Black Panther memang satu hasil seni yang hebat – sebuah mahakarya agung yang disimpan dalam jiwa ramai.

Setiap babak filem tersebut mengalir kerana degupan jantung adiwira. Namun nadi-nadi yang membawa roh filem ini mempunyai denyutan realiti.

Dua contoh sudah cukup untuk menunjukkan kenapa Black Panther sebenarnya lebih dari filem semata-mata.

N’Jadaka (Michael B. Jordan) berkongsi pendapat ayahandanya N’Jobu (Sterling K. Brown) bahawa Wakanda mempunyai segalanya untuk mengimbangi nasib semua kulit gelap yang ditind4s di dunia.

Namun beliau menyimpan dendam kerana T’Chaka (Atandwa Kani) membvnuh N’Jobu (Sterling K. Brown). Akhirnya N’Jadaka dibvnuh anak T’Chaka.

Apabila ditawarkan rawatan, N’Jadaka menolak: “semadikan aku di laut bersama nenek moyang aku yang lompat keluar dari kapal, kerana mereka tahu m4ti lagi baik daripada hidup sebagia h4mba.

Walaupun fiksyen, binaan filem ini menunjukkan sisi benar. Negara-negara Afrika lama mengalami penind4san. Atas nama kemanusiaan, negara mana pun boleh bangkit.

Namun masing-masing berlindung di sebalik perisai sempadan untuk menjaga kepentingan sendiri. Ketika itu dua juta warga Afrika terbvnuh dalam perjalanan (Adeuyan, 2011).

Dilayan seperti binatang sehingga abad ke-20, Afrika telah menjadi tempat pelupusan dendam. Nasib seorang pelakon Black Panther menunjukkan dengan jelas kehidupan seorang warga Afrika di bumi sendiri.

John Kani (bapa pelakon T’Chaka muda) mungkin tidak popular seperti Denzel Washington, Forrest Whittaker, atau Will Smith. Tetapi penglibatan beliau dalam Dunia Hollywood sudah cukup baik.

Hanya bakat saja boleh memberikan kejayaan seperti Kani, seseorang dari Afrika Selatan dengan filem-filem seperti The Ghost and The Darkness (1996) dan The Lion King (2019).

Afrika Selatan Sebelum Nelson Mandela

Selepas P3rang Dunia Kedua, Afrika Selatan dipimpin sebuah parti haluan kanan bernama National Party. Presiden parti tersebut Daniel François Malan dipilih untuk menjadi Perdana Menteri.

Dibawah Malan, Afrika Selatan teruk dibelah dengan dasar berat sebelah.

Ia bukannya seperti yang diamalkan di negara-negara lain. Etnik White dianggap bagaikan manusia yang mengawal non-White secara habis-habisan. White menguasai politik dan ekonomi.

Undang-undang juga berpihak kepada White, yang kesalahan sama dihvkum lebih teruk jika dilakukan non-White.

Non-White juga tidak dibenarkan pergi ke tempat tertentu tanpa izin. Pembelian tanah dikekang begitu teruk.

Perkahwinan pun begitu juga, ibaratkan non-White tidak layak memperisterikan White. Tetapi lelaki White selamba meniduri non-White.

John Kani Dalam Persekitaran Ini

Pada tahun 1972, John Kani dikenali ramai kerana berlakon dalam teater tulisannya bertajuk Sizwe Banzi Is D3ad. Menurut The Independent UK, jalan cerita teater ini sangatlah baik sehingga layak menyertai Top 40 (Taylor & Williams, 2019). Kali pertama ditayangkan di Afrika Selatan, Kani dijemput ke London (memenangi anugerah di sana) dan Broadway pun.

Kandungan Sizwe Banzi yang menentang ap4rtheid di Afrika Selatan memang disukai ramai.

Namun golongan segelintir yang menguasai politik Afrika Selatan sedang mendidih. Mereka sudah lama berdendam, kerana Kani berani cuba mencium seorang pelakon White semasa berlakon.

Apabila Kani pulang ke Afrika Selatan, mereka melaksanakan sebuah rancangan jahat. Kani menerima panggilan telefon daripada seseorang tidak dikenali. Tiada ugutan diberi, hanya jemputan ke rumah bapa Kani.

Dalam perjalanan, pihak polis mengepung Kani. Dan mereka membelasah dengan niat membvnuh (Curtis, 2020). Kani dipvkul begitu teruk dan ditik4m 11 hari.

Mata kirinya tidak dapat diselamatkan.

Selepas Hari Itu

John Kani selamat dengan kecacatan fizikal. Rejim ap4rtheid pun tumbang tidak lama kemudian, tetapi anggota polis yang terlibat dalam j3nayah melampau ini tidak dibawa ke muka pengadilan.

Kani menjadi simbol sebuah perjuangan yang berani menentang arus meskipun dipenj4rakan dan juga dibel4sah. Tiada siapa lebih berhak untuk berlakon sebagai raja, melainkan keluarga Kani yang memegang watak T’Chaka.

RUJUKAN:

Adeuyan, J.O. (2011). The Return of the Tidal Flow of the Middle Passage. AuthorHouse. Halaman 10.

Curtis, N. (2020, Januari 22). John Kani interview:  “Losing my eye was worth it, surviving (ditapiskan) was worth it – because I have my dignity.” Evening Standard.

Taylor, P., & Williams, H. (2019, Ogos 18). The 40 best plays of all time, from Our Country’s Good to A Streetcar Named Desire. The Independent.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.