Sultan Sulaiman I (1373-1423) dari Kedah dikatakan mempunyai 2 orang puteri dan salah seorangnya berdarah putih bernama Puteri Zaleha.

Kecantikan puteri Sultan Sulaiman yang berdarah putih itu akhirnya sampai juga ke pengetahuan Raja Acheh lalu Acheh menghantar rombongan meminang sebanyak 70 buah perahu dan hadiah lainnya. Pinangan Raja Acheh itu kemudiannya telah diterima oleh Sultan Sulaiman namun baginda tidak menyerahkan puterinya yang berdarah putih itu tetapi menyerahkan puterinya yang seorang lagi yang bernama Puteri Mariam.

Suatu hari hendak dijadikan cerita, puteri Kedah yang berkahwin dengan Raja Acheh itu telah terluka semasa mengacip pinang lalu keluarlah darah yang merah bukannya darah putih.

Akhirnya tahulah Raja Acheh bahawa baginda telah diperdayakan oleh Sultan Kedah. Baginda akhirnya telah memerintahkan supaya disiapkan angkatan perang untuk menyerang Kedah. Tidak lama kemudian sampailah angkatan Acheh ke Kedah.

Peperangan tidak dapat dielakkan lagi. Akhirnya tentera Acheh telah mengepung Kota Siputih tempat Sultan Sulaiman bersemayam. Selepas beberapa lama kepungan dilakukan maka bekalan makanan di dalam kota hampir kehabisan.

Lalu seorang perempuan telah keluar dari kota untuk mencari makanan. Di luar kota perempuan itu telah bertemu dengan seorang askar Acheh yang berpakaian biasa. Tanpa berselindung perempuan tersebut telah menceritakan hal ehwal yang berlaku di dalam kota itu.

Maklumat berguna yang disampaikan oleh perempuan itu telah disampaikan pula kepada ketuanya. Apabila mengetahui rahsia Kota Siputih itu, askar Acheh telah bertindak menyerang kota tersebut dan berjaya menawannya. Sultan Sulaiman yang bimbang anaknya yang berdarah putih itu dirampas oleh orang Acheh telah mengarahkan supaya anaknya itu dibunuh.

Tentera Acheh yang marah dengan tindakan Sultan Sulaiman itu telah bertindak membunuh wanita dan kanak-kanak yang berada di dalam kota. Manakala Sultan Sulaiman dan permaisurinya telah ditangkap dan dibawa ke Acheh lalu dijatuhi hukuman bunuh.

Menurut kisah yang berlainan, Puteri Zaleha yang berdarah putih itu telah disembunyikan di tempat khas di dalam kota Siputih. Selepas pintu kota dipecahkan oleh tentera Acheh mereka telah mencari Puteri Zaleha namun tidak menjumpai walaupun pada waktu itu dikatakan bulan mengambang. Ini kerana, cahaya bulan itu tidak menerangi kawasan persembunyian Puteri Zaleha itu sehingga beliau digelar Puteri Lindungan Bulan.

Kredit Foto: Utusan.TV

Kalau anda berminat nak baca kisah-kisah klasik Tamadun Melayu seperti ini, maka buku kami KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU yang kami terbitkan sekarang ialah pilihan sesuai untuk anda. Beli di: https://bit.ly/3CGMTNF


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sarjana muda pendidikan sejarah UPSI. Kini mengajar di SM Maahad Pontian Johor. Meminati sejarah Melayu terutamanya berkenaan dengan sejarah kerajaan-kerajaan Melayu.

Leave A Reply