Setiap kali 14 Februari menjelang, itulah hari yang dikatakan oleh orang Barat sebagai hari memanifestasikan perasaan cinta dan kasih sayang sesama manusia.

Dan selalunya bila ditanya tentang Hari Valentine, ramai orang Barat mengatakan ia sebagai hari penghormatan St Valentine. Kah, itu cuma fiksyen! Hakikatnya, kisah Hari Valentine dan protagonisnya itu sebenarnya jauh lebih berd4rah dari apa yang diperkatakan hari ini.

Rajah 1: Patung Maharaja Gothicus

Sumber-sumber dari Tamadun Rom mengatakan Hari Valentine ialah hari meraikan Valentine atau Valentinus dan kekasihnya yang dihukum bvnvh pada 14 Februari 269 atau 270 Masihi semasa era pemerintahan Maharaja Claudius Gothicus.

Keg4nasan ini bukan perkara baru ketika itu kerana penganut Kristian dianggap musuh oleh kerajaan Rom dan diburu habis-habisan. Kisah ini merupakan sebahagian daripada riwayat Acta Sanctorum (Kisah Santo-Santo) yang dimulakan oleh Jean Bolland, seorang paderi Jesuit abad ke-17.

Rajah 2: Kulit muka depan Acta Sanctorum

Bukan mudah bagi paderi-paderi yang terlibat merekodkan kisah-kisah mereka kerana kisah-kisah santo ini bertaburan di seluruh dunia. Ia diteruskan dari satu generasi ke satu generasi dengan jilid terakhir Acta Sanctorum diterbitkan pada tahun 1940. Dan satu jilid yang menyentuh Hari Valentine sebenarnya mengandungi pelbagai cerita tentang Valentini termasuk St Valentine yang dikatakan m4ti pada abad ketiga Masihi.

Rajah 3: Kisah St Valentine mempunyai tiga versi dan langsung tiada unsur romantik seperti dijaja media moden.

Kisah Valentinus yang paling awal ialah kisah seorang panglima tentera bernama Valentinus. Beliau dikatakan terlibat dalam satu kempen ket3nteraan Rom di Afrika dan terbvnvh dalam satu pert3mpuran bersama 24 4skar lain.

Malangnya, tidak banyak maklumat yang boleh direkodkan memandangkan kelompok Bollandist (kelompok penulis yang meneruskan kerja Jean Bolland) hanya merekodkan nama mereka dan bagaimana mereka m4ti.

Dalam satu kisah lain yang direkodkan dalam Acta, seorang paderi Rom bernama Valentinus ditahan kerana mengamalkan ajaran Nasrani semasa era Maharaja Gothicus. Valentinus kemudiannya diletakkan di bawah jagaan seorang bangsawan Rom bernama Asterius.

Semasa di bawah jagaan beliau, kedua-duanya mula berdebat termasuk bagaimana agama Nasrani boleh membawa orang-orang pagan keluar daripada kegelapan dan menuju ke arah cahaya.

Asterius yang tertarik dengan seruan Valentinus kemudiannya membuat tawaran kepadanya: jika dia boleh menyembuhkan anak perempuannya yang buta, maka beliau bersedia memeluk agama baru itu.

Valentinus bersetuju dan Asterius merasa terkejut kerana anak perempuannya yang selama ini buta tiba-tiba boleh melihat semula. Ini mendorong beliau sekeluarga memeluk agama Kristian. Namun, kisah tersebut diketahui Maharaja Gothicus dan ini menimbulkan kemurkaannya.

Akibatnya, semua pihak yang terlibat termasuk Valentinus dikenakan hukuman m4ti dengan paderi itu dihukum p3nggal.

Tetapi seorang wanita yang alim berjaya melarikan m4yat paderi itu dan mengebumikannya di Via Flaminia, sebuah lebuh raya purba lama yang menghubungkan Rom dengan Rimini. Hari ini, sebuah gereja kecil dibina di situ sebagai tanda penghormatan kepada Valentinus.

Kisah ketiga membabitkan Valentinus berlaku di Umbria, Itali membabitkan seorang bishop bernama Valentinus. Valentinus yang juga seorang bishop dari Terni dikatakan ditahan semasa era Gothicus dan diletakkan dalam tahanan seorang bangsawan Rom.

Dan seperti kisah Valentinus yang sebelumnya, dia berjaya menyembuhkan putera kepada bangsawan berkenaan dan mendorong mereka sekeluarga memeluk agama Kristian. Dan riwayatnya turut berakhir bila dia dip3nggal dan dikebumikan di Via Flaminia.

Justeru menurut kelompok Bollandist, ada dua riwayat Valentinus yang berkongsi persamaan dari segi pengakhiran mereka dan tempat mereka dikebumikan. Dan paling penting, ketiga-tiga versi dari Afrika, Rom dan Umbria bukan versi romantik yang dijaja media moden hari ini.

Malah menurut mereka, kisah Valentine/Valentinus yang dihukum m4ti kerana cinta itu langsung tidak mempunyai sebarang asas sejarah yang kukuh.


Rajah 4: Lukisan sambutan Lupercalia oleh Andrea Camassei.

Ada pula yang melihat sambutan Valentine ini sebenarnya samaran kepada perayaan pagan Rom yang dikenali sebagai Lupercalia.

Lupercalia yang disambut pada pertengahan Februari pada asalnya merupakan ritual sebuah kultus maskulin termasuk meng0rbankan anjing dan kambing sebelum bertukar menjadi sambutan keraian.

Pada hari perayaan, orang-orang muda akan berlari ke jalan-jalan dan meraba sesiapa saja yang lalu dengan tali kulit yang diperbuat daripada kulit kambing yang baru saja m4ti dis3mbelih.

Bagi wanita mengandung pula, sambutan Lupercalia merupakan hari terbaik untuk mereka mendapatkan bayi yang sihat. Dan pada tahun 496 Masihi, Paus Gelasius dikatakan mencerca sambutan tersebut sebagai teruk dan tidak bermaruah.

Bagaimanapun, berdasarkan pengamatan penulis dan sejarawan, tiada sebarang bukti yang menyokong teori Lupercalia merupakan asal-usul kepada sambutan Valentine moden hari ini.

Jadi, apa sebab yang menjadikan Hari Valentine yang dikenali hari ini? Jika anda nak mencari pelakunya, salahkan penulis dan penyajak terkenal Inggeris Zaman Pertengahan Geoffrey Chaucer.

Dalam Parlement of Fouls, Chaucer mengisytiharkan pesta St Valentinus sebagai hari di mana burung mengawan untuk menghasilkan telur. Sejak itulah, ia menjadi permulaan kepada tradisi mengisytiharkan cinta pada hari berkenaan dan ia dimulakan oleh bangsawan-bangsawan Eropah.

Rajah 5: Charles I, Duke of Orleans

Contohnya pada abad ke-15, Charles I yang juga Duke of Orleans merupakan seorang bangsawan Perancis yang terlibat dalam kempen Pert3mpuran Agincourt.

Baginda kemudiannya ditangkap dan dijadikan sebagai tawanan p3rang oleh kerajaan England dan dipenjarakan di Menara London. Semasa dalam tahanan, Charles I menulis banyak sajak termasuk sajak yang ditujukan kepada isterinya, Bonne of Armagnac.

Dalam satu koresponden surat antara baginda dengan Bonne, Charles I menyatakan rasa rindu yang teramat kepadanya. Malah, baginda turut menggelar isterinya sebagai Valentine yang lembut di matanya.

Salah satu sajaknya yang bertajuk ‘Is she not passing fair’ kemudiannya dijadikan lagu oleh Edward Alger dan menjadi sebahagian daripada komposisi komposer terkenal, Claude Debussy.

Bagi orang Inggeris, mereka menerima idea yang dibawa Chaucer itu. Justeru pada setiap 14 Februari, lelaki dan wanita ketika itu menggunakan hari itu untuk mengekspresikan cinta mereka.

Selepas era Revolusi Perindustrian, ia memudahkan penghasilan kad berskala besar yang mengandungi sajak atau kata-kata romantis. Dan ia dikukuhkan lagi bila pengeluar-pengeluar coklat seperti Hershey dan Cadburry memasarkan produk mereka untuk orang tersayang pada Hari Valentine.

Hari ini, kedai-kedai di Barat terutama di England dan Amerika Syarikat dihias dengan bentuk hati dan sepanduk yang mengandungi pengisytiharan cinta pada Hari Valentine.

Penjual-penjual mengisi stok mereka dengan apa saja benda yang berkait dengan hari berkenaan yang membawa kepada terma ‘Jadilah Valentineku’.

Nasib baik tiada siapa yang membuat permintaan agar kepala kekasih mereka dijadikan sebagai tanda cinta teragung…

Bagi umat Islam, setiap hari merupakan hari cinta dan kasih sayang. Justeru, usah ikut naratif orang luar yang hanya menjadikan hari tertentu sebagai hari meraikannya. Kerana agama itu sendiri merupakan agama yang mementingkan kasih sayang dan penghormatan.

RUJUKAN:

Bitel, Lisa. (2018). The Gory Origins of Valentine’s Day. Smithsonian Magazine. https://www.smithsonianmag.com/history/gory-origins-valentines-day-180968156/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.