Penapisan adalah satu isu yang sentiasa panas untuk satu jangka masa yang panjang bagi industri hiburan di Malaysia. Ia menjadi lebih jelas kerana pada tempoh sekitar 80-90an, negara sedang cuba menyesuaikan diri dengan ekonomi berasaskan pengetahuan moden. Ya, Malaysia dianggap sebagai negara yang ketinggalan zaman dan ‘manja’ kerana budaya penapisan media yang sangat ketat diamalkan sejak dahulu lagi.
Kebanyakan lagu-lagu rock sentiasa menjadi mangsa sasaran ‘digam penyiaran’ oleh Kementerian Penerangan yang berada dibawah Allahyarham Tan Sri Dato’ Mohamed Rahmat ketika itu. Bukan artis rock sahaja, artis versatil seperti KRU turut menerima nasib yang sama dengan lagunya yang berjudul 20/20.
Kerajaan Malaysia ketika itu sangat memandang serius tentang isu semasa berkaitan industri hiburan. Namun adakalanya, penapisan ketat yang dilaksanakan terhadap mana-mana bentuk hiburan samada filem, lagu, dan persembahan pentas boleh dikatakan menjadi penyumbang kepada kemunculan karya seni berunsur puitis dan kiasan terutamanya oleh artis-artis rock tempatan.
Penapisan di Malaysia berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawasanya dengan syarat-syarat yang tertentu, “Bahagian II dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan peruntukan bagi menjamin kebebasan asasi manusia. Salah satu kebebasan asasi adalah kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan yang terkandung di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan bersuara adalah asas kepada kewujudan demokrasi dan menghormati maruah manusia.” (Perkara 10).
Namun, penapisan media yang ketat sebegini tidak semestinya sentiasa mensasarkan karya seni hasil tangan anak seni tempatan semata-mata, bahan hiburan dari luar negara yang memasuki Malaysia dalam bentuk siaran televisyen terutamanya, tidak kurang hebat juga menerima tekanan oleh pandangan sensitiviti kerajaan Malaysia dahulu.
Siri televisyen sebegini menjadi fenomena yang popular di kalangan kanak-kanak yang membesar sekitar pertengahan 1990-an. Penulis merupakan salah seorang yang meminati salah satu daripada siri Power Rangers, namun, berdasarkan pengalaman sendiri, penulis pernah dimarahi oleh arwah bapa (Abah) kerana memakai seutas jam tangan Power Rangers pemberian kawan sekolah, dan reaksi Abah membuatkan penulis merasa keliru. Pakai jam pun kena marah?
Kekeliruan itu akhirnya terjawab, rupa-rupanya penulis mengalami nasib yang serupa dengan anak mantan perdana menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, beliau yang ketika itu menjawat kedudukan sebagai Menteri Pendidikan sedang ditemubual menyatakan rasa terkejut apabila diberitahu mengenai keputusan untuk menyekat penyiaran rancangan Power Rangers di televisyen, beliau menyatakannya dalam bahasa Inggeris.
“Power ranger akan disekat penyiarannya? Dia inilah yang akan kecewa nanti.” katanya sambil merujuk kepada anak lelakinya yang sedang duduk di pangkuannya. Beliau sendiri juga mungkin meminati rancangan Power Rangers kerana beliau pernah menghadiri tayangan pentas dan pertunjukan Power Rangers di Kuala Lumpur.
Tetapi, kenapa Power Rangers harus disekat penyiaran? Apa yang tidak kena dengan rancangan itu?
Baik, sebelum kita mengkritik negara sendiri sebagai terlalu sensitif, suka untuk penulis menyatakan bahawa di Amerika Syarikat sendiri rancangan Power Rangers pernah menjadi isu yang serius berikutan luahan para ibu bapa yang bimbang ia akan mempengaruhi sifat anak-anak mereka kerana Power Rangers memaparkan aksi yang agak g4nas dan tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak.
Bahkan terdapat beberapa kes di sana yang melibatkan kec3deraan yang serius pada kanak-kanak ketika mereka bermain dengan beraksi sebagai Power Rangers.
Puncanya ialah kerana pada waktu itu, kerajaan Malaysia telah menyekat penyiaran dan pengedaran sebarang bahan media mahu pun produk berkaitan jenama “Mighty M0rphin Power Rangers” kerana pihak berkuasa bimbang akan penggunaan perkataan “m0rphin” boleh memberi pengaruh negatif terhadap kanak-kanak kerana perkataan itu amat berkait rapat dengan dad4h jenis “m0rfin”.
Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengumumkan pada bulan Disember 1995 bahawa Malaysia akan menghentikan penyiaran episod baru Power Rangers sehingga perkataan “m0rphin” dikeluarkan dari namanya, supaya anak-anak Malaysia tidak dipengaruhi untuk menjadi superhero dengan bergantung kepada ‘kekuatan’ dad4h.
Walau bagaimanapun, stesen penyiaran utama kerajaan itu kemudian mengatakan bahawa program itu akan dibenarkan kembali ke udara, jika perkataan “m0rphin” dihapvskan. Dan memang benar, kerana tidak lama kemudian, ia kembali dengan perubahan pada jenamanya kepada “Mighty Power Rangers”, dan menapis beberapa adegan dan dialog yang menyebut perkataan “m0rphin”.
Selain daripada Power Rangers, Ultraman juga pernah menimbulkan kontroversi, tetapi dalam bentuk bahan bacaan komik yang berkemungkinan kerana terjemahannya.
Pada tahun 2014, Menteri Dalam Negeri ketika iti, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah meletakkan buku komik Jepun edisi Bahasa Malaysia, “Ultraman the Ultra Power”, di bawah Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana didakwa mengandungi unsur-unsur yang boleh memvdaratkan ketenteraman awam.
Walaupun ketika itu tiada kenyataan rasmi mengapa larangan itu dikuatkuasakan, beberapa blog dan akaun Twitter berpendapat bahawa isu utamanya adalah kerana terjemahan komik “Ultraman the Ultra Power” menggunakan perkataan “Allah” untuk menggambarkan salah satu watak fiksyen adiwira Jepun yang berkuasa ajaib itu.
Jadi, selesailah isu komik Ultraman, tetapi sekatan terhadap rancangan televisyen berkonsepkan adiwira untuk tontonan kanak-kanak tidak terhenti setakat itu sahaja, pada tahun 2017, Power Rangers sekali lagi berhadapan kontroversi di Malaysia, kali ini dalam bentuk tayangan filem.
Filem itu memaparkan salah satu karakter penting yang membawa watak seorang adiwira wanita bernama Yellow Ranger lakonan Becky G sebagai seorang gadis yang sedang menerima perbezaan orientasi s3ksualnya yang amat cenderung ke arah LGBT. Bahkan terdapat adegan-adegan romantis yang songsang.
Namun setelah menerima beberapa rayuan daripada pihak Disney, ditambah dengan luahan rasa kecewa oleh Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan ketika itu, Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz, filem tersebut kemudiannya hanya menjalani proses penapisan yang ketat oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia, filem ini diberi penarafan P13 walaupun “adegan g4y” telah dipotong, dan kanak-kanak berumur 13 tahun ke bawah mesti ditemani oleh ibu bapa atau penjaga.
Tetapi bayangkan, masalah penagihan dad4h dan budaya sosial yang negatif di negara kita boleh tahan teruk juga statistik tahunannya, itu dalam keadaan kita telah berusaha keras menapis segala maklumat dan bahan media yang tidak sesuai di negara kita, bayangkan jika perkataan “m0rphin” yang kita anggap sekadar perkara remeh itu diteruskan penggunaannya.
Begitulah al kisahnya budaya penapisan bahan-bahan media yang sangat tegas di negara kita, malangnya, segelintir rakyat Malaysia sendiri lebih gemar memberi kritikan tanpa mengetahui bahawa bahan hiburan asing juga turut menerima nasib yang sama, bahkan Malaysia turut dianggap sebagai ‘manja’ oleh orang luar kerana budaya ini.
Namun semua itu sekadar tinggal kenangan sahaja dalam lipatan sejarah sahaja. Baiklah, sekarang tibalah masanya untuk memberi kritikan.
Semenjak dua menjak ini, penulis perhatikan, tahap kebebasan bersuara di Malaysia sudah berada di tahap yang paling lemah penguatkuasaannya sehinggakan Raja-raja dan YDP Agong boleh dijadikan bahan penghin4an oleh pihak tertentu. Mereka semakin berani kerana mereka tahu penguatkuasaan terhadap batasan hak bersuara hari ini adalah sangat lemah.
Sejujurnya, negara Malaysia kita yang tercinta ini benar-benar memerlukan seorang lagi menteri yang memiliki ketegasan seperti seperti Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat.
RUJUKAN:
MY Art Memory Project of Five Arts Centre : Censorship of Arts and Culture in Malaya/Malaysia
Malaysia: Authorities Ban The Hit Television Series ‘Mighty M0rphin Power Rangers’
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih