Bohonglah kalau sudah duduk terlalu lama di rumah, rasa macam nak gila kan? Tetapi itulah harga yang perlu dibayar semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan demi meratakan kadar penularan Covid-19 di negara ini.

Anda rasa anda bosan? Itu sedikit sahaja jika dibandingkan kehidupan yang dilalui pertapa wanita pada Zaman Pertengahan. Mereka ini akan diletakkan dalam satu bangunan kecil dengan tugas mereka mudah: berdoa dan memberi nasihat kepada ahli kariah.

Mungkin ada kata ini kacang tetapi hakikatnya, mereka yang menjalani kehidupan sebagai pertapa akan dikurung dalam bangunan itu sehingga ke akhir hayat mereka. Dan sel yang dihuni tidak selesa langsung dan ditempatkan di kawasan laluan utama atau di tengah-tengah petempatan.

Tetapi di sebalik semua itu, mereka dianggap selebriti keagamaan dan dikatakan mempunyai pelbagai kuasa magis termasuk membantu urusan orang mati yang berada di alam barzakh. Dengan kedudukan mereka yang strategik, sel mereka turut berfungsi sebagai bank, sekolah dan tempat bergosip.

Bukan mudah bagi mana-mana wanita untuk menjadi pertapa yang perlu beribadat dan menjadi sumber rujukan komuniti mereka itu. Tetapi kunci untuk menjadi seorang pertapa ialah mengakui kelemahan diri dari segi fizikal dan mental.

Perkara ini dibangkitkan seorang pertapa wanita bernama Julian of Norwich (1343-1416) dalam teks A Revelation of Love. Menurutnya, apabila semua kelemahan ini ditangani dengan tindakan yang bersifat tuntas, maka itu dapat membantu mereka mengharungi kehidupan tanpa sebarang halangan walaupun sebagai pertapa.

Memandangkan status mereka sebagai orang suci, pertapa wanita dinasihatkan untuk menjaga pancaindera dan tingkap mereka dari unsur-unsur asing yang boleh merosakkan diri mereka.

Justeru, untuk mengelak perkara berkenaan berlaku, seorang penjaga akan menjaga tingkap bangunan sang pertapa. Ini termasuklah menghalau mana-mana individu yang disyaki membawa berita palsu dan pembohongan.

Tetapi apa rahsia pertapa-pertapa wanita ini kekal siuman walaupun berada dalam kurungan seorang diri? Jawapannya ialah sentiasa menyibukkan diri dengan melakukan pelbagai aktiviti.

Abbot Aelred dari Rievaulx menyifatkan ketiadaan atau kekurangan aktiviti semasa menjalani kehidupan sebagai pertapa boleh mengundang kebencian terhadap kesunyian dan terhadap sel kurungan mereka .

Justeru bagi mengelak perkara itu berlaku, mereka melakukan perkara-perkara tertentu seperti menyebut psalm dan membaca Bible pada waktu tetap tertentu dalam sehari. Apa yang dilakukan mereka ini sebenarnya merujuk rutin kehidupan seharian dalam konteks moden hari ini.

Jika tidak sibuk dengan rutin ibadat, para pertapa juga turut digalakkan melakukan perkara-perkara yang mencerdaskan minda seperti menjahit atau pembaca. Salah satu rutin yang diketahui ialah para pertapa ini menjahit pakaian untuk orang gereja dan orang miskin.

Bagi para pertapa wanita ini, sel kurungan mereka amat menekan jiwa. Tetapi dari satu segi, ia turut menawarkan kebebasan spiritual mutlak yang tidak boleh dinikmati di mana-mana. Bagi mereka, kurungan itu ibarat kunci meraih kebebasan hakiki dari belenggu dunia.

RUJUKAN:

Gertrude Perk, Godelinde. (2020). Coronavirus: advice from the Middle Ages for how to cope with self-isolation. The Conversation. https://theconversation.com/coronavirus-advice-from-the-middle-ages-for-how-to-cope-with-self-isolation-134585

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.