Ada satu maharaja Rom ini nak tunjukkan kekayaannya melalui pembinaan istana terapung! Maharaja yang saya makaudkan ialah Maharaja Caligula yang memerintah pada tahun 37 hingga 41 Masihi.

 

Maharaja Caligula terkenal dengan kezalimannya dan mengaku dirinya jelmaan dewa. Pada masa itu, baginda meminta jurutera kapal membina kapal-kapal berbentuk istana yang maha besar.

 

Tujuan Caligula mahukan kapal-kapal sebegitu ialah menjadikan kapal itu sebagai simbol kepada penjelmaan semula sebagai Alexander the Great yang baru. Ini penting bagi Caligula sebagai penyembah dewa Isis dan menyanjung kepahlawanan Alexander sehingga baginda ingin menjadi idolanya.

 

Tambahan lagi, baginda mahu tunjukkan kekayaannya melebihi kekayaan maharaja-maharaja lepas. Baginda mahukan kapal itu dipenuhi dengan harta dan dekorasi yang begitu menarik.

 

Akhirnya istana terapung Caligula siap dibina dan boleh berlayar di Tasik Lemi. Dikatakan kapalnya lengkap dengan lantai mozek, sistem pemanas, dekorasi berupa batu marmar, tempat mandi, dan sebagainya.

 

Dalam manuskrip sastera Rom, panjang kapal pertama Caligula yang dipanggil sebagai Prima Nave adalah 70 meter dengan lebarnya sebesar 20 meter. Manakala kapal kedua (Seconda Nave) panjangnya 73 meter dan lebar sebesar 24 meter.

 

Kapal Prima Neva mempunyai koridor, bilik-bilik diraja, dan beberapa binaan yang masih tidak diketahui. Kapal Seconda Neva pula kapal besar yang masih tidak diketahui fungsinya namun pengkaji mengandaikan bahawa kapal itu mempunyai kuil sembahan dewi Diana.

 

Sehingga runtuhnya Tamadun Rom, kapal Caligula masih berada di Tasik Lemi dan terbiar selama berabad-abad lamanya. Pada tahun 1446, ekspedisi pencarian kapal Caligula pertama kali dilaksanakan oleh Cardinal Prospero Colonna dan temannya Leon Battista Alberti.

 

Dalam ekspedisi pencarian pertama, mereka menemui kapal karam yang terdiri dari batu-bata, alatan kuprum dan gangsa, artifak, batu marmar, dan rangka kayu di dasar tasik.

 

Mereka syak kapal karam itu ialah istana terapung Caligula! Tapi sayang, banyak artifak dijual oleh pihak tak bertanggungjawab demi dapatkan duit gadai yang tinggi.

 

Masuk tahun 1927, atas arahan pemerintah diktator Itali bernama Benito Mussolini, usaha mengeringkan tasik bermula dan mendedahkan kapal-kapal karam milik Caligula.

 

Penemuan tersebut menjadi berita hangat dalam media masa dan Itali ingin menjadikan kapal-kapal karam tersebut sebagai muzium bagi memperingati sejarah nenek moyang mereka.

 

Namun Impian Itali tidak kesampaian apabila Perang Dunia Kedua berlaku sehingga muzium kapal karam hancur akibat pertempuran antara AS dengan Jerman dengan bedilan meriam mereka.

 

Kemudian, Projek Diana ditubuhkan oleh organisasi Association Dianes Lacus untuk memulihara kembali artifak yang tertinggal di Tasik Nemi.

 

Akhirnya, Projek Diana membina replika kapal Prima Nave bagi mengekalkan kembali legasi Caligula. Sekarang, kalau kalian pergi ke Itali dan nak melihat replika kapal istana terapung Caligula, pergi saja ke Nemi Museum.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply