Kisah bagaimana Perak ‘menakluk’ wilayah Hulu Perak (asalnya sebahagian negeri Reman, bekas wilayah Kesultanan Patani) dari genggaman Siam adalah satu sejarah epik yang tidak ada sepertinya dalam sejarah Melayu. Ia memperlihatkan bagaimana seni diplomasi dan muslihat politik yang sangat halus dimainkan oleh sultan Perak bersama para pembesarnya bagi mempengaruhi British seterusnya mendesak kuasa kolonial itu bertindak bagi pihak negeri Perak merampas sebahagian wilayah Patani dari hegemoni Siam.

Walaupun kerajaan Siam berusaha keras untuk menghalang Perak mengambil wilayahnya namun Perak begitu bijak bermain catur di belakang kuasa British yang juga merupakan ‘sahabat baik’ Kingdom of Siam.

Sekalipun kerajaan Siam ketika itu diperintah oleh rajanya yang agung yakni Chulalongkorn The Great, namun raja Thai itu sendiri tidak mampu menghalang sultan Perak dan para pembesarnya sesukahati mengambil sedikit demi sedikit jajahannya, yang memakan masa kira-kira 25 tahun.

Terdapat beberapa peringkat kemaraan negeri Perak menduduki Hulu Perak yang asalnya adalah sebahagian dari negeri Reman yang luas.

1) Anjakan sempadan tradisional Perak-Patani yang asalnya di Rantau Ulu, sekitar Kuala Temong dan Kuala Sungai Pelus di Chegar Galah bertambah sehingga ke Durian Pipit.

2) Tahun 1884. Dari Durian Pipit sehingga Bukit Naksah. Ini membenarkan Perak menduduki seluruh Lembah Lenggong yang meliputi Kota Tampan dan Temelong.

3) Penduduk Perak bersama seorang pegawai British bernama Hubert Berkeley memindahkan batu sempadan Perak-Reman sehingga ke Kubang Gendang di Kuala Kuak secara muslihat.

4) Tahun 1899. Kawasan Lembah Grik dan Temenggor diserahkan kepada Perak.

Namun Perak mahukan lebih lagi yakni kawasan yang terkaya di selatan Reman, yang mana ia meliputi Klian Intan, Klian Indah, Rui sehingga ke Kroh. Kawasan inilah yang kaya dengan hasil galian bijih timah dan banyak perusahaan bijih dijalankan di sini. Chulalongkorn cuba menghalang ‘ketamakan’ Perak yang mempergunakan British bagi merampas jajahannya yang penting itu namun kehendak besar Perak tidak mampu dihalang lagi.

5) Tahun 1909. Kawasan Klian Intan dan sekitarnya berjaya menjadi milik Perak.

Chulalongkorn menyedari impian Perak yang keterlaluan ini berusaha menghalang perkara ini dengan sokongan Tuan Jagong (raja Reman), wakil pemerintahnya di Reman. Kemuncaknya ialah pada satu mesyuarat diraja Siam, Chulalongkorn bertegas dengan menyatakan “British would not be allowed to lease the district of Reman”. Namun dengan termeterainya Perjanjian Sempadan 1909, Chulalongkorn terpaksa berpuashati dengan hakikat Perak mendapat habuan besar yakni kawasan seluas 2300 batu persegi yang meliputi Klian Intan, Klian Indah, Klian Mas, Rui, Keroh, Empat Air, Belum, Tapong dan Temenggor yang kini boleh kita saksikan dalam peta moden negeri Perak darul Ridzuan. Semua lombong-lombong terkaya di selatan Reman menjadi milik Perak berserta fasiliti tercanggih di Tanah Melayu ketika itu di mana ia dilengkapi jentera bertenaga elektrik dan sistem pengangkutan bijih menggunakan wayar kawat.

Penduduk Patani yakni rakyat Reman yang memang sedia lemah dan tersepit di antara dua kuasa besar Siam dan kolonial British yang mana kedua-duanya di bawah percaturan kerajaan negeri Perak di bawah Sultan Idris I dan para pembesar Perak terpaksa menerima bahawa kini mereka adalah rakyat negeri Perak dan bukan lagi rakyat jajahan Siam.

Walaupun terpisah dengan sanak-saudara di sebelah wilayah Siam, namun lama-kelamaan mereka menerima bahawa nasib mereka lebih baik bernaungkan kerajaan sultan Perak daripada ditindas berterusan di bawah pentadbiran kukubesi Siam.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar (tetap belajar dan terus belajar) dan kini tenaga pendidik dalam bidang sejarah, beliau adalah peminat tegar sejarah dan telah mencurahkan sepenuh kebaktiannya dalam sejarah terutama sejarah Melayu. Telah menulis lima buah buku bertemakan kepentingan sejarah, kritikan sejarah dan analisis sejarah Melayu.

Comments are closed.