Jika anda peminat sebuah filem berjudul “Night at the Museum”, pasti anda diperkenalkan dengan karakter yang nampak penuh berkarisma, penuh dengan ilmu dan nasihat, dan berkuda. Kenalkah anda siapa gerangan tersebut? Night At The Museum dengan bangga memperkenalkan beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat yang Ke-26, Theodore Roosevelt. Beliau menjadi presiden sekitar tahun 1901 hingga 1909 yang dikenali sebagai era Pra Perang Dunia 1. Jadi, apa yang membuatkan beliau sangat popular?

Theodore Roosevelt dalam Night At The Museum

Jika anda pengikut sebuah saluran di Youtube bernama “Epic Rap Battle of History”, pasti anda akan terserempak dengan satu video pertarungan rap antara Roosevelt dan Winston Churchill. Di rangkap terakhir, Winston menyebut “ if bullet to the chest cannot stop you, then my word will” dengan Roosevelt membalas “ a bullet can’t stop a bull moose”. Rangkap yang begitu hebat ini sebenarnya mempunyai sejarah yang menarik disebaliknya.

Pada Oktober 14 1912 di Milwaukee Auditorium, beliau pernah cuba di bunuh oleh pemilik salon, John Schrank apabila dia men3mbak Teddy tepat di dada ketika Beliau dalam perjalanan dari Hotel Gilpatrick ke Auditorium untuk menyampai ucapan untuk kempen pilihanraya partinya, Progressive Party atau lebih popular dikenali sebagai Bull Moose Party. Alasan cubaan membvnuh itu sangatlah tidak munasabah.

John Scrank

John yang disyaki menghidap penyakit mental dikatakan cubaan membvnuhnya didorongi oleh sebuah mimpi pelik yang dia alami. Dia menyatakan bahawa dia disuruh oleh hantu William McKinley, bekas Presiden US ke-25 yang kononnya menunjukkan gambar Roosevelt dan disalah erti oleh John sebagai perrmintaan William untuk membalas dendam atas kematiannya. Dia yang merupakan pentaksub William McKinley kemudian cuba membvnuh Teddy dengan men3mbak beliau di dada.

Skrip ucapan Theodore.

Namun yang menariknya, cubaan bunuh John gagal apabila Teddy diselamatkan oleh timbunan kertas ucapan beliau yang diletak di dadanya ketika itu. Ketebalan kertas ucapan iaitu sebanyak 50 muka surat itu menyebabkan peluru tersebut menjadi perlahan dan gagal sampai ke paru-paru beliau. Ujian x ray yang dijalankan  selepas kempen itu menunjukkan peluru itu hanya mampu menembusi sehingga ke tulang rangka Teddy sahaja. Hal ini berjaya menyelamat nyawa Beliau.

Gambar X-Rat Roosevelt

Rangkap “ a bullet can’t stop a bull moose” itu datang apabila beliau tetap bersemangat menyampaikan ucapan walaupun ketika itu terdapat peluru di dalam dadanya. Beliau dengan penuh bersemangat membuka rompinya untuk menunjukkan  bajunya yang berlumuran darah kepada penyokongnya. Lalu, beliau berkata “it take more than that to kill a bull moose”.

Dan seterusnya memyampaikan ucapan yang lama bertempoh 84 minit tersebut.  Kejadian ini menyebabkan Theodore Roosevelt sangat terkenal dan berjaya memperoleh jumlah undian yang agak tinggi untuk partinya mengalahkan calon bekas partinya, William Howard Tart daripada Republican. Namun, dikalahkan oleh calon Parti Democrat, Woodrow Wilson.

Bajunya yang berlkmuran darah.

Jadi, Mengapa Bull Moose? Gelaran ini dikatakan muncul apabila Theodore sering mengaitkan sikapnya yang bersemangat dan bertenaga dengan “Bull Moose”. Ini menyebabkan parti beliau juga dikenali dengan gelaran Bull Moose Party.

RUJUKAN:

  1. US President Theodore Roosevelt once delivered an 84-minute speech after getting shot in the chest. (n.d.). Retrieved from https://www.google.com/amp/s/amp.businessinsider.com/teddy-roosevelt-assassination-attempt-2017-6.
  2. When Teddy Roosevelt Was Shot in 1912, a Speech May Have Saved His Life. (n.d.). Retrieved from https://www.history.com/.amp/news/shot-in-the-chest-100-years-ago-teddy-roosevelt-kept-on-talking.
  3. Epic Rap Battle of History, https://youtu.be/owTPZQQAVyQ

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Muhammad Sufi Imran Bin Arrizal. Seorang mahasiswa di Universiti Malaya dalam jurusan Pengajian Perhubungan Antarabangsa dan Strategik. Seorang yang suka membaca dan cintakan ilmu. Suka berfalsafah di kala kesunyian. Mempunyai tabiat berangan di siang hari dan berfikir benda yang berat di malam hari sehinggalah susah hendak tidur.

Comments are closed.