Imam Abu Al Husayn Muslim bin Hajjaj An-Naisaburiy رحمة الله عليه meriwayatkan dalam kitabnya; ‘Al Musnad As Sahih Al Mukhtasar min As-Sunan bi Naqli ‘Adlin ‘an ‘Adlin ila Rasulillah ﷺ’ atau yang lebih dikenali dengan nama Sahih Muslim kisah Rasulullah صلى الله عليه وعلى آله وصحبه وسلم makan ikan paus seperti berikut;

عن أبي عبدِاللَّه جابر بن عبدِاللَّه رضي اللَّه عنهما قَالَ: بَعَثَنَا رسولُ اللَّه ﷺ وَأَمَّرَ عَلَينَا أَبَا عُبَيْدَةَ، نتَلَقَّى عِيرًا لِقُرَيْشٍ، وَزَوَّدَنَا جِرَابًا مِنْ تَمْرٍ لَمْ يجِدْ لَنَا غَيْرَهُ، فَكَانَ أَبُو عُبَيْدةَ يُعْطِينَا تَمْرةً تَمْرَةً، فَقِيل: كَيْف كُنْتُمْ تَصْنَعُونَ بِهَا؟ قَالَ: نَمَصُّهَا كَمَا يَمَصُّ الصَّبِيُّ، ثُمَّ نَشْرَبُ عَلَيهَا مِنَ المَاءِ، فَتَكْفِينَا يَوْمَنَا إِلى اللَّيْلِ، وكُنَّا نَضْرِبُ بِعِصيِّنا الخَبَطَ، ثُمَّ نَبُلُّهُ بِالمَاءِ فَنَأْكُلُهُ.

قَالَ: وانْطَلَقْنَا عَلَى ساحِلِ البَحْرِ، فرُفِعَ لنَا عَلَى ساحِلِ البَحْرِ كهَيْئَةِ الكَثِيبِ الضَّخْمِ، فَأَتيْنَاهُ، فَإِذا هِي دَابَّةٌ تُدْعَى: العَنْبَرَ، فَقَالَ أَبُو عُبَيْدَةَ: مَيْتَةٌ، ثُمَّ قَالَ: لا، بلْ نحْنُ رسُلُ رسُولِ اللَّه ﷺ، وفي سبيلِ اللَّه، وقَدِ اضْطُرِرتمْ فَكُلُوا، فَأَقَمْنَا علَيْهِ شَهْرًا، وَنَحْنُ ثَلاثُمئَة، حتَّى سَمِنَّا، ولقَدْ رَأَيتُنَا نَغْتَرِفُ مِن وَقْبِ عَيْنِهِ بالْقِلالِ الدُّهْنَ، ونَقْطَعُ منْهُ الْفِدَرَ كَالثَّوْرِ، أَو كقَدْرِ الثَّوْرِ، ولَقَدْ أَخَذَ مِنَّا أَبُو عُبيْدَةَ ثَلاثَةَ عَشَرَ رَجُلًا فأَقْعَدَهُم في وقْبِ عَيْنِهِ، وَأَخَذَ ضِلَعًا منْ أَضْلاعِهِ فأَقَامَهَا، ثُمَّ رَحَلَ أَعْظَمَ بَعِيرٍ مَعَنَا، فَمَرَّ منْ تَحْتِهَا، وَتَزَوَّدْنَا مِنْ لحْمِهِ وَشَائِقَ، فَلمَّا قدِمنَا المدينَةَ أَتَيْنَا رسول اللَّه ﷺ فَذكرنَا ذلكَ لَهُ، فَقَالَ: هُوَ رِزْقٌ أَخْرَجَهُ اللَّه لَكُمْ، فَهَلْ معَكمْ مِنْ لحْمِهِ شَيءٌ فَتُطْعِمُونَا؟ فَأَرْسلْنَا إِلَى رسول اللَّه ﷺ مِنْهُ فَأَكَلَهُ. رواه مسلم

Dari Abi ‘Abdillah Jabir bin ‘Abdillah رضي الله عنهما dia berkata; Telah mengutus oleh Rasulullah صلى الله عليه وعلى آله وصحبه وسلم akan kami bersama Abu Ubaidah رضي الله عنه dalam sebuah sariyah untuk menyekat orang-orang Quraisy dan hanya memberikan perbekalan seuncang tamar sahaja kepada kami dan tidak ada selain itu.

Maka apabila Abu Ubaidah membahagikan kurma itu,kami mengambilnya memadai seorang sebiji sahaja.

(Lalu perawi bertanya kepada Jabir) Bagaimanakah kalian bertahan dengan sebiji tamar? Beliau (Jabir) menjawab; “Kami menghisapnya seperti bayi yang sedang menyusu,dan setelah itu kami hanya minum air yang memadailah bagi kami sehingga waktu malam tiba.Kemudian kami menemukan berberapa kulit kayu yang kami tumbuk dengan tongkat-tongkat kami dan kami lembutkan dengan air kemudian kami memakannya.

Kemudian kami meneruskan perjalanan sehingga melalui di pinggir pantai lalu kami melihat ada suatu longgokan seperti sebuah bukit yang kecil.Apabila kami mendekatinya ternyata ia adalah sebuah bangkai ikan yang dipanggil Anbar.

Abu Ubaidah mengatakan; “Itu bangkai!
Kemudian dia berkata lagi; “Tidak mengapalah kerana kita ini utusan Rasulallah ﷺ,dan kita pula sedang di jalan Allah.”

Maka kami memotong-motongnya dan memakannya. Kemudian kami berdiam di tempat itu selama sebulan dengan jumlah kami seramai 300 orang, semuanya menjadi gemuk ketika berada di situ (kerana dapat makan dari ikan tersebut). Kami masih ingat ketika kami mengambil dari bahagian mata ikan itu ia begitu besar sehingga kami meletakkannya dalam sebuah bekas yang besar dan kami memotongnya seperti memotong lembu.

(Betapa besarnya ikan itu, sehingga) Abu Ubaidah memanggil bersamanya 30 orang dari kalangan kami yang dapat berjalan masuk dalam kawasan soket mata ikan itu,sedangkan apabila salah satu tulang rusuk ikan itu ditegakkan, seekor unta yang besar dapat melalui dibawahnya dengan mudah.

Maka kami mengambil bersama kami saki-baki dari ikan tersebut untuk dibawa bekal pulang ke Madinah dan setibanya di sana kami bertemu dengan Rasulullah صلى الله عليه وعلى آله وصحبه وسلم dan menceritakan hal itu kepada Baginda.

Baginda kemudian bersabda; “Itulah rezeki yang dikurniakan Allah untuk kalian, maka apakah kalian mempunyai sebahagian dari dagingnya untuk kami?”

Lalu kami memberikan daging ikan tadi kepada Baginda dan Baginda memakannya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Orang Pekan atau nama sebenarnya Mohammad Faeez Harith bin Khairil Anuar merupakan seorang pendakwah bebas yang memegang Tauliah Jabatan Agama Islam Selangor. Beliau juga merupakan jurulatih kecergasan sepenuh masa di Clark Hatch Fitness, One World Hotel, Bandar Utama Petaling Jaya. Follow Twitter beliau di: https://twitter.com/H_Bakkaniy

Comments are closed.