Dalam komik dan filem Marvel terbitan 20th Century Fox, hubungan Charles ‘Profesor X’ Xavier dan Erik ‘Magneto’ Lensherr saling bertentangan antara satu sama lain. Walaupun berbeza falsafah tentang kedudukan dan hak mutan, itu tidak menghalang kedua-duanya menjaga persahabatan yang terjalin. Kisah persahabatan dua figura mutan ini sebenarnya tidak jauh berbeza daripada apa yang digambarkan dalam filem.
Kedua-duanya bertemu di sebuah hospital psikiatri di Haifa, Israel selepas tamat Pe.ra.ng Dunia Kedua (WWII). Pada ketika itu, Profesor X berkhidmat sebagai pakar perubatan dengan Magneto sebagai sukarelawan. Tanpa mengetahui kedua-duanya merupakan mutan, Xavier dan Lehnsherr berkenalan dan pantas menjadi rakan baik.
Disebabkan kedua-duanya mempunyai latar belakang berbeza, ia dilihat mempengaruhi pandangan masing-masing tentang mutan. Xavier mempunyai latar belakang sebagai cendekiawan dari Universiti Oxford dan pernah berkhidmat sebagai ten.te.ra Amerika Syarikat semasa Pe.ra.ng Korea. Sementara Lehnsherr pula terselamat daripada peristiwa Holo.cau.st selepas menjadi tahanan di Auschwitz.
Dalam perbincangan mereka berkenaan apa reaksi manusiawi apabila dipertemukan dengan bangsa yang lebih kuat (mutan), Profesor X bersikap optimistik dan percaya hubungan baik boleh terjalin antara kedua-dua pihak. Tetapi bagi Lehnsherr yang pernah merasai penindasan rejim Orang Yang Tak Boleh Disebut Namanya, itu dianggap mustahil. Sebaliknya, beliau percaya kelompok tersebut akan ditindas seperti mana kelompok minoriti lain.
Kuasa kedua-duanya terbongkar apabila mereka menghalang sekumpulan ejen Hydra diketuai Baron Wolfgang von Strucker cuba menculik seorang pesakit bernama Gabrielle Heller. Kumpulan tersebut mendapat tahu wanita itu menyimpan rahsia tentang emas rejim Jerman dan cuba mendapatkannya. Magneto cuba membu.n.uh von Strucker tetapi dihalang oleh rakan baiknya itu.
Sedar perbezaan falsafah kedua-duanya terlalu sukar untuk diterima, Lehnsherr memilih meninggalkan Israel bersama emas yang dinyatakan Heller. Sementara Xavier yang ketika itu menjalin hubungan cinta dengan Heller kekal seketika di sana sebelum pulang ke AS. Tanpa pengetahuan Profesor X, bekas kekasihnya itu mengandungkan anaknya yang juga seorang mutan: David Heller atau Legion.
Sejak itu, kedua-duanya saling bermusuhan menerusi pasukan masing-masing – X-Men (Profesor X) dan Brotherhood of Mutants (Magneto). Permusuhan itu semakin ketara apabila Xavier sentiasa berusaha menyelamatkan orang awam tanpa mengira manusia atau mutan. Dan ini mengundang rasa tidak puas hati rakan lamanya itu yang menganggap tempat manusia bakal digantikan oleh mutan.
Di sebalik permusuhan antara kedua-duanya, persahabatan Xavier dan Lehnsherr terus bertahan dengan kedua-duanya saling mempercayai antara satu sama lain. Misalnya, dalam kisah House of M, Magneto meminta bantuan rakannya itu untuk merawat mental anak perempuannya, Scarlett Witch/Wanda Maximoff. Ini bukan sekadar persahabatan tetapi persaudaraan erat dua mutan yang berbeza.
Dalam The Trial of Magneto pula, perbicaraan je.na.yah beliau dise.ra.ng oleh anak-anak von Strucker, Fenris bersaudara. Se.ra.ngan tersebut menyaksikan Xavier nazak selepas bertahan daripada se.ra.ngan mereka. Sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, beliau meminta Magneto mengetuai Institut Xavier – satu permintaan yang diterima dengan berat hati. Ini menunjukkan Xavier percaya rakannya itu boleh menjadi pemimpin dan guru yang baik kepada para mutan lain.
Selain itu, kedua-duanya juga sentiasa berusaha untuk menebus kesilapan masing-masing lebih-lebih lagi bagi Magneto. Disebabkan permusuhan yang lama antara kedua-dua pihak, Magneto dan Profesor X bukan sekali menggunakan cara kotor untuk menang atau menegakkan falsafah mereka. Oleh sebab itu, bila kedua-duanya bertemu semula, agak sukar untuk rasa percaya dapat diwujudkan semula.
Ini dapat dilihat dalam Nation X apabila pihak X-Men merasa ragu-ragu dengan keikhlasannya untuk membantu mempertahankan Utopia daripada an.ca.man musuh. Bila Xavier bertemu semula dengan Lehnsherr, beliau menye.ra.ngnya. Tetapi Magneto langsung tidak membalas dan mengakui kesilapannya terhadap rakan lamanya itu.
Mungkin versi filem yang paling hampir dengan ini ialah X-Men: Days of Future Past. Semasa kedua-duanya sedar mereka berada di ambang kema.ti.an selepas tempat persembunyian mereka dise.ra.ng Sentinel, Lehnsherr mengakui apa yang dilakukannya selama ini merupakan satu kesilapan dan memohon maaf atas apa yang berlaku.
Persahabatan kedua-duanya turut menjadi asas kepada penubuhan negara berdaulat untuk mutan dalam House of X. Selepas sekian lama berbeza pandangan tentang masa depan mutan, permusuhan Xavier-Lehnsherr ditamatkan dengan tertubuhnya Krakoa. Krakoa menjadi negara berdaulat yang diiktiraf PBB dalam komik yang dikarang Jonathan Hickman dengan kedua-duanya merupakan sebahagian daripada Quiet Council, badan pemerintah negara baru itu.
Versi filem paling hampir kepada detik ini ialah X-Men: Apocalypse. Pada akhir filem, Lehnsherr membantu Jean Grey membina semula sekolah mutan yang mu.sn.ah akibat le.tu.pan yang dicetuskan oleh Alex Summers/Ha.v.ok. Walaupun menolak tawaran Xavier untuk kekal di situ dan menjadi guru, hubungan persahabatan kedua-duanya menjadi asas kepada pembentukan semula Institut Xavier.
Dengan X-Men kini kembali ke pangkuan Marvel Studios selepas penggabungan 20th Century Fox dengan Disney pada 2019, ramai merasa ingin tahu perancangan ketua studio Kevin Feige. Walaupun ada berharap filem baru X-Men akan dihasilkan selepas ini, tetapi penulis merasakan medium terbaik X-Men ialah siri Disney+ sama seperti siri-siri Marvel lain.
Ini kerana menerusi penyiaran digital, kisah X-Men boleh diadaptasi dan disesuaikan mengikut perubahan yang melanda Marvel Cinematic Universe (MCU). Walau apapun perubahan yang melanda MCU terutama bila Spider-Man: No Way Home ditayangkan tidak lama lagi, diharap persahabatan dua figura mutan ini dikekalkan.
RUJUKAN
Ganguly, S. (2020, 12 Disember). 10 Details About Professor X & Magneto’s Relationship The Movies Didn’t Show. CBR.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih