Apabila Mcdonalds bertindak untuk membekukan operasinya di Rusia angkara negara itu menyerang Ukraine, ratusan penduduk mula bersesak-sesak ke restoran makanan segera itu sebelum ditutup.

Jangan terkejut situasi ratusan penduduk bersesak-sesak mendapatkan Mcdonalds di Rusia bukanlah pertama kali berlaku. Kejadian ini pernah berlaku ketika Mcdonalds pertama kali dibuka di Soviet Union.

Persoalannya macam mana sebuah restoran makanan segera daripada negara musuh boleh memulakan operasinya di Soviet Union?

Semuanya bermula pada tahun 1988 apabila pihak Soviet Union telah memberikan kebenaran untuk Mcdonald’s membuka cawangannya. Namun dua tahun selepas itu barulah Mcdonalds berjaya beroperasi di Soviet Union dengan Dataran Pushkinskaya di Moscow.

Pembukaan Mcdonalds telah disokong oleh dasar perestroika yang diperkenalkan oleh Mikhail Gorbachev bagi mereformasi politik dan ekonomi di Soviet Union.

Tujuan utama dasar ini dimulakan kerana Mikhail Gorbachev ingin melihat Soviet Union maju seperti Jerman, Jepun dan Amerika Syarikat.

Dari situ sedikit demi sedikit, Soviet Union mula mengurangkan kawalan ekonomi dan mula pergi ke pasaran bebas.

Sebaik sahaja Mcdonalds dibuka, restoran makanan segera itu telah diserbu oleh lebih 30 ribu pengunjung dalam satu hari yang membentuk beberapa kilometer barisan manusia. Hal ini sekaligus menjadikan cawangan di Dataran Pushkinskaya sebagai Mcdonalds paling ramai dikunjungi.

Tindakan ribuan pelanggan yang membanjiri Mcdonalds ketika itu kerana mereka ingin mengetahui apa itu budaya barat.

Ini kerana selama bertahun-tahun mereka telah dihidangkan dengan budaya komunis yang agak keras.

Malah masyarakat Soviet Union ketika itu turut terkejut dengan layanan yang agak bersopan-santun daripada staf Mcdonalds di Dataran Pushkinskaya. Sebelum ini, Soviet Union sangat dikenali dengan layanan yang agak dingin terutamanya di kaunter-kaunter khidmat pelanggan.

Kemasukkan Mcdonalds telah membuatkan masyarakat Soviet Union menerima kejutan budaya lantas menjadi antara salah satu sebab mengapa mereka membanjiri restoran makanan segera itu.

Selain itu, barang-barang daripada Mcdonalds seperti cawan kertas telah dikitar semula oleh masyarakat Soviet Union sebagai cenderamata untuk hiasan.

Apa yang menariknya adalah harga Big Mac di Mcdonald pertama di Soviet Union bersama dengan harga pas bulanan bas. Senang cerita, harganya memang cukup mahal tetapi masyarakat Soviet Union tetap setia beratur untuk mendapatkannya.

Walau bagaimanapun dari satu sudut yang lain, pembukaan Mcdonalds di Dataran Pushkinskaya menandakan bahawa Soviet Union sudah bersedia keluar daripada sistem ekonomi komunis.

Malah ada yang beranggapan Soviet Union hanya akan menjadi komunis dalam pentadbiran sahaja manakala untuk ekonomi, mereka akan pergi kepada pasaran bebas.

Ramalan itu hampir betul apabila 2 tahun selepas Mcdonalds dibuka, Soviet Union telah runtuh setelah presiden Mikhail Gorbachev telah meletakkan jawatan. Secara tidak langsung, beberapa negara yang bernaung di bawah Soviet Union mula mengisytiharkan kemerdekaan.

Rusia pula telah bertukar menjadi sebuah republik persekutuan yang bebas daripada pengaruh komunis. Setahun selepas itu, barulah Mcdonalds kedua dibuka Rusia dan sehingga ke hari ini terdapat lebih 100 cawangan di sana.

RUJUKAN:

Egorov, B. (2019, Januari 29). How the USSR’s first McDonald’s drove Russians crazy. Russia Beyond. Dipetik daripada https://www.rbth.com/history/329911-ussrs-first-mcdonalds


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply