Tidak pernah sebuah negara mengalami keruntuhan politik sepertimana Itali harungi pada awal 1990-an.

Lima parti kerajaannya digempurkan dengan siasatan besar-besaran mengenai pengurusan kewangan negara, dimana pengaruh mereka dalam Dewan Timbalan lenyap dalam satu malam.

Perkara ini berlaku pula pada ambang sebuah pilihanraya, sekaligus sebuah laluan mudah untuk Democratic Party on the Left (pelapis Parti Komunis Itali).

Maka pada 26 Januari 1994, Silvio Berlusconi yang berpengaruh melalui rangkaian televisiyen dimilikinya membuat suatu pengumuman besar.

Beliau menubuhkan parti konservatif-liberal pada piagam agama Kristian yang bernama Forza Italia.

Untuk memenangi pilihanraya yang dalam masa dua bulan sahaja, Berlusconi mencari parti-parti politik untuk dibuat kerjasama. Lega Nord (Liga Utara) dan National Alliance bersetuju untuk bekerja dengan Forza Italia.

Tetapi kedua-dua parti asing ini bekerjasama secara berasingan. Lega Nord hanya bekerja dengan Forza Italia untuk kawasan utara.

National Alliance pula sahabat Forza Italia bagi kawasan pertengahan dan selatan. Tujuan ketiga-tiga pihak ini sama: mengelakkan republik daripada jatuh ke tangan komunisme (DPotL).

Dan pada 28 Mac, keputusan secara rasmi mengumumkan bahawa Berlusconi menang majoriti mudah. Mereka telah berjanji untuk menciptakan sejuta peluang pekerjaan (macam pernah dengar janji ini).

Dan sembilan bulan kemudian, Berlusconi terpaksa meletakkan jawatan kerana tidak lagi mendapat sokongan (situasi ini pun macam pernah dengar).

Ia berlaku selepas Lega Nord berpendapat bahawa mandat rakyat tidak dihormati (pernah dengar juga) sebab banyak ahli-ahli mereka keluar parti (pun pernah dengar) untuk menyertai Forza Italia katanya disebabkan jaminan portfolio penting.

Pembubaran kerjasama-kerjasama dengan Forza Italia berlaku sebahagiannya kerana perbezaan dari segi ideologi.

Ketiga-tiga mereka bersatu untuk melawan musuh yang sama. Apabila musuh tersebut sudah kalah, mereka terburai – dan kerajaan tersebut hanya bertahan selama dua tahun (macam pernah dengar juga).

Kebangkitan Semula

Silvio Berlusconi kembali menguasai negara selepas memenangi pilihanraya pada 13 Mei 2001. Beliau menimang kepercayaan rakyat menggunakan tatacara yang disebut sangat berkesan.

Sebuah deklarasi rakyat (oh, pernah dengar juga) ditandatangani semasa Berlusconi dalam kalangan pembangkang. “Kontrak bersama Rakyat Itali” ialah sebuah dokumen yang menjaminkan beberapa perkara:

  1. Mengurangkan cukai
  2. Menghapuskan jen4yah
  3. Menaikkan pencen minimum
  4. Mengurangkan pengangguran ke separuh.
  5. Membuka tapak-tapak pembinaan.

Pembangkangnya mengatakan janji-janji ini tidak boleh ditunaikan kerana terlalu idealistik (okay, ini pernah dengar).

Dan ahli-ahli kerajaan mengaku kerajaan tidak dapat melaksanakan semuanya… kerana… tidak… menyedari… bahawa… ada masalah ekonomi (eh, pernah dengar juga).

Berlusconi pula mengatakan janji-janji ini telah dicapai. Dan perlahan-lahan seluruh negara membenci Berlusconi, satu perkara boleh dilihat melalui kebencian dalam media.

Dan beliau juga berdepan dengan masalah politik dimana rakan-rakan satu gabungan ingin keluar.

Menyedari sokongan politiknya sudah lemah, beliau memohon Presiden Itali supaya Parlimen dibubarkan untuk pilihanraya dimana beliau tewas.

Kebangkitan Semula 2.0.

Perdana Menteri yang menggantikan Silvio Berlusconi juga tidak bertahan lama. Romano Prodi pun bertahan selama dua tahun, sebelum pilihanraya baharu mengembalikan Berlusconi dengan mandat besar.

Sikap Berlusconi yang kerap menggunakan karisma peribadinya mengundang perpecahan dalaman. Konfliknya bersama Gianfranco Fini, bekas pemimpin National Alliance, menjadi serius sampai diulas media televisyen.

Pada tahun 2011, parti Berlusconi menghadapi kesukaran besar dalam pilihanraya negeri. Milan dimana Berlusconi membentuk partinya – dimana Berlusconi dibesarkan – dimana kubu Forza Italia dibangunkan – telah tumbang ke tangan pembangkang.

Dewan Timbalan menolak usul kerajaan pada 10 Oktober tahun tersebut, tarikh yang menunjukkan kepimpinan Berlusconi semakin tamat.

Melihat realiti ini Berlusconi mendesak undi tidak percaya yang gagal menurunkannya. Dewan Timbalan mencapai 316 sokong – 310 tolak.

Tetapi beberapa timbalan (wakil-wakil rakyat) telah lompat parti untuk menyertai pembangkang (pernah dengar juga), meninggalkan nasib Berlusconi sebagai Perdana Menteri bagaikan nyawa-nyawa ikan.

Berlusconi tidak cukup kuorum (pernah dengar juga).

Dan beliau meletakkan jawatan tidak lama kemudian selepas terciduk buat kali kedua akibat kehilangan sokongan.

Sama seperti orang lain yang hilang sokongan, Berlusconi sedang mencuba nasib untuk kembali. Pada Januari 2019 Berlusconi diundi ke Parlimen sebagai wakil paling tua dalam dewan (ya, pernah dengar).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.