Ada sebuah hadis diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin Mas’ud (ra) bahawa Rasulullah (saw) menceritakan tentang orang terakhir keluar dari neraka dan masuk ke dalam syurga.
Seorang lelaki akan merangkak keluar dari neraka. Lalu Allah kata: Pergilah, dan masuklah ke dalam syurga. Lelaki tu pergi ke syurga tapi syurga dah penuh. Lelaki tu pun datang balik kepada Allah dan kata: Wahai Tuhan, aku mendapati syurga telah penuh.
Allah berkata: Pergilah, dan masuklah dalam syurga. Lalu lelaki tu masuk balik dalam syurga tapi syurga dah penuh. Lelaki tu pun kembali kepada Allah lalu berkata: Wahai Tuhan, aku mendapati syurga telah penuh. Lalu Allah berkata: Pergilah, dan masuklah ke dalam syurga. Sesungguhnya untuk engkau seperti dunia dan sepuluh kali gandanya.
Lelaki tu berkata: Adakah Engkau mempermainkan aku, atau mentertawakan aku, sedangkan Engkau Raja? Ibn Mas’ud yang tengah dengar cerita ni kata: Aku melihat Rasulullah (saw) geli hati ketawa sampai nampak gigi gerahamnya. Dikatakan: Itulah penghuni syurga yang paling rendah kedudukannya.
Tumbuh satu pokok untuknya. Lelaki tu pun minta dekatkan dengan pokok tu supaya dia dapat berteduh di bawahnya dan minum airnya. Allah jawab: Wahai anak Adam, boleh jadi kalau Aku berikannya kepada engkau, engkau akan meminta yang lain pula. Lelaki tu jawab: Tak, wahai tuhan ku. Dia janji tak minta benda lain, dan Allah berikan lalu didekatkan dia kepada pokok itu, lalu dia berteduh dan minum airnya.
Kemudian tumbuh lagi satu pokok yang lebih baik daripada yang tadi. Lelaki tu berkata: Wahai tuhan ku, dekatkan aku dengan pokok ini supaya aku dapat minum airnya dan berteduh di bawahnya. Aku takkan minta yang lain lagi daripada engkau. Allah kata: Wahai anak Adam, bukankah kau dah janji untuk tak minta apa-apa yang lain? Boleh jadi kalau aku dekatkan kau kepada pokok ini, kau akan minta yang lain lagi. Lelaki tu janji tak minta yang lain lagi, dan tuhannya memberikannya kepada lelaki tu. Didekatkannya kepada pokok itu, lalu lelaki itu berteduh di bawahnya dan meminum airnya.
Kemudian tumbuh untuknya sebatang pokok di pintu syurga, yang lebih baik daripada dua pokok tadi. Lelaki tu minta lagi didekatkan kepada pokok tu untuk berteduh di bawahnya dan meminum airnya serta takkan minta lagi. Allah jawab: Wahai anak Adam, bukankah kau dah janji takkan minta lagi? Lelaki tu jawab: Ya, ni je dan aku takkan minta hal lain dah. Allah pun berikan lalu dia dibawa dekat kepada pokok tu.
Bila dia dah hampir dengan pokok tu, dia dengar suara-suara ahli syurga dan minta dimasukkan ke dalamnya. Allah kata: Wahai anak Adam, apa yang akan hentikan kau daripada minta kepada ku? Adakah tu akan buatkan kau redha kalau Aku memberi kepada engkau dunia dan semisal dengannya bersamanya? Lelaki tu jawab: Tuhan ku, adakah engkau mempermainkan aku sedangkan Engkau tuhan sekalian alam?
Kemudian Ibn Mas’ud ketawa dan tanya: Tak nak ke tanya kenapa aku ketawa? Mereka tanya: Kenapa kau ketawa? Ibn Mas’ud menjawab: Beginilah ketawa Rasulullah (saw). Para sahabat tanya: Kenapa kau ketawa ya Rasulullah? Baginda jawab: Kerana ketawanya Allah ketika lelaki tu kata: Adakah kau mempermainkan aku sedangkan Engkau tuhan sekalian alam? Allah jawab: Aku tak permainkan kau. Sebaliknya aku mampu lakukan apa yang aku mahu.
Allah ingatkan dia: Mintalah itu dan ini. Bila dah terlaksana semua permintaannya, Allah kata: Ini adalah untuk kamu dan sepuluh kali ganda semisalnya. Kemudian lelaki tu masuk ke rumahnya, dan masuk jua kepadanya dua orang isteri daripada Al-Huur al-‘Ain. Bidadari tu kata: Segala puji bagi Allah yang menghidupkan engkau untuk kami dan menghidupkan kami untuk engkau. Lelaki tu kata: Tak ada seorang pun diberikan sebagaimana yang diberikan kepada ku.
Oleh: Azizul Farhan
…
Allah ialah sebaik-baik perancang kepada setiap hamba-Nya. Dapatkan KITAB TAMADUN ISLAM. Cepat borong di Shopee kami: bit.ly/ktislam
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih