Fee-fi-fo-fum!
I smell the bl.oo.d of an English man:
Be he alive, or be he de.ad,
I’ll grind his bo.n.es to make my bread.

Sesiapa yang membaca kisah Jack and the Beanstalk atau menonton adaptasi kisah sebegini di layar perak pasti maklum dengan lagu gergasi itu. Idea mengisar tu.la.ng agar dapat dijadikan sebagai resepi roti mungkin dianggap imaginasi penulis semata-mata. Hakikatnya, ia berlaku dan direkodkan dalam lipatan sejarah manusia.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Peristiwa ini tercetus semasa Pengepungan Paris pada tahun 1590. Semasa separuh kedua abad ke-16, Perancis terjebak dalam Pe.ra.ng Agama Perancis dengan pihak Protestan dan Roman Katolik yang disokong kuasa-kuasa asing saling berbalah dari 1562 hingga 1598. Ia dianggap sebagai konflik agama kedua terburuk dalam sejarah Eropah selepas Pe.ra.ng 30 Tahun dengan tiga juta orang terbu.n.uh akibat pertem.pu.ran, kebuluran atau penyakit berjangkit.

Pada Mei 1590, angkatan Henry of Navarre tiba di Paris, segar daripada kemenangan di Ivry dua bulan sebelumnya. Baginda berharap dengan menakluk ibu kota Perancis itu, ia dapat mengukuhkan tuntutannya terhadap takhta Perancis. Bagi memaksa Paris tunduk kepadanya, kepungan dibuat antara Mei hingga September 1590 dengan semua kincir angin diba.ka.r sehingga hangus.

Rajah 1: Henry of Navarre (kemudiannya dikenali sebagai Raja Henry IV)

Untuk menyelamatkan penduduk daripada masalah kebuluran yang dahsyat, satu mesyuarat diadakan bagi mencari solusi. Salah seorang ahli mesyuarat mencadangkan tu.la.ng-tu.la.ng ma.y.at dari rumah-rumah pengebumian dan gereja dikisar dan dicampur dalam campuran roti mereka. Nampak macam tak bertamadun tetapi pada ketika itu, mereka melihat itu cara terbaik melawan kebuluran.

Bagaimanapun, ia kemudiannya ditolak selepas menyaksikan penduduk masih ma.ti selepas makan roti sebegini seperti disaksikan penulis Perancis, Pierre de L’Estoille. Kisah itu turut disahkan sejarawan dan diplomat Itali ke Perancis ketika itu, Enrico Caterino Davila. Kepungan hanya berakhir selepas angkatan Sepanyol dipimpin Alexander Farnese memecah pengepungan dan membawa masuk bekalan makanan diperlukan penduduk.

Rajah 2: Patung Pierre de L’Estoile

Jadi, mengapa perkara ini berlaku? Penjelasan mudah ialah tu.la.ng manusia kekurangan nutrien dan kalori diperlukan dalam sesebuah manusia. Selain itu, ia juga merupakan mineral bukan organik yang tidak boleh dihadam dan sukar dikeluarkan sekiranya dimakan. Sesiapa yang makan roti sebegini akan berdepan masalah pengumpulan mineral bukan organik dalam usus mereka dan kebiasaannya, ia berakhir dengan kema.ti.an.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Beberapa abad kemudian, tu.la.ng manusia dimanfaatkan bukan sebagai serbuk makanan tetapi sebagai baja tumbuhan. Beberapa tahun selepas Napoleon tumbang di Waterloo pada 1815, tu.la.ng manusia dan haiwan terutama kuda masih kelihatan sekaligus mendorong ia dikumpul dan dihantar ke Hull sebelum dikisar menjadi serbuk. Ia kemudiannya dijual sebagai baja tumbuhan kerana mengandungi mineral yang tinggi.

Rajah 3: Gambaran artis tentang Pertem.pu.ran Waterloo

Lantaran itu, apakah roti ini masih wujud? Pada nama, ya menerusi roti tu.la.ng. Roti ini dinamakan sempena pengorek kubur yang tinggal di River Severn, Gloucestershire pada tahun 1860-an.

Rajah 4: Roti tu.la.ng Inggeris

RUJUKAN:

Mingren, W. (2018). The Desperate and Distasteful Practice of Grinding Human Bo.n.es to Make Bread. Ancient-Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.