Viral mengenai Illi Najwa berkahwin dengan kapten pasukan Hoki India. Kononnya beliau murtad dan telah meninggalkan Islam. Namun syukur Alhamdulilah, laporan media mengatakan beliau tidak murtad seperti yang didakwa. Suaminya telah memeluk Islam setahun yang lepas. Atas nasihat daripada para ulama dan agamawan negara, kami juga bersetuju beliau dan suami harus bertaubat, mengangkat syahadah semula demi menjaga akidah.
Persoalannya sekarang ialah, ada golongan liberal dan Kiri yang berhujah bahawa umat Islam terlalu menyibuk dalam soal murtad tersebut. Sepatutnya urusan agama ini ialah urusan individu, dan umat Islam tidak ada hak mencampuri urusan tersebut. Sukanya saya nak ingatkan betapa umat Islam tidak pernah memegang pendirian tersebut.
Pernahkah mendengar kisah Natrah? Ini ialah POV orang Melayu dalam isu murtad ini. Natrah cuba dimurtadkan oleh penjajah Belanda orang membuatkan orang Melayu sampai berdemonstrasi sampai beberapa orang m4ti. Tak pernah lagi orang Melayu bersatu seluruh negara pada waktu itu demi mempertahankan akidah seorang Natrah.
Rusuhan ini dianggap sebagai rusuhan membela agama dan membelasah penjajah paling berani dalam sejarah zaman moden sehinggakan ia menjadi perdebatan utama parlimen di England.
Ulama-ulama Melayu yang tinggal di Mekah turut menyatakan sokongan menghantar surat bantahan kepada Menteri Jajajan Inggeris di London. Isi kandungan surat itu: “Adalah menjadi kewajipan semua umat Islam melawan tindakan kejam ini sekalipun dengan jiwa dan harta mereka”.
Orang-orang Melayu datang dari seluruh negeri-negeri di Tanah Melayu ke Singapura bagi menyertai perjuangan ini. Malah ada yang datang dengan berbasikal sejauh Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang. Sehinggakan ada yang sanggup bergolok bergadai.
Perantau-perantau dari Indonesia dan orang-orang Melayu di Geylang menjadikan Geylang sebagai kawasan “bebas orang putih”. Orang-orang putih yang masuk ke Geylang pada ketika itu akan ‘dikerjakan’.
Anggota polis yang berbangsa Melayu turut memboikot arahan pegawai Inggeris kerana berkongsikan sentimen yang sama dengan umat Islam yang lain. Mereka tidak menangkap perusuh-perusuh dan membiarkan para perusuh. Ini menyebabkan Inggeris terpaksa menggunakan khidmat polis gurkha.
Akibatnya, beberapa peserta rusuhan ini dijatuhkan hukuman m4ti. Seorang pegawai polis Melayu yang bernama Bujang bin Tunggal ditangkap dan dituduh bawah Seksyen 221 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja gagal menangkap perusuh.
Seorang pemilik restoran India Muslim iaitu Restoran Jubilee yang bernama Othman Ghany dijatuhkan hukuman gantung sampai m4ti atas kesalahan memberikan makanan dan minuman secara percuma kepada para perusuh.
Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan sebagai Pegawai Tinggi Kerajaan. Sejurus selepas itu, beliau memulakan usaha mengutip derma untuk membantu mereka yang dijatuhkan hukuman gantung sampai m4ti oleh Inggeris.
Selagi mana Liberal dan Lefties dalam negara ini tak memahami pandangan orang Melayu mengenai betapa pentingnya agama Islam dan semangat persaudaraan sesama Muslim, sampai bila-bila anda tak akan dapat menyantuni sokongan kami
Sampai hari ini, orang Melayu masih menangisi kegagalan mereka mempertahankan akidah Natrah. Kisahnya dimainkan dan didendangkan dalam lagu-lagu, filem, novel dan teater orang Melayu. Ianya adalah peringatan kepada kami, janganlah ada yang dimurtadkan secara terang-terangan.
Jadi, orang Melayu kalau mendengar berita murtad secara terang-terangan, lagi-lagi pada anak gadis kami, ketahuilah nostalgia Natrah akan kembali menghantui. Kami akan cuba pertahankan akidahnya, cuba mencari jalan agar syahadah kembali manis dibibirnya. Kerana kami tahu, lukanya lebih menghiris daripada belati, kekal sampai ke akhir zaman.
Kredit kepada Ustaz Hasanudin atas info-info hebat yang dipetik dari rujukan dibawah bagi melengkapkan artikel.
RUJUKAN:
Yusof, Hasanudin. (2019). Natrah Simbolik Melayu-Islam Bersatu Suatu Masa Dahulu/ The Patriots. https://thepatriots.asia/natrah-simbolik-melayu-islam-bersatu-suatu-masa-dahulu/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih