Franjo Filipovic, atah lebih dikenali sebagai “Delipop” (paderi gila), adalah seorang pendeta yang berasal dari Zagreb dan aktif menentang Empayar Uthmaniyyah pada sekitar tahun 1570. Dia menjadi amat popular kerana dia amat dikenali sebagai contoh sebenar seorang “warrior-priest” (pembela agama).
Dia mendapat gelaran tersebut sejak dia memimpin pasukan bishop Zagreb dalam beberapa siri ser*ngan terhadap tentera Uthmaniyyah terutamanya ketika pertemp*ran antara Sungai Sava dan Drava serta dari Sisak melalui Ivanić dan Križevci hinggalah ke Koprivnica.
Dia juga pernah memainkan peranan sebagai utusan mewakili Zagreb ke dewan kerajaan Požuna pada 1569 dan menjadi rektor atau ketua pos di Kazman. Pada tahun 1570, Parlimen Croatia memberi kepercayaan kepada beliau untuk mempertahankan kubu Hrastovica, yang sedang diancam dari seluruh Bosnia.
Pada awal tahun 1573, dia mempersiapkan satu rancangan untuk menceroboh beberapa wilayah-wilayah sekitar Croatia yang berada di bawah pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah. Beliau berkolaborasi bersama-sama beberapa lagi musuh Uthmaniyyah.
Kempen beliau turut disertai oleh golongan bangsawan terkenal seperti Ivan Mihovil Vojković dan Gabrijel Babonožić, dan beberapa unit tentera sokongan dibekalkan kepadanya oleh Vid Halek, komandan tentera kerajaan di wilayah Slavonia.
Dalam konflik tersebut, pihak tentera Turki Uthmaniyyah yang dipimpin oleh Ferhad Beg dan Kurt Agha telah mengalami kekalahan yang teruk, pertemp*ran itu berlaku pada musim sejuk tahun 1573 berhampiran sebuah gereja kuno yang musnah di Željezna Međurečka.
Pada tahun yang sama, pihak Uthmaniyyah merancang untuk memer*ngkap Franjo yang sedang asyik dengan kemenangan, rancangan itu dilaksanakan oleh dua sanjak (gabenor) Uthmaniyyah iaitu sanjak Klis dan sanjak Herzegovina bernama Sinan Beg.
Akhirnya Franjo berjaya diper*ngkap berhampiran kota Ivanić semasa sedang mara dalam salah satu ser*ngannya dan beliau dengan segera ditahan sebelum dihantar ke Konstantinopel.
Pada waktu itu, menurut beberapa perkiraan dan sumber, dia kehilangan lebih dari seribu orang askarnya, dan dia sendiri ditangkap bersama dengan sekitar tiga ratus anggota tenteranya yang ditawan ketika dibawa ke Konstantinopel.
Bishop Zagreb, salah seorang saudaranya bernama Ban Drašković dan bahkan Maharaja Maximilian II sendiri berusaha untuk mengadakan rundingan dengan Sultan Selim II bagi menuntut Frajo dibebaskan.
Mereka menawarkan beberapa orang tahanan dari golongan orang kenamaan Uthmaniyyah untuk ditukar dengan Franjo, tetapi Sultan Selim II menolak tawaran tersebut. Di pihak Zagreb, Ibrahim Agha, Sulaiman Agha dan Kurt Agha sahaja yang berjaya mereka tawarkan sebagai pertukaran untuk tahanan selain Franco.
Hinggalah akhirnya, pada tahun 1574, Franjo Filipović memutuskan untuk menentu nasibnya mengikut pilihannya sendiri. Dia telah ditawarkan kebebasan oleh Sultan tetapi menolaknya kerana tertarik dengan budaya dan kehidupan orang Turki. Beliau akhirnya memeluk Islam dengan rela hati dan menyertai perkhidmatan dalam angkatan tentera Uthmaniyyah.
Franjo, yang kemudiannya dikenali sebagai Mehmed Filipović, dianugerahkan ziamet (tanah) di wilayah Glamoča dan bertugas di perbatasan Uthmaniyyah, bahkan, dia didakwa pernah membuat sumpah dengan penuh rasa bangga bahawa dia pasti akan menakl*k Zagreb.
Prestasinya dalam perkhidmatan tentera terus meningkat dengan berbakti kepada Sultan dan seiring dengan keimanannya yang baru, dia berjaya menduduki gelaran tertinggi dan menjadi satu-satunya pengasas keluarga Filipovic yang telah berusia satu abad ketika itu namun memegang gelaran bangsawan tertinggi, iaitu Bey, di Bosnia Uthmaniyyah hingga abad ke-19.
Sebagai hukuman kerana pengkhianatan terhadap Zagreb, dia dihukum oleh bekas ketuanya dengan diisytihar sebagai diusir dari Gereja Katolik, rumahnya di Kaptol dicat dengan warna hitam dan dimusnahkan, seluruh harta peribadinya dibakar atau disita, dan kebun anggurnya dimusnahkan sepenuhnya.
Walaupun begitu, ketika dia memeluk Islam dan menambah nama pangkal Mehmed, beberapa sumber turut mengaitkan beliau dengan perhambaan di Konstantinopel, Safvet-beg Bašagić menyatakan melalui rujukan dari tulisan sejarawan Mukevit bahawa perhambaan itu berlaku di Livno.
Setakat ini tiada sebarang sumber sejarah yang tersedia menerangkan perjuangan Filipović di pihak Uthmaniyyah dalam memartabatkan Islam walaupun ada penulis Turki yang memuji kekuatan iman Filipovic terhadap agama Islam yang baru dianutinya dan menegaskan bahawa dia berper*ng melawan Kristian namun tidak pernah dinyatakan beliau terlibat dalam pertemp*ran yang mana.
RUJUKAN:
- Firket Adanir & Suraiya Faroqhi – Ottomans and the Balkans : A Discussion of Historiography
- Celia Hawkesworth – Zagreb: A Cultural and Literary History
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih