Ingat tak dulu banyak syarikat minuman dan makanan yang tawarkan cabutan bertuah. Hadiah yang ditawarkan pun bukan kaleng-kaleng. Sebab ada yang bagi kereta, motosikal dan sejumlah wang. Nak menang cabutan bertuah ni pun bukannya mudah. Sebab korang perlu kumpul penutup botol sampai kepada jumlah tertentu. Lepas tu baru boleh claim hadiah tu.

Memang ramailah yang berlumba-lumba nak menang cabutan bertuah tu. Secara tidak langsung, branding syarikat akan semakin dikenali dan keuntungan dapat dijana dengan tinggi. Taktik ini juga digunakan oleh Pepsi hanya kerana mahu mengatasi Coca Cola.

Masalahnya, pepsi punya cabutan bertuah ni melampau sangat. Sebab mana-mana pelanggan yang berjaya mendapatkan 7 juta Pepsi Point, mereka berhak memenangi jet harrier. Deme tak takut ke ada pelanggan yang percaya lantas berusaha nak kumpul 7 juta Pepsi Point?

Jet harrier

Pepsi dengan yakinnya beranggapan itu semua adalah mustahil. Sebab untuk dapatkan 5 Pepsi Point, pelanggan perlu beli 12 pek Pepsi. Secara matematiknya sebanyak 17 juta tin Pepsi perlu dibeli dan diminum bagi memperolehi 7 juta Pepsi Point. 

Sekali dengar memang tak logik sebab tak ada manusia yang mampu habiskan 17 juta tin air gas. Ditambah lagi, Pepsi hasilkan ngam-ngam 17 juta tin Pepsi. Kalau nak memang jet harrier, memang pelanggan kena bolot semua Pepsi di pasaran.

Walau bagaimanapun, kebijaksanaan Pepsi ni terlerai juga akhirnya. Sebab kesilapan mereka telah disedari oleh John Leonard. Dia perasan dalam katalog Pepsi, syarikat itu cakap pelanggan yang miliki jumlah minimum 15 Pepsi Point dibenarkan untuk beli mata tambahan untuk berjumlah 10 sen setiap satu. Syaratnya pelanggan perlu mendapatkan 15 mata pertama dahulu. Selepas itu, pembelian mata berikutnya mesti dilakukan menerusi cek.

Bila dibuat kira-kira sikit, John Leonard hanya akan membelanja $800,000 sahaja untuk mendapatkan jet harrier. Padahal harga jet harrier ketika itu mencecah sehingga $33 juta, memang untung besarlah kalau dapat. John Leonard pun bekerjasama dengan Todd Hoffman bagi mendapatkan modal nak beli Pepsi Point.

Setelah itu John Leonard telah menghantar 15 Pepsi Point bersama cek yang mengandungi wang sebanyak $800,000 kepada Pepsi. Berminggu-minggu kemudian, Pepsi balas cek yang dikirimkan oleh John Leonard tapi dalam cara yang seperti mahu mengejek. Apa yang Pepsi buat adalah pulangkan kembali cek dan berikan boucar kepada John Leonard. Tak lupa juga Pepsi siap anggap John Leonard tengah buat lawak macam Manchester United. 

John Leonard tak boleh terima semua benda ni lantas mengambil tindakan mahkamah ke atas Pepsi. Bagi meredakan kembali, Pepsi cuba berunding dengan John Leonard di luar mahkamah. Pepsi pun tawarkan sejumlah wang agar John Leonard lupakan jet harrier dan hidup seperti orang biasa.

John Leonard

John Leonard dengan keras terus menolak tawaran Pepsi dan tetap mahukan jet harrier. Selepas tiga tahun naik turun mahkamah, kemenangan akhirnya memihak kepada Pepsi. Sebab New York’s Southern District Court mendapati hanya orang kurang siuman sahaja percaya dengan iklan Pepsi yang mahu berikan jet harrier kepada pelanggan.

John Leonard cuba buat rayuan untuk cabar keputusan mahkamah tetapi hasilnya tetap sama. Maka tamatlah impian John Leonard untuk memiliki jet harrier dan dia perlu menjalani hidup seperti biasa.

Apa yang boleh kita belajar adalah nak buat promosi sesuatu produk tu pastikan ia logik dan boleh diterima dek akal. Kalau tak logik sekali pun jangan sampai ada lopong. Kena ingat fikiran setiap orang berbeza-beza. Ada yang jenis ambil serius dan ada yang jenis tak ambil peduli.

RUJUKAN:

Haoues, R. (2015, Januari 29). Flashback 1996: Man sues Pepsi for not giving him a harrier jet. CBS News. Dipetik daripada https://www.cbsnews.com/news/1996-man-sues-pepsi-for-not-giving-him-a-harrier-jet/

Ross, Steven, (2022, Disember 19). Did John Leonard get anything from Pepsi? Harrier jet lawsuit explained, did he win – and who is Todd Hoffman. National World. Dipetik daripada https://www.nationalworld.com/culture/television/john-leonard-pepsi-harrier-jet-what-get-after-points-case-who-todd-hoffman-3922507

Witter, B. (2022, November 18). Where is John Leonard now after suing Pepsi for a harrier jet? Bustle. Dipetik daripada https://www.bustle.com/entertainment/where-is-john-leonard-now-pepsi-harrier-jet-netflix


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply