Bali sememangnya kental dengan ajaran Hindunya namun itu tidak bermakna langsung tiada kerabat Raja Bali yang memeluk agama Islam.

Salah seorang kerabat Diraja Pemecutan, Den Pasar Barat Bali yang memeluk Islam ialah Gusti Ayu Made Rai atau dikenali juga sebagai Raden Ayu Siti Khotijah.

Raden Ayu dilahirkan sebagai seorang Hindu dan dikatakan memiliki paras rupa yang cantik. Walaupun begitu, ketika beliau menginjak usia remaja, beliau telah terkena sakit kuning. Walaupun sudah puluhan orang dukun dipanggil untuk mengubatinya namun semuanya hampa. Tiada seorangpun daripada dukun mampu mengubati penyakit misteri itu.

Disebabkan khuatir sakit anaknya itu semakin memburuk maka Raja pemecutan telah mengumumkan satu sayembara di seluruh Bali dan juga kerajaan lainnya.

Jika berjaya menyembuhkan Raden Ayu, maka dia akan dijadikan sebagai anak angkat kerajaan jika dia seorang perempuan dan jika dia seorang lelaki maka akan dikahwinkan dengan Raden Ayu.

Sayembara itu akhirnya telah didengari oleh seorang ulama di Yogyakarta. Ulama ini mempunyai seorang anak murid yang bernama Pangeran Cakraningrat IV. Ulama tersebut telah meminta anak muridnya yang pada waktu itu sudah tua untuk pergi menyembuhkan sakit Raden Ayu itu.

Dikatakan Pangeran Cakraningrat sudah berusia 55 tahun pada waktu itu manakala Raden Ayu pula berusia sekitar 27 tahun.

Pangeran Cakraningrat akur dengan permintaan gurunya itu dan telah pergi ke Kerajaan Pemecutan bersama dengan 40 orang pengikut.

Setibanya di sana, beliau terus berjumpa dengan Raja Bali itu dan menawarkan diri untuk bagi mengubati penyakit yang dideritai oleh puterinya.

Dengan beberapa mamtera dan doa, akhirnya penyakit yang dideritai oleh Raden Ayu akhirnya sembuh dengan izin Allah. Dan sesuai dengan janji, maka mereka berdua akhirnya telah dikahwinkan.

Mereka berdua kemudiannya berkahwin secara Islam di Bangkalan, Madura dimana nama Gusti Ayu Made Rai telah ditukar kepada Raden Ayu Siti Khotijah atau dikenali juga sebagai Raden Ayu Pemecutan.

Selepas beberapa lama di Bangkalan maka Raden Ayu telah meminta izin suaminya untuk pulang ke Bali. Suatu hari, Raden Ayu telah solat di kawasan suci Hindu dalam Istana. Patih kerajaan melihat perbuatan yang dilakukan oleh Raden Ayu sebagai aneh dan menyangka bahawa Raden Ayu sedang melakukan sihir.

Oleh itu, Patih Kerajaan telah memaklumkan kepada Raja Bali mengenai perbuatan aputerinya itu. Sang raja menjadi marah dan telah menjatuhkan hukuman bμnuh kepada puterinya itu. Raden Ayu kemudiannya telah dibawa ke Pura Kepuh Kembar untuk dijalankan hukuman mαti.

Kata Raden Ayu saat ingin dibμnuh:

“Janganlah saya dibμnuh dengan memakai senjata tajam karena itu tidak akan dapat membμnuh saya. Pakailah cucuk konde (sanggul) saya ini yang telah disatukan dengan daun sirih dan diikat benang Tridatu ( benang tiga warna, yakni putih, hitam dan merah). Nanti lemparlah cucuk konde ini ke arah dada saya sebelah kiri.

Apabila saya sudah meninggal, dari badan saya akan keluar asap. Bila asap yang keluar dari badan saya berbau busuk, silakan paman patih tanam mayat saya sembarangan. Tapi, jika asap dari badan saya berbau harum, tolong buatkan saya tempat suci yang disebut keramat”.

Mengikut legenda, jenazah Raden Ayu berbau wangi dan dikawasan beliau dihukum bμnuh, telah tumbuh sebatang pohon. Apabila dicabut, pohon itu akan tumbuh lagi sehingga akhirnya hanya dibiarkan sahaja. Sesetengah penduduk percaya bahawa pohon itu tumbuh daripada rambut Raden Ayu sehingga digelarkan sebagai pohon rambut atau taru rambut.

Kalau anda berminat membaca kisah-kisah yang berkaitan dengan Nusantara yang penuh mistik dan legenda seperti ini, kami nak cadangkan anda buat pembelian buku FANTASI TAMADUIN MELAYU-ISLAM terbaru kami, HIKAYAT ADIWANGSA di pautan: http://bit.ly/HikayatAdiwangsa


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sarjana muda pendidikan sejarah UPSI. Kini mengajar di SM Maahad Pontian Johor. Meminati sejarah Melayu terutamanya berkenaan dengan sejarah kerajaan-kerajaan Melayu.

Leave A Reply