Tahukah anda, Katolik Eropah pernah memulaukan England sehingga ratu England yang Protestan berdagang dengan mvsuhnya — dan mengubah budaya negara itu untuk selamanya.

Pada tahun 1570, Ratu Elizabeth I berada dalam keadaan terikat. Dia telah diboikot oleh Kepausan Katolik, dan negaranya dipulaukan oleh seluruh Eropah. Untuk mengelakkan b3ncana yang lebih besar, maka Inggeris memerlukan sekutu.

Dengan itu, Ratu England telah memecahkan tradisi dengan memohon bantuan dari sumber yang mengejutkan, iaitu: Dunia Islam.

Mungkin ada segelintir di kalangan kita umat Islam pernah membaca atau mengetahui tentang kisah ini, namun di Eropah, kisah ini amat jarang sekali diceritakan.

Artikel ini akan menjelaskan mengapa Elizabeth percaya bahawa Islam dan Protestanisme memiliki persamaan antara satu sama lain berbanding dengan Katolik dan bagaimana pertukaran budaya ini telah mengilhamkan karya-karya pentas teater Shakespeare dan menyebabkan gigi Sang Ratu menjadi r0sak.

Teori tentang kali pertama Islam mula memasuki England diyakini telah berlaku ketika pertembungan dalam Per4ng Salib, tetapi seberapa banyak maklumat yang diketahui mengenai hubungan lama Elizabethan England dengan dunia Islam? Dari inisiatif perdagangan hingga dasar luar, mari kita simpulkan bersama.

Pada masa ketika ramai orang jarang mengembara keluar dari kampung atau kota tempat mereka dilahirkan, tanggapan masyarakat adalah bahawa Inggeris pada akhir abad ke-15 dan ke-16 ditakrifkan oleh tradisi agraria Anglo-Saxon: secara eksklusifnya berkulit putih dan beragama Kristian.

Malah pemisahan Henry VIII dari Rom pada tahun 1530-an dilihat sebagai kontroversi agama yang melibatkan politik tinggi Eropah yang tidak banyak mempengaruhi kehidupan seharian di negara itu.

Bagi kebanyakan orang yang tinggal di luar London, gambaran ini mungkin benar, tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, penyelidikan sejarah mula menawarkan kisah yang jauh lebih rumit mengenai hubungan kepulauan ini dengan dunia yang lebih luas, bahkan di luar Eropah.

Salah satu contoh hubungan yang paling menonjol dan mempunyai peninggalan kesan tertentu hari ini adalah hubungan lama Inggeris dengan dunia Islam. Terdapat kecenderungan untuk mempercayai bahawa hubungan Anglo-Islam digambarkan melalui penghijrahan masyarakat Muslim yang signifikan dari Asia Selatan dari tahun 1950-an, tetapi pandangan migrasi moden ini hanya sekadar satu dimensi dari keseluruhan kisah yang jauh lebih panjang dan lebih rumit.

Kisah-kisah terawal Islam serta kekuatan imperialisnya memasuki England adalah dengan Per4ng Salib. Bermula pada akhir abad ke-11, per4ng salib adalah satu siri ekspedisi ket3nteraan yang dilakukan oleh orang-orang Kristian Eropah barat dalam usaha untuk menaklvki Tanah Suci.

Pada waktu itu, persepsi terhadap kepercayaan Muslim dengan ramalan dan tafsirannya dianggap mengelirukan bangsa lain dan secara umumnya dianggap memvsuhi Kristian.

Pengkritik Kristianiti terdahulu menganggap Islam sebagai ajaran k4fir atau kepercayaan sesat yang lahir dari fahaman teologi Judeo-Kristian yang lebih awal. Tohm4han dan penghin4an terhadap Islam bukanlah perkara baru. William Langland menulis di dalam Piers Plowman (1370–86) dengan menggambarkan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai “Cristene men” (lelaki Kristian) yang menganut kepercayaan yang salah, sementara dalam Canterbury Tales karya Chaucer (1387–1400) memetik tentang “bangsa pelik” Syria.

Dengan kebangkitan Empayar Uthmaniyyah sebagai kekuatan global setelah kejatuhan kota Konstantinopel pada tahun 1453, Dinasti Tudor awal menyedari bahawa Islam adalah anc4man bagi agama Kristian tetapi juga berpotensi menjadi sekutu yang kuat dalam pergeseran politik dan diplomasi Eropah.

Henry VIII amat terkenal dengan minatnya yang gemar memakai pakaian gaya Turki Uthmaniyyah, hadir ke majlis rasmi istana dengan mengenakan jubah sutera dan jubah baldu Turki, dan pada tahun 1533 ketika dia keluar dari Rom dia membuat perancangan untuk bergabung dengan perikatan Perancis-Uthmaniyyah dalam usaha memer4ngi paksi Habsburg-Papal yang menyatukan dua kuasa besar Katolik Eropah iaitu Paus Clement VII dan Maharaja Charles V.

Tetapi, usaha menjalinkan pakatan sekutu antara Henry dengan Uthmaniyyah tidak membuahkan hasil, terutamanya kerana masalah domestiknya, dan kerana bagi orang Turki, orang Inggeris adalah ‘lalang’ yang oportunis dalam gambaran dunia geopolitik yang lebih besar pada tahun 1530-an.

Secara sulit, para pedagang Inggeris senyap-senyap telah berdagang dengan penguasa Muslim di negara-negara Barbary (kumpulan negara-negara Afrika Utara yang terkenal dengan aktiviti melanun) di Maghribi, Algeria dan Tunisia. Ini bertentangan dengan dekri kepausan yang sudah lama melarang orang Kristian berurusniaga dengan orang Islam kerana pemencilan. Pihak Venetia telah menutup mata terhadap perintah tersebut dalam perdagangan mereka dengan kerajaan-kerajaan Muslim selama berabad-abad.


Elizabeth I, yang telah pun disisihkan oleh Paus Pius V pada tahun 1570, kerana
“telah merampas kerajaan dan secara tamak telah merebut tempat ketua tertinggi gereja di seluruh England”, ketika menaiki takhta pada tahun 1558, Elizabeth dan para penasihatnya melihat peluang untuk meningkatkan ekonomi kerajaan dan menyaingi pengaruh Katolik Eropah dengan menjalin hubungan bukan sekadar dengan negara-negara Barbary, tetapi juga dengan Empayar Uthmaniyyah dan Empayar Safawiyyah di Iran moden.

Elizabeth sudah pun mempunyai konteks untuk hubungan Anglo-Islam: pada tahun 1553, seorang pedagang tekstil Inggeris bernama Anthony Jenkinson berdagang di Aleppo – penghujung Jalan Sutera, tempat di mana para pedagang berimpian tinggi yang berminat dengan kain dan sutera perlu berada.

Dalam persinggahan ini, Jenkinson berpeluang menemui Sultan Uthmaniyyah, Sultan Suleiman Kanuni. Jenkinson berjaya mewujudkan hak keistimewaan komersial buat julung kalinya bagi orang Inggeris untuk berdagang secara bebas di tanah Uthmaniyyah.

Sekembalinya beliau ke England, Jenkinson dilantik sebagai perwakilan pertama Syarikat Muscovy yang baru dibentuk (sebuah badan pedagang Inggeris yang berdagang dengan Rusia) dan dihantar untuk berdagang dengan shah Safawiyyah di Iran, Tahmasp I.

Pada tahun 1562 Jenkinson tiba di Qazvin (dekat Tehran moden), di mana dia memerhatikan perbezaan teologi antara kepercayaan Syiah Parsi yang berbeza dengan teologi Sunni Uthmaniyyah, yang sejarahnya memerlukan banyak kajian berkaitan Ahlul Bait.

Perdagangan Anglo-Safavid berkembang sejenak, tetapi kos logistik dan kewangan perdagangan jarak jauh seperti itu (yang dilakukan melalui Rusia) menjadikannya tidak mampu untuk diteruskan.

Tetapi Barbary dan Turki jauh lebih dekat, dan pada akhir tahun 1570-an, Ratu Elizabeth I dan penasihatnya mula secara terbuka mendorong hubungan perdagangan dengan Islam yang pertama dan mengusulkan inisiatif baru yang penting dengan yang selanjutnya.

Pada tahun 1578, ketua perisikan Elizabeth, Sir Francis Walsingham menulis ‘Memorandum mengenai perdagangan Turki’ yang mengusulkan agar Elizabeth mengirim duta perdagangan ke Konstantinopel bagi menjalinkan pakatan komersial dan politik dengan Empayar Uthmaniyyah dibawah pemerintahan Sultan Murad III.

Pada tahun 1579, saudagar kelahiran Norfolk, William Harborne tiba di Konstantinople untuk mewakili satu lagi inisiatif perdagangan Elizabethan baharu: Syarikat Levant.

Ditubuhkan untuk mengatur perdagangan antara Levant (Turki moden) dan Inggeris, syarikat itu diberi kelulusan dan restu Sultan hanya setelah dua tahun kemudian. Uthmaniyyah menerima Harborne dan orang Inggeris lain sebagai dhimmi (kafir zimmi), perundangan Islam menuntut supaya pemerintah menyediakan perlindungan untuk tetamu bukan Islam yang membayar cukai agar mereka tidak merasa terganggu di wilayah Muslim.

Dengan pertolongan Harborne, pedagang Elizabeth memulakan perdagangan barang-barang besi buruk ke Konstantinopel yang kemudian dijadikan bahan membuat s3njata bagi memenuhi keperluan askar Uthmaniyyah berper4ng melawan Sepanyol dan Parsi. Logam-logam itu berasal dari bahan atap dan loceng yang diambil dari gereja dan biara Katolik yang tidak berfungsi.

Pihak Sepanyol naik marah.  Pada tahun 1582, duta besar mereka di London, Bernadino de Mendoza, menulis surat kepada rajanya, Philip II, dengan mengadu bahawa perdagangan Inggeris “sangat menguntungkan mereka, kerana mereka mengambil timah dalam jumlah besar dan dibawa ke sana, lalu dibeli oleh orang Turki hampir untuk nilai yang sama berat dengan emas, timah sangat diperlukan untuk menghasilkan s3njata api untuk tujuan p3rang”.

Bernadino de Mendoza menyimpulkan bahawa “perdagangan dengan Inggeris menjadi dua kali ganda pentingnya bagi orang Turki sekarang, sebagai akibat dari pemulauan yang diusulkan oleh Paus kepada setiap orang yang memberikan atau menjual kepada orang kafir bahan seperti ini”.

Perikatan Politik-agama

Elizabeth ketika itu menulis surat yang mesra kepada Sultan Murad III yang mengusulkan pembentukan satu pakatan politik-agama anti-Sepanyol. Pada bulan Oktober 1579, dia menulis sepucuk surat yang menunjukkan aspek keagamaan dari perikatan itu lebih jelas, dengan menggambarkan dirinya sebagai “pembela kepercayaan Kristian yang paling tak terkalahkan dan paling kuat dalam penentangan terhadap semua jenis penyembahan berhala, semua yang hidup di kalangan orang-orang Kristian, dan menunggang nama Jesus”.

Surat itu menyebut Murad sebagai “penguasa kerajaan Turki yang paling kuat, paling tunggal dan yang paling utama, raja yang paling berdaulat dari Kerajaan Timur”.

Murad membalas dengan surat tulisannya sendiri dan kedua-dua pemerintah tersebut saling berbalas surat secara berterusan sepanjang 1580-an. Setelah Murad meninggal dunia pada tahun 1595, ibunya terus bertukar surat-menyurat dengan Elizabeth – mereka bertukar berbagai hadiah termasuk tandu kereta kuda dan organ jam yang dihantar ke Konstantinopel oleh Elizabeth pada tahun 1599.


William Harborne tinggal di Konstantinopel selama lapan tahun, bekerja sedekat mungkin dengan istana Uthmaniyyah, yang merujuknya sebagai
“Lutheran elchisi” – duta besar Lutheran. Semasa berada di sana, dia menandatangani pakatan Inggeris yang pertama dengan Murad yang digelar sebagai ‘The Capitulations’, yang berkekalan hingga ke tahun 1923 setelah Empayar Uthmaniyyah akhirnya jatuh. 

The Capitulations membolehkan pedagang Inggeris berdagang secara bebas di seluruh wilayah Uthmaniyyah, memberikan mereka kadar keutamaan untuk tarif cukai, dan juga melindungi setiap orang Inggeris yang dis3rang samada oleh orang Katolik atau Muslim. Dia turut melantik konsulat Inggeris di wilayah-wilayah Uthmaniyyah seperti di Kaherah, Iskandariah, Damsyik, Tripoli, Baitulmaqdis dan Aleppo.

Pada akhir tahun 1580-an, Harborne dipujuk oleh ketua perisikan Elizabeth, Francis Walsingham untuk meyakinkan Murad agar campur tangan dalam menyekat armada Sepanyol di Mediterranean sebagai satu usaha untuk mengganggu rancangan armada itu yang akhirnya memulakan pelayarannya pada tahun 1588.

Walsingham tidak berjaya dalam usaha berani ini, terutamanya  kerana Uthmaniyyah tidak berminat memer4ngi Sepanyol hanya untuk menggembirakan hati orang Inggeris. Walaupun begitu, dia jelas akan menamatkan perjanjian damai Turco-Sepanyol, berdasarkan muslihat terancang Harborne di istana Uthmaniyyah.

Misi Harborne juga membawa beberapa siri pertukaran fahaman agama antara Protestan dan Islam.  Salah satu contoh yang paling berwarna warni adalah Samson Rowlie, seorang pedagang dari Great Yarmouth. Pada tahun 1577 Rowlie dit4wan oleh l4nun Barbary di luar pantai Algiers, beliau dikebiri dan memeluk Islam.

Menjelang tahun 1580-an dia dikenali sebagai Hassan Aga, ketua sida-sida dan bendahara Algiers di bawah gabenor lantikan Uthmaniyyah yang bertanggungjawab untuk berhubung dengan Harborne, beliau sudah tidak berminat untuk kembali ke England, yang berada di bawah anc4man pencer0bohan yang mudah oleh Katolik Sepanyol.

Pertukaran juga (jarang) berlaku sebaliknya. Pada tahun 1586 seorang pelaut Turki bernama Chinano secara terbuka telah beralih kepada ajaran Protestantisme. Chinano (nama korup untuk ‘Sinan’) ditangkap oleh orang persendirian Sepanyol di Mediteranean timur, diperhambakan dan dibawa ke Colombia pada awal tahun 1580-an.

Pada tahun 1586, ketika Sir Francis Drake meny3rang Cartagena, Sepanyol, dia menangkap beberapa orang Turki termasuk Chinano dan membawa mereka kembali ke London. Setelah menukar agamanya, Chinano hilang dari catatan sejarah, tetapi tanggapan yang popular adalah dia meneruskan hidup, bekerja dan mungkin m4ti di London bersama-sama orang Turki dan orang ‘Moor’ yang lain (orang Islam dari Barbary).

Ketika perdagangan Turki berkembang pesat sepanjang tahun 1580-an, Elizabeth I terus menyokong perdagangan dengan Barbary dan pemerintahnya, Ahmad al-Mansur. Pada tahun 1585 dia menyokong penubuhan Syarikat Barbary, memformalkan hubungan perdagangan yang sekian lama bertahan.

Berkenaan pakatannya dengan Uthmaniyyah, kepentingan fahaman agama bersama dan penentangan terhadap pencer0bohan Katolik Sepanyol menyumbang kepada aktiviti berbalas surat dan menghantar kedutaan. Maghribi memperdagangkan emas dan gula (yang menyebabkan kerosakan gigi Elizabeth) sebagai tukaran untuk pakaian dan kain dari Inggeris, dan yang lebih penting adalah logam dan garam, yang digunakan untuk membuat senj4ta dan serbuk bedil.

Perdagangan Inggeris dengan Turki, Maghribi dan Parsi (yang terus berlanjutan sepanjang tempoh ini) mengubah ekonomi domestik Elizabethan England, dari apa yang dimakan rakyat hingga apa yang rakyat pakai. Ia turut melibatkan bahan asas seperti gula, sutera, rempah ratus, permaidani Parsi dan Uthmaniyyah menghiasi bahagian dalaman istana kediaman Elizabeth. Bahkan, bahasa juga menerima kesannya.

Perkataan Inggeris moden seperti ‘sugar’, ‘candy’, ‘crimson’ adalah dari perkataan Turki iaitu kirmiz, ‘turkey stone’ atau ‘turquoise’ dari perkataan tulip, dan sebutan lidah Turki dari perkataan Parsi seperti ‘dulband’ atau ‘turban’dan bahkan ‘zero’ semuanya diserap ke dalam bahasa Inggeris semenjak zaman itu dan digunakan hingga sekarang, semuanya berkat dari kesan perdagangan Anglo-Islam.

Jalinan Hubungan Diadaptasi Ke Layar Pentas

Skala pakatan dengan Uthmaniyyah dan Maghribi telah digambarkan di atas pentas era Elizabethan. Antara tahun 1579 dan 1624 terdapat 62 persembahan teater yang menampilkan watak, tema, atau berlatarkan Islam. Ini termasuklah beberapa drama yang paling berpengaruh dan kontroversi pada masa itu: Tamburlaine (1587–88), yang membakar Al-Quran di atas pentas;  Jews Of Malta (1589); Spanish Tragedy (1587);  dan B4ttle of Alcazar (1589).

Fenomena itu mencapai kemuncaknya pada tahun 1590-an, setelah lebih daripada 20 drama yang menampilkan budaya Turki atau Moor dipersembahkan. Ini adalah satu dekad di mana Shakespeare jadikan contoh, dia merujuk kepada elemen-elemen Turki dalam 13 drama.

Sesungguhnya, Othello karya Shakespeare (1601) jelas telah dipengaruhi oleh hubungan Anglo-Maghribi yang mencapai kemuncaknya pada musim panas tahun 1600, ketika duta besar Maghribi Muhammad al-Annuri tiba dengan rombongannya di London dan menyampaikan pengesahan diplomatiknya kepada Ratu. Namun dia sebenarnya berselindung di sebalik permit perjalanan delegasi perdagangan ke Aleppo. Al-Annuri mencadangkan jalinan pakatan ket3nteraan antara kedua-dua negara itu untuk meny3rang kedudukan Uthmaniyyah di Afrika Utara.

Surat-surat mengenai perjalanan Al-Annuri menunjukkan terdapat aspek lain yang lebih menarik dari rundingannya dengan Elizabeth I. Al-Annuri adalah orang Morisco – seorang Muslim kelahiran Sepanyol yang telah memeluk agama Kristian. Sebilangan besar kekuatan pasukan pertempvran elit Maghribi terdiri dari t3ntera yang mempunyai warisan d4rah Morisco, yang menjadikan mereka anti-Sepanyol sama seperti anti-Uthmaniyyah.

Mengetahui hal ini, Elizabeth melakukan rundingan sulit dengan Al-Annuri untuk memujuk dia dan rakan-rakan Moor yang lain untuk bergabung dengan England bagi memer4ngi orang Sepanyol, bukannya orang Turki. Cadangan itu dibuat kerana Elizabeth memilih untuk mengekalkan perikatannya yang lebih lama dengan Uthmaniyyah yang jauh lebih kuat, dan al-Annuri dipanggil semula ke Maghribi.


Tetapi kehadirannya yang sangat jelas di London nampaknya telah mempengaruhi Shakespeare dalam penggambaran teater pentasnya tentang Othello – seorang individu yang berkarisma dan menarik dengan warisan budaya yang berpecah belah tetapi bersedia untuk menghadapi mana-mana kuasa imperialisme samada ia adalah Uthmaniyyah atau Sepanyol.

Hubungan Elizabethan England mula beralih ke arah yang berbeza di bawah Raja James VI dan I yang baru, di mana setelah Perjanjian London pada tahun 1604 menghasilkan perdamaian dengan Sepanyol dan membataskan keperluan hubungan komersial dan diplomatik yang erat dengan dunia Muslim.

Tetapi syarikat perdagangan yang ditubuhkan oleh Elizabeth I terus berkembang maju dan menjadi asas kepada penubuhan syarikat-syarikat lain termasuklah Syarikat Hindia Timur yang ditubuhkan pada tahun 1600.

Walaupun hubungan Elizabeth dengan dunia Islam yang mekar dalam tempoh yang amat panjang telah pun berakhir, Islam telah meninggalkan banyak kesan berkekalan pada budaya orang Inggeris yang masih boleh kita lihat dan dengar hingga ke saat ini.

RUJUKAN:

Jerry Brotton. (2016). The Sultan And The Queen: The Untold Story of Elizabeth And Islam. Viking Publishing.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.