Kelakar jugak bila baca pasal catatan penjajah Mat Salleh ni bila deme tersempak dengan Pontianak masa tengah meneroka Tanah Melayu. Boleh pulak panggil Pontianak tu “pari-pari baik”.

Mat Salleh yang tersempak dengan Pontianak ni dikenali dengan nama sebagai Laksamana Sherard Osborn, Sebelum bergelar Laksamana dalam Tentera Laut Diraja (Royal Navy) dan menjadi pengembara benua Artik. Jadi, dia bukanlah calang-calang orang untuk kita perkecilkan catatannya.

Osborn berkhidmat sebagai pegawai muda tentera laut di Kedah pada tahun 1838 dan menjadi sebahagian daripada ketumbukan Royal Navy yang mengepung pelabuhan Kuala Kedah ketika itu. Semasa kepungan inilah, beliau menulis anekdot peristiwa pelik bin ajaib ini.

Osborne.
Pada satu ketika, semasa Osborn dan sebahagian anak kapal berehat di atas kapal, mereka melihat kelibat beberapa perahu yang dibawa anak2 kapal berbangsa Melayu pulang dengan sedikit tangkapan ikan.
Kalau korang minat nak baca pasal sisi mistik, dan hantu Tamadun Melayu, kami nak cadangkan korang beli buku yang pernah kami terbitkan, Mistik Alam Melayu. Dah masuk cetakan yang keempat. Boleh beli di: http://ibit.ly/lw7V
Bila ditanya apa yang berlaku, mereka yang masih ketakutan memberitahu melihat kelibat pontianak semasa memancing. Bila ditanya apa yang berlaku, mereka yang masih ketakutan memberitahu melihat kelibat pontianak semasa memancing.
Walaupun beliau bertegas kelibat lembaga yang dilihat itu ialah anjing laut, penterjemahnya bernama Jamboo menegaskan apa yang dilihat mereka itu benar. Malah, dia turut menegaskan mereka tidak pernah melihat kelibat anjing laut seperti didakwa Osborn di Tanah Melayu.
Walaupun beliau akur dengan penjelasan mereka, Osborn menulis satu anekdot yang menganggap pontianak itu sebenarnya spesies manusia liar yang hidup jauh daripada dilihat manusia iaitu Orang Asli. Beliau menulis:
“Orang-orang liar (Orang Asli) ini ialah tinggalan sedih orang asli Ne—gro yang kecil, yang pada satu masa lebih ramai tetapi kini boleh ditemui dalam kumpulan-kumpulan kecil, di tempat yang paling sukar diakses di Malaya.”
Osborn melihat pelayar-pelayar Melayu tidak dapat lari daripada mitos-mitos aneh seperti dialami pelayar-pelayar Eropah. Beliau melihat apa yang diceritakan kadang-kadang terhasil daripada imaginasi liar mereka dan sudah bercampur dengan fakta logik.
Justeru, menjadi tanggungjawabnya (dialog tipikal beban orang putih) untuk membawa orang-orang di bawah pimpinannya keluar daripada belenggu tahayul ini.

Tidak lama selepas peristiwa tersebut, kapal penembak mereka berlabuh di satu kawasan di selatan Sungai Kedah pada satu malam. Kebetulan pula pada malam itu, hujan turun mencurah-curah disusuli dengan kabus dan persekitaran yang lembap memaksa mereka mencari tempat perlindungan.

Begitupun, Osborn mahukan seorang anak kapal bertindak sebagai peninjau dan segera memberitahu apa-apa perkembangan kepadanya. Pada jam 11.00 malam, Osborn terdengar bunyi orang meludah berselang seli dengan bacaan jampi serapah (berkemungkinan ayat-ayat suci al-Quran). Apabila seorang anak kapal bertanya apa yang berlaku, si peninjau menunjukkan jarinya pada satu kawasan dalam hutan. Sebaik melihat arah yang dinyatakan, si polan itu segera mengikut rakannya melakukan perkara sama.

Apabila Osborn meminta Jamboo bertanya apa yang dilihat mereka, jawapan mereka ialah kelibat hantu atau lebih tepat pontianak. Pada awalnya, beliau merasa marah dan menganggap apa yang dinyatakan itu sebagai mustahil. Tetapi apabila mereka memintanya melihat ke arah satu kawasan hutan yang dinyatakan, alangkah terkejutnya beliau melihat apa yang dianggap karut selama ini rupanya benar belaka.

Berikut catatan Osborn apabila melihat kelibat pontianak:

“Aku berbuat demikian, dan aku merasa mula seram, aku tidak malu mengatakannya dan ia tersebar ke seluruh badanku tatkala aku melihat figura seorang wanita dengan kain putih di sekelilingnya…

…seperti dipakai wanita-wanita Hindu, ia bergerak dari bayangan hutan  dan berhenti di satu anak bukit pasir putih, jarak tidak kurang daripada 300 kaki. Aku menggosok mataku, sementara penterjemahku memanggil santo (berkemungkinan nama Rasulullah s.a.w atau para wali)…
…dan dia meludah tanpa henti, seolah-olah seperti haiwan pengotor lalu di hadapannya. Sekali lagi aku melihat dan aku melihat perkara sama, ia melalui satu kawasan gelap dan secara perlahan-lahan mula menyeberang ke satu bahagian dalam hutan.
“Aku dapat merasakan aku tidak mampu menafikan realiti ilusi yang wujud dalam kepalaku, aku berlalu dari situ dan membiarkan si Melayu itu meneruskan apa yang dilakukannya hingga tengah malam…
… dia bagaimanapun sekali-sekala meludah tanpa henti dan menyumpah makhluk terkutuk itu dengan jampi serapah agama Mahomet (panggilan orang Barat terhadap nama Rasulullah s.a.w).
Semasa pertengahan tempoh meninjau, Untoo (hantu) muncul lagi tetapi ia tidak mengganggu kami – Jadee (salah seorang anak kapal) memberi jaminan Untoo ialah makhluk terkutuk yang melakukan…
…perkara kejahatan – aku menganggapnya sebagai pari-pari yang baik, pada ketika itu kami tidak terganggu lagi dengan Untoo sehinggalah ia mengganggu kumpulan pemancing di Sungai Setoue (Setiu).”

Kisah Osborn dan anak kapalnya melihat pontianak diabadikan dalam buku bertajuk Quedah: A Cruise in Japanese Waters yang diterbitkan pada tahun 1859.

Selain peristiwa pelik bin ajaib ini, beliau turut merekodkan kekejaman pihak Siam terhadap rakyat dan pejuang Kedah serta kekagumannya sebagai seorang tentera terhadap semangat juang yang dipamerkan mereka melawan penjajahan Siam.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply