Menjelang tahun 1500-an, wilayah Nagasaki, Jepun telah berjaya dikristiankan oleh mubaligh asing. Perkembangan ini mengakibatkan ketidakstabilan negara tersebut.
Ayat-ayat di bawah ini dipetik dari buku ‘ Lukewarm Christian to Warrior for Christ : It’s Time to Prepare for Battle ‘ oleh Charles J. Pettitt.
Pada tanggal 23 Julai 1587, [Shogun] Toyotomi Hideyoshi mengeluarkan sebelas hal berkaitan kecaman dan kutukan terhadap agama Kristian.
Keesokan harinya, dia menyampaikan Titah Pengusiran kepada mubaligh Jesuit.
Pada tahun 1614, Shogun Tokugawa Ieyasu mengecam agama Kristian lagi.
Belanda dan Inggeris pula meniup khabar angin bahawa mubaligh Kristian sebenarnya pelopor penjajahan Spanyol dan merancang untuk menguasai Timur Jauh. Ieyasu menjadi lebih jengkel dengan penemuan bahawa beberapa ahli keluarga Tokugawa sendiri sudah menjadi penganut Kristian.
Pada tanggal 27 Januari 1614, Ieyasu menandatangani Titah Pengusiran Kristian kedua yang mana melarang Kristian, mengusir semua orang Kristian dan orang asing, dan melarang orang Kristian daripada mengamalkan agama mereka sendiri.
Pada tanggal 10 September 1622, lima puluh lima orang Kristian dibakar atau dipenggal secara terbuka di Nagasaki.
Pada awal tahun 1623, Tokugawa Iemitsu, keturunan ketiga Tokugawa Shogun, memerintahkan lima puluh orang Kristian dibakar hidup-hidup di Edo, Jepun.
Pada bulan Januari, 1638, Tokugawa Iemitsu menghantar 10.000 orang tentera untuk menyerang [Kristian] pemberontak kubu di Istana Hara. Pada bulan April, 27,000 baki pemberontak Kristian menghadapi lebih 125,000 pahlawan shogun.
Setelah mengambil semula istana, pasukan Keshogunan memancung semua pemberontak Kristian yang masih hidup. Kira-kira 5,000 orang Kristian memilih untuk dibakar daripada menyerah diri. Secara keseluruhan, sejumlah 37,000 pasukan pengawal (lelaki, wanita, dan kanak-kanak) telah mati akibat daripada pertempuran.Berakhirnya pemberontakan bermakna dengan rasminya pengharaman kepercayaan itu (Kristian).
Ukiran batu atau ukiran kayu melambangkan Jesus (Fumie-e) digunakan untuk mengesan saki baki penganut kristian secara sembunyi (kakure khiristian) dan para simpati kristian yang berada di Nagasaki serta Edo dengan memijak ukiran Jesus dihadapan wakil shogun untuk menunjukan taat setia kepada shogun.Sekiranya gagal hukuman bunuh (pancung) dilaksanakan dengan serta merta.
-Hangpcdua Malaya-
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih