Selepas bergelar Presiden buat kali pertama pada tahun 2000, Vladimir Putin menandatangani satu undang-undang berkenaan lagu kebangsaan Rusia. Namun, tidak semua yang gembira dengan keputusan Presiden Rusia itu dengan pemain selo Rusia terkenal Mstislav Rostropovich berkata, “Aku tidak akan menghormati lagu ini dengan berdiri semasa ia dinyanyikan.” Sebabnya mudah, ia bukan lagu baru.

Mungkin bagi orang luar, ramai menggaru kepala kenapa perkara ini berlaku. Tetapi lagu kebangsaan baru Rusia itu mempunyai melodi lagu yang sama dengan lagu kebangsaan Kesatuan Soviet yang digunakan dari tahun 1944 hingga 1991. Lagu tersebut digubah oleh Alexander Alexandrov dan liriknya ditulis oleh sasterawan Sergey Mikhalkov.

Sudahlah lagu berkongsi melodi lagu yang sama, liriknya walaupun nampak baru tetapi ditulis oleh orang yang sama iaitu Mikhalkov. Atas sebab itulah, ramai berasap kerana lagu kebangsaan baru ini mengingatkan mereka terhadap tempoh pemerintahan Soviet. Ini kerana jika menyelusuri sejarah lagu kebangsaan Rusia, lagu tersebut melambangkan situasi politik dan masyarakatnya pada ketika itu.

Lagu kebangsaan rasmi pertama Rusia digubah semasa era pemerintahan Tsar Alexander I. Lagu yang bertajuk “The Prayer of the Russians” dipilih pada tahun 1816 dan liriknya dilihat mengangkat darjat baginda. Malah, melodi lagu ini dikatakan mengikut lagu kebangsaan Britain iaitu “God Save the King”.

Namun, lagu ini kurang disenangi oleh pengganti Alexander, Tsar Nicholas I. Nicholas I yang dikenali kerana mempunyai semangat patriotisme yang kuat dan sifat panas barannya itu dikatakan pernah berkata, “Muzik British yang kita dengar sejak sekian lama amat membosankan beta!”

Bagi memenuhi permintaan baginda, satu lagu kebangsaan baru digubah bertajuk “God Save the Tsar” pada tahun 1833. Lirik lagu berkenaan memuji kehebatan Tsar dan Rusia sebagai sebuah empayar yang kuat. Tetapi pada tahun 1917 seiring dengan Revolusi Bolshevik yang menyingkirkan pemerintahan Tsar, pemerintah baru Rusia mahukan sebuah lagu baru bersesuaian dengan ideologi mereka.

Justeru, lagu revolusi “La Marseillaise” dipilih sebagai pengganti “God Save the Tsar” dari tahun 1917 hingga 1922. Pada satu lirik yang menggambarkan kehebatan Tsar, kelompok Bolshevik mengubah lirik tersebut dengan menggelar Tsar sebagai pontianak yang patut dihapuskan dan rakyat harus bangkit menentang kezaliman mereka.

Apabila Kesatuan Soviet dibentuk secara rasmi pada tahun 1922, lagu “The International” dipilih sebagai lagu kebangsaan rasmi. Bagi yang mengikuti sejarah fahaman dan pergerakan k0mun1sme, pasti tahu lagu ini merupakan lagu wajib dalam setiap perkumpulan gerakan k0mun1sme.

Lagu ini bukanlah lagu kebangsaan rasmi Soviet tetapi banyak dimainkan dalam acara-acara sambutan dan program rasmi kerajaan. Lirik lagu ini secara dasarnya menyeru ‘orang-orang yang kelaparan dan diperhambakan’ oleh gerakan kapitalisme agar bangkit memb3rontak dan menyingkirkan semua bentuk agenda kapitalisme termasuk kerajaan-kerajaan yang pro-kapitalis.

Tetapi semasa era Joseph Stalin atau lebih tepat pada tahun-tahun terakhir P3rang Dunia Kedua (WWII), Stalin mahukan lagu baru untuk Kesatuan Soviet. Bagi memenuhi kehendak beliau, Mikhalkov dan Gabriel El-Registan dipilih menulis lirik untuk lagu kebangsaan baru sementara Alexandrov bertanggungjawab untuk gubahan lagu.

Namun, jika ada menyangka niat perubahan Stalin ini bersifat positif, maaf ia bersifat politik. Semasa tempoh WWII, beliau mahu menunjukkan kepada kuasa-kuasa Barat bahawa pihak Soviet tidak akan menggulingkan mana-mana kerajaan dan bersedia untuk bekerjasama. Justeru untuk menjayakan inisiatif baru ini, Soviet perlu berpaling dari “The International”.

Dalam memoirnya, El-Registan pernah berkata, “Stalin memberitahu kami untuk menambah satu lagi lirik, satu lirik p3rang berkenaan T3ntera Merah (Red 4rmy), tentang bagaimana kami menewaskan golongan f4sis dan akan berterusan melakukannya…” Aspek ini boleh dilihat pada lirik “Kami membesarkan t3ntera kami dalam pert3mpuran, kami akan menyapu penceroboh jahat keluar!”

Menjelang tahun 1977 sebagai sebahagian daripada proses penyahstalinan, lagu kebangsaan diberi sedikit pembetulan oleh kerajaan. Sesiapa yang mendengar versi kedua lagu tersebut merasakan lagu tersebut membawa mesej keamanan dan bebas daripada nama pemimpin Soviet itu. Lagu tersebut terus digunakan sehinggalah Kesatuan Soviet dibubarkan pada tahun 1991.

Dari tahun 1991 hingga 2000, lagu kebangsaan tidak rasmi Rusia ialah lagu “The Patriotic Song”. sebuah lagu yang kurang dikenali digubah oleh salah seorang komposer Rusia terkenal dalam sejarah, Mikhail Glinka. Malangnya, pemilihan lagu ini sudah dianggap bermasalah sejak dari awal lagi.

Pertama, parti k0munis Rusia menolak bulat-bulat lagu ini dan menggesa lagu kebangsaan era Soviet dikembalikan sebagai lagu kebangsaan rasmi. Kedua, ramai orang merasa sukar menerima “The Patriotic Song” kerana tidak mempunyai lirik nyanyian yang boleh dinyanyikan bersama. Moscow berusaha menangani isu ini dengan mengadakan pertandingan lirik lagu kebangsaan untuk “The Patriotic Song” tetapi pertandingan tersebut berakhir dengan kegagalan.

Selepas Putin dipilih sebagai presiden pada tahun 2000, beliau sedar masalah ini perlu ditangani segera. Justeru, satu kompromi dicapai iaitu melodi lagu asal dikekalkan tetapi lirik lagu kebangsaan baru Rusia lebih kepada puji-pujian terhadap negara itu berbanding kepada Kesatuan Soviet dan k0mun1sme.

Ya, sesetengah orang tidak bersetuju dan ada yang mengeluarkan komen pedas seperti Rostropovich. Tetapi majoriti ahli Duma (Parlimen versi Rusia) bersetuju dengan gagasan Putin dan menyokong usul tersebut. Sejak itu, melodi lagu kebangsaan Alexandrov itu dimainkan dalam semua acara rasmi kerajaan Rusia.

Bila ditanya kritikan tindakannya membawa balik simbol Soviet menerusi lagu kebangsaan gubahan Alexandrov itu, Putin berkata, “Sekiranya kita bersetuju kita tidak patut menggunakan simbol Soviet, kita patut bersetuju seluruh generasi rakyat kita, ibu dan bapa kita (tinggal semasa era Soviet), hidup dalam era mereka tanpa hala tuju. Dan saya tidak bersetuju dengan gagasan itu.”

RUJUKAN:

Yegorov, Oleg. (2018). What is the puzzling story behind Russia’s national anthem?. Russia Beyond. https://www.rbth.com/history/327753-russian-national-anthem

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.