Semasa Khalifah Umar al-Khattab (ra) menjadi khalifah, beliau ambil berat tentang umat Islam di dalam negaranya.
Antara yang beliau lakukan ialah beliau keluar pada waktu malam melakukan rondaan ke bandar Madinah dan kawasan sekitar untuk melakukan siasatan sendiri.
Beliau nak sangat tahu keadaan sebenar rakyatnya serta bantu setiap orang yang memerlukan bantuan.
Pada satu malam, Umar (ra) dan pembantunya Aslam keluar menyamar dan buat rondaan ke suatu tempat bernama Harrah.
Umar dan Aslam nampak ada sorang wanita tengah masak sesuatu dan beberapa orang anak yang sedang menangis kelaparan.
Setiap kali anaknya menangis, si ibu kata “Tunggulah kejap, nak masak dah makanan ni.”
Saidina Umar yang memerhati dari jauh hairan sebab si ibu tu ulang benda sama banyak kali untuk tempoh masa yang agak lama.
Si ibu tu pun mengungkit-ungkit rasa tak puas hati kepada khalifah kerana tak membantunya.
Saidina Umar beranikan diri untuk siasat. Beliau tanya kepada si ibu tua tu, “Kenapa anak-anak tak berhenti menangis?”
Dia beritahu Saidina Umar yang mereka menangis sebab lapar.
“Kenapa tak diberikan makanan yang ibu masak dalam periuk tu?”
Si ibu terangkan bahawa dia takde makanan untuk memberi pada anak-anaknya. Dalam periuk tu hanyalah batu. Dia tunggu sampai anak-anaknya letih menangis dan tertidur serta terlupa rasa lapar.
Setelah anak-anaknya tidur, si ibu terangkan yang suaminya baru sahaja meninggal dunia. Itulah sebabnya dia takde duit nak beli makanan.
Malangnya orang yang uruskan Baitul Mal tak tahu kesusahan yang ditanggung si ibu tu. Kalau mereka tahu, mesti akan ditolong.
Kemudian, Saidina Umar tanya lagi, “Kenapa ibu tak adukan perkara ni kepada khalifah? Bukankah beliau boleh bantu dengan memberikan wang dari Baitulmal?
“Aku seorang perempuan. Khalifah dah buat zalim pada kami anak-beranak” kata si ibu.
Terkejut Saidina Umar. “Bagaimana khalifah telah berbuat zalim pada ibu?”
“Saya sangat kesal dengan pemerintahannya. Beliau seharusnya tengok keadaan rakyatnya dalam kehidupan nyata, ramai lagi orang yang senasib dengan saya.”
Umar menangis teresak esak mendengar keluhan si ibu sehingga airmata membasahi jubahnya.
Beliau terus bangun keluar daripada rumah si ibu tu berlari ke Baitul Mal dan memasukkan tepung, daging dan gula ke dalam sebuah karung.
Salah seorang suruhannya tawarkan diri untuk bawakan karung itu. Umar nak bawa karung tu sendiri.
“Di hari pengadilan nanti engkau takkan dapat pikul bebanan-bebanan aku, jadi tak ada sebab kenapa engkau mesti membawanya hari ini.”
Khalifah pikul karung tu ke rumah si ibu. Bila sampai, beliau sendiri masakkan makanan untuk anak-anak itu dan beri mereka makan.
Sebaik sahaja beliau nak pergi, wanita tu kata,
“Engkaulah yang sepatutnya jadi khalifah, bukannya Umar. Engkau baik, murah hati dan faham perasaan orang. Itulah sepatutnya yang ada pada seorang khalifah.”
Dia tak tahu yang tolongnya tu Khalifah Umar.
Keesokannya Saidina Umar panggil si ibu datang menghadapnya. Terkejutnya si ibu tu bila nampak khalifah zalim yang tu sebenarnya lelaki yang datang bantunya malam tadi.
“Puan”, kata khalifah, “Akulah Umar.”
Khalifah Umar akui salah dia sebab tak tahu kesusahan si ibu. Beliau juga atur Baitul Mal untuk beri sumbangan supaya si ibu dapat sara anak-anaknya sehinggalah mereka dewasa.
Oleh: Azizul Farhan
___
Pemimpin macam Khalifah Umar ni yang patut kita contohi dan jadi pemimpin negara, cuba selam lebih dalam berkenaan kekhalifahan Islam dalam KITAB TAMADUN ISLAM. Dapatkan Segera!
bit.ly/ktislam
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih