijatuhkan oleh tentera Nasionalis Kuomintang.

Di sana, Kawashima dibesarkan sebagai seorang perisik yang bercita-cita mahu mengembalikan semula zaman kegemilangan pemerintahan nenek moyangnya di China. Kecekapan dan kekayaan yang dimilikinya menjadi dia tumpuan pihak media di Jepun.

Yoshiko Kawashima

Tetapi tuah Kawashima tidak bertahan selama-lamanya, sama seperti tuah empayar yang memberikan dia peluang untuk berkhidmat di bawah mereka itu. Bagi pihak Jepun, dia merupakan seorang pahlawan yang penuh inspirasi dengan romantisme yang tersendiri.

Tetapi bagi rakyat China, Kawashima merupakan seorang pengkhianat, apatah lagi Kawashima sendiri berasal dari keturunan imperialis Dinasti Qing, sudah tentulah dia merupakan seorang yang berda-rah bangsa Manchu, bangsa yang menja-jah China dengan menubuhkan Dinasti Qing.

Populariti Kawashima semakin merosot pada tahun-tahun berikutnya dan ditambah lagi dengan kekalahan Empayar Jepun semasa Pe-rang Dunia Kedua.

Ini adalah kisah benar yang luar biasa tentang kehidupan Yoshiko Kawashima.

Yoshiko Kawashima bersama tiga adik beradik lelaki dan ayah angkatnya, Naniwa Kawashima.

Yoshiko Kawashima dilahirkan sebagai Aisin Gioro Xianyu pada sekitar tahun 1907, dia merupakan salah seorang daripada 38 orang anak yang dilahirkan oleh Putera Shanqi, salah seorang putera Manchu dari Dinasti Qing.

Dinasti Qing adalah salah satu empayar asing yang menja-jah dan menguasai China semenjak dari abad ke-17 sebagai bangsa penak-luk yang dikenali sebagai bangsa Jurchen, yang kemudiannya ditukar dengan nama ‘Manchu’.

Bangsa Manchu tidak banyak berbeza dengan bangsa penak-luk yang lain seperti Mongol. Manchu juga berasal dari gerombolan pahlawan nomad yang berjaya menjatuhkan pemerintahan Dinasti Ming.

Selama 200 tahun, maharaja-maharaja dari Manchuria ini telah memerintah China hingga ia menjadi sebuah negara yang makmur dan kaya.  Tetapi, semasa era ketika Kawashima dilahirkan, cengkaman kuasa Dinasti Qing terhadap China semakin melemah.

Pada tahun 1911, satu kebangkitan melalui revo-lusi yang diketuai oleh tokoh reformis nasionalis China, Sun Yat-sen telah berjaya menggulingkan pemerintahan Dinasti Qing, lalu mereka menubuhkan Republik China, dengan Parti Nasionalis China atau Kuomintang yang menguruskan kerajaan republik baharu ini. Berikutan kejatuhan ini, Kawashima telah dihantar untuk tinggal bersama sahabat bapanya yang berbangsa Jepun, iaitu Naniwa Kawashima.

Ketika itu, Kawashima mungkin baru berusia sekitar lapan tahun. Dia dihantar ke kediaman besar Naniwa di Tokyo untuk dibesarkan di dalam keluarga barunya itu. Aisin Gioro Xianyu dinamakan semula, dia diberikan nama baru gaya Jepun, yang akan dia guna dan dibawanya ke mana-mana saja dan selama-lamanya: Yoshiko Kawashima.

Kawashima memakai pakaian lelaki dan bersama kuda miliknya yang dikatakan berasal dari baka keturunan kuda milik Napoleon

Walaupun Yoshiko Kawashima adalah seorang puteri raja yang hidup dalam pengasingan di Jepun, cara hidupnya menjelaskan bahawa dia bukanlah siapa-siapa mrlainkan hanyalah manusia biasa.

Dia menunggang kuda untuk pergi ke sekolah, gemar berpakaian seperti seorang lelaki, dan memotong rambutnya mengikut gaya potongan rambut ‘bob’ (beralun) yang bergaya dan kemudian dia memotong rambutnya mengikut gaya potongan ‘buzz’ (gaya rambut tentera moden), satu keputusan yang mengejutkan bagi masyarakat Jepun yang terkenal dengan sikap bersopan santun.

”Saya mengambil keputusan untuk berhenti dari menjadi seorang wanita buat selama-lamanya,”

Kawashima menyatakan bahawa dia bercadang mewujudkan “jantina ketiga”. Langkah-langkah dan tindakan sebegitu  dikatakan sebagai mungkin merupakan satu usaha Kawashima untuk melepaskan dirinya dari sebarang cubaan untuk melamar dirinya oleh mana-mana orang yang rapat dengan bapa angkatnya.

Dia tidak mahu menjadi pengantin perempuan. Kawashima mahu menjadi seperti Joan of Arc – seorang tokoh wanita Perancis yang terkenal kerana keberaniannya di medan tem-pur.

Ternyatalah, pengaruh dari Joan of Arc telah menggegarkan sesuatu di dalam diri Kawashima yang selaku seorang pelajar sekolah hingga dia pernah dikatakan memberitahu cita-citanya kepada rakan-rakan sekelasnya: “Sekiranya saya memiliki kekuatan seramai tiga ribu tentera, saya akan merampas China.”

Bapa angkatnya amat menyedari perkembangannya itu. Walaupun dia juga-5 menggalakkan hasrat Kawashima untuk kembali ke China bagi membina semula kekuatan keluarganya, dia menyatakan dengan tegas bahawa dia bercita-cita mahu menjadi seperti Joan of Arc yang lebih bersifat kejantanan.

Semasa penghujung usia remajanya, Kawashima juga mula mendapati dirinya sudah ada minat dalam menjalinkan hubungan ran-jang bersama lelaki, yang berlanjutan hingga dia terlanjur dengan beberapa lelaki berbeza.

Kesan dari perhubungan ini, bersama-sama skan-dal yang sedang mencalarkan imejnya di mata orang awam sebagai seorang puteri dari China yang tinggal di Jepun, terus mendapat tumpuan pihak media, isu ini menyebabkan Naniwa merancang perkahwinannya dengan seorang putera Mongol bernama Ganjuurjab, anak seorang ketua suku yang member-ontak di Mongolia dan mendapat sokongan Putera Shanqi.

Namun, Kawashima menolak, dia tidak mahu dirinya terikat dengan perkahwinan. Justeru, dia memutuskan untuk menikmati keindahan malam di Tokyo sebelum berangkat menuju ke Shanghai. Kedua-dua tempat ini pernah digelar sebagai “The Paris of the East dan New York of the West”.

Menjelang tahun 1931, puteri pembe-rontak berusia 24 tahun itu hidup di China tanpa ada kenalan, keluarga, wang, mahupun apa-apa prospek, hidupnya terumbang ambing dari majlis tarian ke bar dan kasino. Tanpa mendapat sebarang pekerjaan, dia harus memikirkan suatu cara untuk menyara kehidupannya.

Sehinggalah, pada suatu hari, dia menerima panggilan dari pihak angkatan Tentera Kwantung yang disokong Jepun.

Tentera Jepun ketika menceroboh Manchuria, November 1931.

Tentera Kwantung sudah sekian lama memerhatikan wilayah Manchuria, mereka melihat wilayah yang terletak bersebelahan dengan Korea itu sebagai hak milik Empayar Jepun yang sah. Pada tahun 1931, pegawai berbangsa Jepun memasang bahan le-tupan berbentuk b.om yang tidak memudaratkan di bawah laluan landasan kereta api di luar kota Shenyang, kemudian mereka menuduh sabotaj itu didalangi oleh orang China sebagai dalih untuk melancarkan pencerobohan terhadap seluruh timur laut China.

Maka, pada waktu ini, pihak imperialis Jepun sudah berjaya menguasai wilayah Manchuria, tetapi mereka masih perlu menjadikan pendudukan mereka ke atas wilayah itu sebagai kelihatan sah.

Berbekalkan kelebihan Kawashima yang telah memiliki pertalian yang berkait rapat dengan Mongolia dan Manchuria, serta semangat mengembara dan kemahirannya dalam teknik penyamaran, menjadikan dirinya seorang rekrut yang menarik dalam unit perisikan tentera Jepun.

Dia mula bertugas di bawah perintah Jeneral Kenji Doihara, yang dikenali sebagai “Lawrence of Manchuria” di atas gaya modus operandi nya yang mirip dengan gaya pegawai British T. E. Lawrence yang menghasut bangsa Arab untuk memera-ngi Empayar Uthmaniyah, dan dia juga berperanan sebagai arkitek bagi industri candu yang menjadi mimpi ngeri bagi Manchuria.

Dengan itu perancangan Jepun mahu menubuhkan sebuah negara di bawah pemerintahan kerajaan boneka Manchuria semakin hampir selesai, apa yang tinggal hanyalah untuk mencari siapa yang layak untuk diangkat sebagai ‘ketua negara’ Manchukou (nama Manchuria yang diberikan Jepun).

Kawashima kemudian memujuk bekas maharaja terakhir Dinasti Qing yang digulingkan iaitu Puyi, untuk diangkat sekali lagi sebagai pemerintah atau maharaja di Manchukuo. Dengan kerjasama yang diberikan Puyi, Kawashima berjaya mencapai matlamatnya – dia akhirnya telah berjaya ‘membawa’ kembali empayar Dinasti Qing ke tampuk pemerintahan.

Menurut Ryukichi Tanaka, seorang pegawai Jepun yang memiliki hubungan sulit dengan Kawashima selama bertahun-tahun, rancangan berikutnya adalah untuk mencetuskan rusuhan di Shanghai. Pada musim sejuk tahun 1932, Tanaka mendakwa, Kawashima mengelilingi seluruh kota itu untuk mengupah ramai pekerja bagi melaksanakan rusuhan yang sekaligus mencetuskan pertem-puran yang ganas. Hasil dari tugasan ini memberikan tentera Jepun satu lagi alasan untuk mengukuhkan kedudukan mereka di China.

Pada waktu ini juga, dia juga mula berperanan sebagai askar yang gagah dan bersemangat jitu di Manchukuo. Kawashima mengetuai satu pasukan tentera kecil yang terdiri dari beberapa ribu pasukan berkuda separa tentera untuk menekan pejuang pembebasan China.

Pegawai Jepun ingin menjadikan Kawashima sebagai tokoh masyarakat awam. Menjelang tahun 1933, sebuah novel popular berjudul The Beauty in Men’s Clothing adalah sebuah karya yang digarap mengenai Kawashima. Karya itu menyediakan campuran kisah-kisah fiksyen dan catatan eksotik mengenai kehidupannya yang berperanan mengaburkan sedikit sebanyak kebenaran tentang Kawashima. Ada waktunya dia akan kembali ke Jepun, dia sering muncul dalam siaran radio dan bahkan melancarkan lagu dalam bentuk album lagu rakyat Mongolia.

Segala kegiatan ini serta kepimpinannya yang berterusan dalam pasukan “anti-lanun” yang merangkumi sekitar 5,000 tentera di bawah kawalan Kawashima bagi melindungi Maharaja Puyi, telah meraih populariti yang amat meluas di Jepun.

Namun, Kawashima telah mula terperangkap di antara identitinya sebagai puteri raja di China dan pahlawan nasional di Jepun. Dalam satu ucapannya, dia menjelaskan, “Sebagai komander, saya telah berkali kali melepaskan diri dari hujan pe-luru, dan saya memiliki tiga kesan kecede-raan akibat ditem-bak. Tetapi setiap kali saya memikirkannya, saya melihat sama ada sahabat ataupun musuh, kita semua tetap adalah bersaudara.”

 

Menjelang tahun 1945, Kawashima diketepikan oleh orang Jepun dan ditahan di rumah.

Menjelang tahun 1940, kisah-kisah lagenda dan romantisme tentang seorang puteri Manchu yang menunggang kuda sudah tiada lagi. Tentera Jepun tidak lagi bergantung kepada Kawashima, yang kelihatan terlalu popular untuk dijadikan sebagai perisik dan terlalu mengutamakan pendapat sendiri untuk diberikan kepercayaan tinggi.

Akibat mula ketagih dengan mor-fin dan can-du, serta menderita penya-kit sifilis, Kawashima mula aktif dalam aktiviti peras ugut untuk memeras wang dari penduduk China yang kaya sebelum dia dikenakan tahanan di rumah. Dalan satu khabar angin, Jeneral Hayao Tada yang dikatakan pernah menjadi salah seorang kekasihnya pernah cuba untuk membu-nuhnya, tetapi akhirnya dia hanya memindahkan Kawashima untuk menjalani tahanan rumah di Jepun.

Pada tahun 1941, Kawashima yang sudah kepenatan, kesepian, dan ketagihan. Dengan hanya ditemani seekor monyet peliharaannya, dia dibawa kembali ke Beijing yang telah diduduki oleh tentera Jepun, di mana dia akan tinggal di sana sehingga akhir Pe-rang Dunia II.

Ketika pasukan tentera gabungan Nasionalis dan Komunis China perlahan-lahan mengasak kembali arus pengembangan kuasa imperialis Jepun, Kawashima sudah mula kehabisan wang, kebanyakannya dihabiskan untuk keperluan harian bekalan da-dahnya dan mendapatkan perlindungan dari tentera menggunakan rasuah.

Pada bulan Ogos 1945, pasukan tentera Soviet menye-rang Manchukuo, menahan maharaja Puyi lalu menamatkan pendudukan tentera imperialis Jepun. Pada 10 Oktober 1945, tentera China berjaya merampas kembali Beijing. Keesokan harinya, pegawai polis menangkap Yoshiko Kawashima @ Jin Bihui @ Permata Timur.

Dihukum atas dakwaan pengkhianatan, Kawashima diberi gelaran hanjian, atau “pengkhianat bangsa,” dengan perbicaraan kes nya yang disebar secara meluas melalui media tabloid.

Memandang hakim tidak memiliki bukti yang lengkap tentang dirinya, pihak pendakwaraya menggunakan novel yang pernah ditulis mengenai dirinya atau beberapa laporan berita cetak sensasi yang menyiarkan kisah tentang dirinya sebelum itu. Kawashima dilaporkan pernah mengatakan penyesalannya semasa berada di penjara:

“Seluruh kehidupan aku diolah berdasarkan gosip-gosip palsu tentang aku, dan aku akan mati kerana gosip palsu yang dilemparkan terhadap aku.”

Masyarakat awam di China yang sangat marah terhadap keke-jamlan imperialis Jepun selama bertahun-tahun lamanya telau menuntut agar hukuman mati dilaksanakan terhadap “Mata Hari dari Timur” itu.

Pada tarikh 25 Mac 1948, Yoshiko Kawashima dibawa ke halaman penjara yang berembun membeku, lalu dia ditem-bak satu das di bahagian belakang kepalanya.

Foto mayat Kawashima yang menerima liputan meluas selepas hukuman mati pada tahun 1948.

Tetapi keazaman tingginya untuk meneruskan hidup, sifat pesona kepimpinan, dan kebijaksanaannya yang terkenal itu terus berlanjutan walaupun selepas kematiannya, bahkan, teori konspirasi berdasarkan khabar angin tentang pelarian rahsia turut berlanjutan selama bertahun-tahun.

Walaupun foto terkenal yang menunjukkan ma-yatnya telah disebarkan sejauh mungkin, masih terdapat konspirasi yang mendakwa bahawa pada tahun 1978, dia boleh dilihat sering memanjat pokok di Changchun, tempat yang pernah menjadi ibu kota negara boneka yang dia bantu untuk merealisasikan impiannya untuk mengembalikan Dinasti Qing ke tampuk pemerintahan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.