Ia adalah peristiwa yang jarang diperkatakan. Malah, mungkin ramai yang tidak mengetahuinya. Ini adalah kisah pembunuhan beramai-ramai rakyat awam Korea oleh tentera Amerika Syarikat ketika Perang Korea.
Peristiwa menyayat hati ini berlaku ketika era Perang Korea pada Julai 1950 di sebuah perkampungan yang dikenali sebagai Nogeun-ri. Kira-kira 300 rakyat Korea yang tak berdosa telah dibunuh beramai-ramai oleh para askar Regimen Kavalri Ke-7 Amerika Syarikat.
Apa yang membawa kepada pembunuhan ini?
Perang Korea yang asalnya bermula sebagai Perang Saudara Korea antara dua kawasan yang terpisah, iaitu Korea Selatan dan Korea Utara telah meletus pada 25 Jun 1950.
Pada bulan pertama perang meletus, kumpulan pelarian dan rakyat Korea bebas bergerak melalui jalan-jalan awam untuk mereka pergi ke kebun, kedai dan sebagainya.
Tapi, selepas beberapa lama, askar Amerika Syarikat telah menahan orang awam, dan melarang mereka daripada melalui kawasan tersebut kerana atas alasan askar telah menanda kawasan sempadan di antara laluan askar Amerika dan penduduk awam sedangkan tiada perjanjian dipersetujui dibuat atas perkara tersebut.
Pihak askar Amerika Syarikat sengaja membina garis tanpa keizinan dari penduduk tempatan. Askar Amerika Syarikat turut berprasangka buruk dengan mengesyaki bahawa kumpulan orang awam telah menerima rasuah daripada askar Korea Utara, namun itu tidak benar.
Dan, akhirnya, askar Amerika ini telah bertindak membunuh orang awam dan pelarian ini tanpa belas kasihan gara-gara keengganan mereka membenarkan orang awam melalui kawasan itu.
Laporan pendedahan tahun 1999 menyatakan mereka telah membunuh, mengebom dan menembak para pelarian di Nogeun-ri dari arah udara dan darat dengan menggunakan mesin penembak dari jarak dekat yang dibuat di bawah arahan dasar ketenteraan di Korea Selatan oleh Jabatan Ketenteraan Amerika Syarikat.
Pembunuhan kejam ini yang berlaku antara 26 Julai hingga 29 Julai 1950 sebenarnya telah disimpan oleh askar Amerika Syarikat dan menutupnya daripada pandangan umum. Inilah yang menyebabkan angka kematian sebenar mangsa tidak diketahui secara tepat.
Selepas berpuluh-puluh tahun lamanya, pihak Associated Press (akhbar AS) akhirnya telah mendedahkan perbuatan durjana ini pada tahun 1999. Rencana pendedahan ini telah dikeluarkan secara bersiri dan berjaya memenangi Hadiah Pulitzer untuk anugerah laporan penyiasatan terbaik.
Pada hari ini, tanda peringatan insiden pembunuhan ini telah didirikan di Taman Keamanan Nogeun-ri, Chungcheongbuk-do. Ia masih dikenang sebagai peristiwa kejam yang pernah dilalui oleh para pelarian ketika era Perang Korea.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih