Semua rasul dan nabi ada satu sifat yang jelas: tidak bacul ketika menyampaikan agama Allah. Tengok jer Nabi Isa (as). Apa yang baginda ada selain mukjizat yang hebat? Baginda tiada tentera. Tapi pengaruh baginda dah buat Rom dan Yahudi putus jantan.

Sirah Nabi Isa (as) memang sangat inspiring. Seorang individu tiada kuasa politik (a powerless man). Punya berani berdepan dengan individu-individu berkuasa tetapi korup. Saya nampak satu pengajaran kat sini: “takkan mungkin kita ni lemah apabila Yang Maha Berkuasa bersama kita.” Ini bisikan saya pada diri setiap kali hadapi dugaan (takkan mungkin aku miskin apabila aku hamba Yang Maha Kaya contohnya).

Sambung cerita. Nabi Isa (as) berdakwah denga bermukjizat sana sini selama bertahun. Hasilnya, baginda mendapat begitu ramai pengikut. Kalangan Yahudi sangat menyayangi baginda sampai menggelar baginda “Moschiach” (al-Masih). Ini yang buat rabai-rabai agung (high priests) Yahudi putus jantan.

“Siapa dia ni cakap dia Moschiach? Kami ni rabai tau. Hormat sikit.” Something like that.

Para rabai agung ni nampak Nabi Isa (as) sebagai ancaman. Elok seorang rasul dah turun, bangang abadi pergi sangka baginda ancaman. Kalau tengok dari sisi mereka, nampak jelas kenapa: 1) baginda ada kitab sendiri, 2) baginda lebih faham hukum-Nya dan 3) mereka tak boleh berdebat dengan baginda.

Jadi “when you can’t beat your enemy, you silence him.” Mereka nampak ada satu cara terbaik nak hapuskan Nabi Isa (as). Baginda mengakui diri baginda “King of Jerusalem”. Benda ni sangat sensitif. Rom tak suka. Rom dah serabut uruskan bangsa Yahudi kat situ. Datangnya Nabi Isa (as) bagi Rom adalah seorang perosak keamanan (disruptor).

Maka para rabai agung buat rancangan sulit… berpakat dengan salah seorang hawari yang bernama Judas. Betapa celakanya Judas ni pergi ‘jual’ Nabi Isa (as). Harga? Sogokan haram bernilai 30 kepingan perak. Itu sahaja! Nabi Isa (as) ditangkap di sebuah taman untuk menghadapi tuduhan. Para rabai agung bersidang dalam Mahkamah Sanhedrin dan mendapati baginda bersalah… terus dijatuhi hukuman bunuh.

Tapi Sanhedrin tiada kuasa nak kuatkuasakan. Maka mereka hantar baginda ke Gabenor Pontius Pilate. Kerja Pilate ni satu jer. Pastikan rantau tu aman damai. Jadi dia kena jilat orang atasan dia yang kena jilat maharaja. Nak taknak, kena jatuhi juga hukuman mati. Baginda dibawa ke sebuah tiang salib untuk menjalani hukuman.

Menurut Islam: “at some point” antara ‘bermulanya rancangan jahat Sanhedrin’ dan ‘pengsaliban’, Nabi Isa (as) dah diselamatkan. Satu saja masalah. Zaman tu bukan zaman kamera. Tiada siapa benar-benar tahu wajah baginda macam mana. Kalau nak cakap seseorang berambut sekian-sekian dan berjanggut sekian-sekian, silap-silap kita yang hidup pada zaman tu boleh nampak macam baginda.

Ada seorang yang menyerupai baginda disalib pada hari tu. Sesungguhnya ramai berbelah bahagi pasal individu mana yang menyerupai baginda tu. Ada yang cakap Judas. Ada juga yang cakap seorang lelaki bernama Sergius. Dan ada yang cakap Simon of Cyrene. Ni tak penting. Iman kita jelas: baginda tak disalib. Tapi ada sisi menarik sebenarnya.

Agama Kristian sedia ada terbentuk lama selepas peristiwa ni. Ada banyak majlis maharaja Rom (Constantine the Great) buat nak bentukkan the Church of God. Jadi ni kira zaman pra-Kristian lah senang kata. Ada satu cabang pra-Kristian (kini diisytihar sesat) sebenarnya percaya baginda Isa (as) tak dipalang pada salib. Orang lain yang dipalang.

Seorang pengkaji bernama Oddbjorn Leirvik mendapati persamaan antara Qur’an dan cabang ni. Ada penulis Kristian (John of Damascus) pula baca Surah an-Nisa Ayat Ke-157 yang berfirman dua benda: 1) “[Yahudi] tidak membunuh apatah lagi mengsalibkan baginda” dan “[Yahudi] tidak sama sekali membunuh baginda.”

John berpendapat Qur’an cakap betul. Yahudi tak salibkan baginda. Rom yang salibkan baginda. Kira betul lah tu. Jadi bagi John, baginda Isa (as) memang disalib kat situ. Tapi saya rasa kita semua boleh jatuh bangang dan kafir kalau dengar cakap John — kerana semua ulama’ dah jelas bab ni.

Agama Kristian percaya baginda wafat dan kemudian dikebumikan… sebelum hidup semula untuk naik ke syurga menanti masa kedatangan semula. Agama Islam pula percaya baginda tak disalib. Ada orang lain disalib dan at some point, baginda diangkat ke syurga menanti masa kedatangan semula.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply