Pada hari ini, terdapat kira-kira 31,000 orang Korea Utara yang meraih perlindungan dan kebebasan berkat bantuan jiran mereka di selatan. Antara mereka ialah Hyeonseo Lee, Lucia Jang, Joseph Kim, dan Sungju Lee yang masing-masing mempunyai kisah tersendiri yang disusun rapi di dalam memoir.

Namun, artikel ingin kongsikan satu lagi nama lain iaitu Yeonmi Park – graduan Universiti Columbia berusia 27 tahun yang kisahnya tentang kebebasan dipengaruhi oleh satu filem kegemaran ramai, iaitu Titanic.

Kehidupan di Korea Utara

Park Yeonmi dilahirkan di Hyesan pada 4 Oktober 1993. Beliau adalah anak kedua buat pasangan Park Jin Sik dan Byeon Keum Sook.

Bagi orang Korea Utara, dekad kelahiran Yeonmi adalah dekad yang mencabar. Lebih-lebih lagi berikutan pembubaran Kesatuan Soviet pada 1991 yang memberi impak besar terhadap ekonomi negara. Besarnya impak tersebut sampai mengakibatkan kebu.lu.ran sepanjang tahun 1994-1998 yang mer.agu.t sebanyak 350,000 – 3.5 juta nyawa.

Dalam suasana sebegitu rupa, Yeonmi meniti awal usia bersama kakaknya, Eunmi yang tua dua tahun. Menurut Yeonmi, antara pengalaman era keb.ulu.ran yang sukar dilupakannya adalah ketika terserempak dengan m.aya.t seorang lelaki di tepi kolam tempat orang biasa ambil air untuk kegunaan seharian.

Walaupun melihat m.aya.t dan mendengar suara keb.ulu.ran sudah pun menjadi hal biasa buat beliau, keadaan m.aya.t satu ini amat meng.erikan. Badannya terlentang tanpa seurat benang, matanya bulat membuntang, mulutnya ternganga luas, dan isi perutnya pula terbu.rai dek dimakan anjing. Ketika itu, usia Yeonmi belum pun sepuluh tahun.

Keb.ulu.ran 1994-1998 yang berlaku ketika Yeonmi berusia 1-5 tahun mera.gut sehingga 3.5 juta nyawa

Sekitar masa itu juga, ibunya menceritakan yang di Hyesan pernah ada seorang lelaki dih.uku.m bu.n.uh kerana mencu.ri dan memakan lembu. Sebagai negara sosialis, lembu dianggap harta negara. Tambahan, ia amat berguna untuk membajak dan menarik gerabak. Jadi, memakannya tanpa kebenaran adalah satu j.enaya.h dan hu.kumannya adalah ditem.bak di hadapan khalayak.

Untuk Yeonmi, itu adalah antara pengalaman pertama beliau didedahkan betapa rejim Kim lebih mementingkan nyawa haiwan berbanding manusia.

Namun sama seperti kebanyakan orang lain, Yeonmi ketika itu menaksir h.uku.man tersebut sebagai satu hal yang wajar. Ini rentetan doktrin yang diajarkan kepada setiap warga Korea Utara, iaitu negara adalah segalanya.

Jika di negara lain, anak-anak digalakkan untuk bertanya dan berpandangan. Tetapi tidak bagi Yeonmi dan rakan senegaranya. Sepanjang masa, mereka perlu menjaga perilaku dan tutur kata. Jika tidak, akan ada jiran, rakan, guru, atau majikan yang melaporkan kepada pihak berkuasa.

Kata Yeonmi, ibunya sampai pernah berpesan sebaik beliau mula pandai berfikir, “Ingat Yeonmi-ya. Walaupun awak sedang bersendirian, burung dan tikus pun boleh dengar apa yang awak bisikkan.” Usahkan tikus dan burung. Yeonmi sendiri mengakui yang dia pernah anggap Kim Jong-il mampu membaca fikiran sesiapa. Jadi, sejak kecil lagi beliau tidak berani untuk persoalkan apa-apa.

Ini ditambah lagi dengan propaganda yang disuntik ke dalam setiap inci kehidupan mereka, termasuklah pendidikan, hiburan, dan pekerjaan.

Di sekolah sebagai misal, pelajar-pelajar pada setiap hari disuruh membaca 10 Ikrar Kesetiaan. Ikrar tersebut berbunyi:

  1. Kami akan berusaha seupaya mungkin menyatukan negara di bawah pimpinan tertinggi Kim Il-Sung.
  2. Kami akan hormati Pemimpin Tertinggi Kim Il-Sung dengan penuh kesetiaan.
  3. Kami akan junjung tinggi pemerintahan Pemimpin Tertinggi Kim Il-Sung.
  4. Kami akan jadikan ideologi Pemimpin Tertinggi Kim Il-Sung sebagai anutan dan segala perintahnya sebagai keutamaan.
  5. Kami akan berpegang teguh pada prinsip ketaatan penuh dalam melaksanakan segala perintah Pemimpin Tertinggi Kim Il-Sung.
  6. Kami akan memupuk ideologi, tekad, dan kesatuan parti supaya ia teguh di bawah kepimpinan Pemimpin Tertinggi Kim Il-Sung.
  7. Kami akan teladani Pemimpin Tertinggi Kim Il-Sung dan mengamalkan kehidupan bermasyarakat.
  8. Kami akan hargai nikmat kehidupan yang diberi oleh Pemimpin Tertinggi Kim Il-Sung dan membalas budinya dengan meningkatkan kesedaran dan kemahiran.
  9. Kami akan tegakkan segala peraturan supaya parti, negara, dan ten.tera bersatu di bawah kepimpinan Pemimpin Tertinggi Kim Il-Sung.
  10. Kami akan wariskan kegemilangan Pemimpin Tertinggi Kim Il-Sung kepada generasi demi generasi.

Di samping 10 Ikrar Kesetiaan di atas, buku-buku teks sekolah juga dipenuhi propaganda anti Amerika Syarikat dan Korea Selatan. Contohnya, di kulit hadapan buku teks kerap tertera gambar ten.tera Amerika Syarikat sedang menyek.sa orang Korea. Dalam buku teks geografi pula, selalu dipaparkan gambar yang kononnya rakyat Korea Selatan alami kebu.luran.

 

Sejak kecil lagi kanak-kanak Korea Utara disuntik dengan propaganda anti Amerika Syarikat

Hatta persoalan matematik juga tidak terkecuali daripada menjadi mainan propaganda. Bayangkan, soalan yang dihadapkan kepada pelajar rata-ratanya berbunyi seperti, “Kamu menem.bak seorang Amerika dur.jana dan kawan kamu pula menem.bak dua orang. Sekarang, berapa ma.yat Amerika dur.jana yang ada?”

Kalau ini dilihat ‘keras’, kata Yeonmi, ada lagi yang lebih keras. Pada waktu rehat, mereka kadangkala disuruh berbaris dan mengambil giliran untuk memu.kul atau melempari patung yang dipakaikan seragam ten.tera Amerika Syarikat.

Rutin sebegini sekali gus membenihkan keben.cian terhadap negara-negara demokrasi dan mendorong rakyat Korea Utara untuk melihat negara mereka sebagai yang paling berkuasa dan pemimpin mereka sebagai yang terpaling dewa.

Dalam kamus hidup mereka juga tidak wujud perkataan ‘bebas’ atau ‘tertin.das’ lantaran ia diganti oleh perkataan ‘setia’ dan ‘sedia’ (untuk berkhidmat). Atas sebab itu pada mata kita, mereka dilihat tertin.das sementara bagi mereka sendiri, itulah kehidupan yang ideal.

Ini mengingatkan kita kepada satu pepatah, “Anak yang tidak pernah mengenali pepe.rangan sama sekali berbeza dengan anak yang tidak pernah mengenali kebebasan.” Bagi orang Korea Utara, mereka adalah yang kedua.

Cuma mujur buat Yeonmi, bapanya bukan seorang yang segan meluahkan rasa ben.ci terhadap rejim Kim. Pernah pada suatu hari semasa mereka sekeluarga sedang menonton siaran berita di televisyen yang memaparkan Kim Jong-il sedang memantau perbarisan ten.tera, Park Jin Sik bersuara, “Anak ha.ram. Matikan televisyen itu.”

Tentu sekali, Yeonmi yang masih kecil belum mengerti yang bapanya sedang marahkan Kim Jong-il. Lagipula, mema.ki pemimpin adalah satu hal di luar kebiasaan orang Korea Utara. Jadi, peristiwa itu terus melekat di kepala Yeonmi untuk beliau fikirkan dan persoalkan.

Tambahan, pakciknya yang bernama Park Jin menyimpan sebuah VCR (video cassette recorder) di rumah. Jadi, Yeonmi terdedah dengan filem-filem Hollywood yang ditontonnya secara sembunyi. Menurutnya, filem yang paling memberi impak ialah filem Titanic. Ini lantaran ia mengisahkan percintaan antara dua insan – satu elemen yang sangat asing bagi Korea Utara yang tepu dengan pemujaan rejim.

Kata Yeonmi, itu adalah kali pertama beliau terbuka mata tentang makna kebebasan. Yakni, kebebasan membuat pilihan dan kebebasan menentukan jalan kehidupan.

Melarikan Diri Dari Korea Utara

Perjalanan Yeonmi menuju kebebasan berlaku pada tahun 2007, yakni semasa beliau berusia 13 tahun. Ketika itu, bapanya sudah pun lima tahun berada di kem ta.ha.nan selepas ditang.kap akibat terlibat dalam aktiviti penyel.udu.pan.

Sebelum itu, bapanya bekerja di kilang melebur besi. Namun rentetan kegawatan ekonomi, dia diberhentikan. Untuk meneruskan kehidupan, Park Ji Sin menceburi pasaran gelap dan menyel.udu.p barangan seperti ro.kok, gula, beras, dan emas – sampailah tertang.kap pada tahun 2002.

Semenjak itu, Yeonmi selalu ditinggalkan berdua dengan Eunmi di rumah sementara ibunya keluar bekerja. Namun seiring waktu, kesempitan semakin membelenggu. Keb.ulu.ran pun makin kerap bertamu. Satu-satunya pilihan untuk meneruskan kehidupan adalah meninggalkan Korea Utara.

Lagipula, tempat tinggal Yeonmi sekeluarga memang bersempadan dengan bandar Changbai, China. Ia ‘cuma’ dipisahkan oleh sebatang sungai bernama Yalu. Erti kata lain, Yeonmi pada setiap hari dapat melihat suluhan cahaya dari seberang – cahaya yang fikirnya, pasti ada makanan tersedia.

Jadi pada suatu malam yang sejuk beku, Yeonmi dan ibunya merentasi Sungai Yalu dengan bantuan seorang broker dari China (Eunmi dah pun mendahului beberapa minggu awal dan mereka bersatu tujuh tahun kemudian).

Laluan-laluan yang biasa ditempuhi pelarian Korea Utara

Namun, bantuan itu hadir dengan satu harga. Iaitu tubuh Yeonmi. Naluri ibu bagaimana pun melindungi. Byeon Keum Sook menawarkan dirinya sebagai ganti. Maka di situ dan di saat itu juga, dia diper.ko.sa di hadapan anaknya.

Mereka berdua kemudian dijual sebagai ham.ba – Yeonmi dengan harga $300 manakala ibunya dengan harga $100. Selama hampir dua tahun, mereka terpisah. Selama hampir dua tahun itu juga, mereka hidup sendirian dan menjadi pemuas naf.su lelaki yang kegersangan.

Apapun, pemilik Yeonmi akhirnya mengotakan janji – ibunya dibeli dan ayahnya pula dibawa ke mari. Justeru untuk seketika, mereka bertiga sempat bersama sebelum Park Ji Sin meninggal dunia akibat kan.ser usus. Untuk mengelak daripada dikesan pihak berkuasa China, jasadnya diba.kar.

Yeonmi dan ibunya pula kemudian merentasi Gurun Gobi atas saranan seorang rakan dari Korea Utara. Tujuannya, adalah untuk dapatkan bantuan kedutaan Korea Selatan di Mongolia.

Namun setibanya di sana, mereka berdua dita.han. Kalau bukan kerana kesungguhan untuk bu.nuh diri, mungkin Yeonmi dan ibunya sudah pun diusir kembali ke China dan seterusnya dihantar pulang ke Korea Utara.

Tidak berapa lama kemudian, mereka diterbangkan ke Korea Selatan. Di sana, mereka dikurniakan status pelarian (refugee) dan hak perlindungan. Lembaran baru pun lantas dimulakan, dengan Yeonmi kembali mendapatkan pendidikan di Universiti Dongguk sebelum berpindah ke Universiti Columbia, New York pada 2014.

Pada tahun sama itu juga, beliau muncul di pentas antarabangsa buat kali pertama menerusi ucapannya di One Young World yang diadakan di Dublin. Berikutan pendedahan yang beliau lakukan, seluruh keluarganya yang tinggal di Korea Utara hilang tanpa khabar berita – sama ada dihantar ke kem taha.nan atau dibu.nuh.

Namun, itu tidak mematahkan hatinya. Kata Yeonmi, “Saya tidak akan berhenti. Harga yang begitu tinggi telah pun dibayar untuk saya miliki suara ini.”Flash Drives for Freedom

Justeru pada tahun berikutnya, beliau mengeluarkan sebuah memoir yang berjudul In Order to Live. Setahun kemudian, beliau menjadi penasihat Pertubuhan Hak-Hak Manusia dengan salah satu program yang dianjurkannya ialah ‘Flash Drives for Freedom’ – iaitu usaha menerbangkan belon-belon yang membawa hampir 20,000 pemacu pena yang dimuatkan dengan pelbagai kandungan seperti filem dan dokumentari dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat ke Korea Utara.

Tujuannya adalah membekalkan rakyat Korea Utara dengan pengetahuan tentang dunia luar, sekali gus mengeluarkan mereka dari kepompong lama yang membelenggu pandangan alam yang tepu  – satu usaha yang seakan ingin mengulangi pengalaman Yeonmi sendiri selepas menonton filem Titanic.

RUJUKAN:

Daily NK. (2013). What Are the Ten Principles?

Engel, Richard & Werner, Kennett. (2018, 26 February). Yeonmi Park’s long journey from North Korea to Chicago. NBC News.

Park, Yeonmi. (2015, 25 September). My North Korean Childhood. The Telegraph.

Park, Yeonmi. (2018, 12 September). I Endured North Korea’s ‘Emotional Dictatorship’ for 13 Years Before Escaping. Here’s the Best Way to End it. Time.

Stenvall, Jonathan. (2020, 4 May). A Look Inside Life in North Korea: The Yeonmi Park Story. Back Stage OL.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.