“Aku mahu menolong orang yang benar-benar menderita. Mohon mesej aku bila-bila masa saja.”
– Takahiro Shiraishi
Pada 30 Oktober 2017, Takahiro Shiraishi, berumur 27 tahun ditangkap atas kesalahan membunuh 8 orang perempuan dan seorang lelaki dalam tempoh 2 bulan. Dilaporkan Shiraishi telah melakukan serangan seksual ke atas 8 perempuan tersebut sebelum mereka dibunuh.
Dalam kalangan mangsa, 4 orang daripadanya berumur 17 tahun. Selebihnya berumur 20 tahun ke atas.
Pembunuh bersiri seperti Shiraishi mungkin tidak begitu mengejutkan kalau mahu dibandingkan dengan Luis Garavito yang telah membunuh seramai 138 orang, Yang Xinhai seramai 67 orang dan Alexander Pichushkin seramai 48 orang.
Yang menariknya tentang kes Shiraishi ini adalah, dia tidak mencari mangsa untuk membunuh. Tetapi mangsa mencari dia untuk dibunuh. Mangsa tersebut adalah individu yang telah tertekan dengan hidup dan mahu mengakhiri hidupnya.
Shiraishi menjadikan pekerjaan membunuh individu yang nak membunuh diri ini sebagai bentuk perniagaan. Malah, dia pernah menerima bayaran sebanyak 3400 pound sterling daripada seorang mangsa.
Shiraishi menjadikan laman Twitter-nya untuk menarik pelanggan. Shiarishi pernah menyatakan, “Gejala buli ada di mana-mana. Di sekolah dan di tempat kerja.”
“Di luar sana pasti ramai orang yang sedang menderita sehingga cuba mahu bunuh diri. Cuma kes mereka tidak dilaporkan saja. Aku mahu tolong orang macam itu.”
Shiraishi menggunakan pelbagai bentuk perkataan di laman media sosialnya untuk menarik mangsa untuk dibunuh. Dilaporkan, ketika kecil, Shiraishi seorang kanak-kanak normal. Pendiam tetapi pandai bersosial dengan jiran-jiran. Dalam pelajaran pun biasa-biasa aje. Tidaklah begitu cemerlang, dan tidaklah teruk sangat.
Dia gemar bersukan. Jarang bercerita pasal diri sendiri. Hanya mendengar sahaja perbualan orang lain. Shiraishi dikatakan pernah main cekik-cekik dengan rakan-rakannya dan pernah pengsan akibat permainan tersebut. Kebetulan, mangsa-mangsa Shiraishi pun dibunuh dengan kaedah yang sama iaitu dicekik.
Shiraishi pernah bercinta dengan seorang wanita. Menurut wanita ini, Shiraishi seorang yang lemah lembut pewatakannya. Selepas dia tamatkan persekolahan, dia pernah bekerja di sebuah pasaraya selama 2 tahun. Selepas itu, dia bekerja sebagai peninjau mencari gadis-gadis untuk dijadikan pelacur sebuah kelab di Kabukicho. Dia pernah dipenjarakan sebab pekerjaan ini.
Sikap Shiraishi mula berubah sewaktu dia cakap kepada ayahnya, “Aku tak tahu kenapa aku hidup.”
Kemudian, waktu inilah dia mula bangunkan banyak akaun Twitter dan mempromosi dirinya sebagai ‘Tukang Gantung Profesional’ (Professional Hangman). Dia melaporkan, dia akan terus bunuh mangsanya sejurus bertemu. Pihak polis menemui 240 serpihan tulang yang dimiliki oleh 9 mangsa Shiraishi termasuk kepala dan anggota badan yang lain. Rumah dia mungkin dijadikan sebagai tempat untuk Shiraishi hilangkan bukti. Mungkin sebab ini jiran-jiran pun mula terhidu benda-benda busuk dari rumah Shiraishi sendiri.
Selain daripada memenuhi kemahuan mangsa untuk membunuh diri, Shiraishi juga menjadikan ‘kerjaya’ ini untuk memenuhi kemahuan seksual. Ketika ditemuduga oleh Jiji Press, Shiraishi menyebut mangsa sebagai ‘objek kemahuan’ (object of desire). Setiap kali Shiraishi diminta untuk ditemuduga, dia akan meminta sejumlah wang.
RUJUKAN:
- Suspect in Zama serial murders says the nine victims were ‘objects of desire’. https://www.japantimes.co.jp/news/2018/10/30/national/crime-legal/zama-mass-murder-suspect-says-interviews-nine-victims-objects-desire/#.XNtsR1IzaM8
- Inside the mind of the Japanese serial killer who killed 9 people. https://www.straitstimes.com/asia/east-asia/inside-the-mind-of-a-serial-killer
- Japan’s ‘Twitter killer’ charged with nine counts of murder. https://www.scmp.com/news/asia/east-asia/article/2163543/japans-twitter-killer-charged-nine-counts-murder
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih