Albert Einstein mempunyai daya kecerdasan minda dengan anggaran tahap IQ 160, anggaran IQ Issac Newton adalah 190, dan IQ Mark Zuckerberg adalah 152.
Lelaki-lelaki yang terkenal ini dikenali sebagai genius mutlak di seluruh dunia. Tetapi sebenarnya pernah wujud seseorang yang IQnya dikatakan antara 250 hingga 300.

William James Sidis, merupakan lelaki yang memiliki minda yang paling cerdas dan bijak yang pernah dicatatkan dalam sejarah dunia, beliau adalah kanak-kanak dengan keupayaan yang luarbiasa dan pakar matematik yang hebat.

Pada usia lapan tahun, dia menguasai lapan bahasa dan berkebolehan menguasai pelbagai dialek dan juga merupakan seorang penulis yang berbakat. Tetapi sayangnya, tidak ramai orang yang pernah mendengar namanya.

William dilahirkan di New York pada tahun 1898. Bapanya Boris adalah seorang pakar psikologi contoh yang memperoleh 4 ijazah dari Harvard. Ibunya juga seorang MD. Oleh kerana ibu bapanya adalah genius, William James Sidis turut dijangka akan cemerlang, tetapi kecerdasannya terbukti jauh lebih mengagumkan daripada biasa.

Pada usia hanya 18 bulan, dia boleh membaca akhbar The New York Times. Pada usia 8 tahun, dia mendidik dirinya menguasai bahasa Latin, Yunani, Perancis, Rusia, Jerman, Ibrani, Turki, dan Armenia. Sebagai tambahan kepada 8 bahasa itu, dia juga mencipta bahasanya sendiri dan menggelarnya “Vendergood.”

Menyedari akan anugerah kepintaran Wiliam, ayahnya cuba mendaftarkannya di Universiti Harvard tetapi ditolak kerana William baru berusia 9 tahun pada masa itu. 2 tahun kemudian, institusi itu menerimanya dan William menjadi pelajar termuda yang diterima di Harvard pada tahun 1909.

Menjelang tahun 1910, pengetahuannya tentang matematik meningkat begitu tinggi sehingga dia mulai mengajar profesornya sendiri dalam kuliah, dan memperoleh gelaran “anak keajaiban.” Dia menamatkan pengajian sarjana seni pada usia 16 tahun.

Namun, tidak semua orang menyukai publisiti, apatah lagi populariti, terutamanya jika kita sudah dikenali seluruh dunia pada usia muda. Tidak lama setelah tamat pengajian, William memberitahu wartawan bahawa dia ingin menjalani kehidupan yang “sempurna”.

Sempurna yang dimaksudkan William, adalah hidup dalam pengasingan. Dia juga menambah bahawa dia tidak ada hasrt untuk menikah kerana tidak ada wanita yang mahu memikatnya.

Selain populariti yang tidak diinginkan, keputusannya juga mencerminkan tekanan yang telah dihadapinya sejak lahir. Pada masa itu, Amerika berpegang kepada kepercayaan iaitu melahirkan anak-anak yang ajaib melalui kaedah pendidikan yang betul.

Sebagai seorang pakar psikologi yang berbakat, bapa William ingin masa depan anaknya bersinar terang seperti bintang. Untuk mencapainya, dia menerapkan pendekatan psikologinya yang tersendiri ketika membesarkan William dan memaksanya.

Walaupun William menyukai pelajaran ketika masih kanak-kanak, pendapatnya berubah menjelang dewasa hingga dia menyalahkan bapanya. Setelah Boris meninggal dunia pada tahun 1923, William menolak untuk menghadiri majlis pengebumian bapanya itu.

Seperti yang biasa dilakukan oleh golongan genius untuk kekal sederhana, William bekerja sebagai kerani dengan bayaran gaji yang rendah. Meskipun begitu, dia tetap dikenali oleh orang ramai, sehingga dia tidak ada pilihan selain menukar pekerjaannya berulang kali.

Pada tahun 1924, wartawan mendapati dia bekerja dengan pendapatan $23 Dolar seminggu yang menjadikan dirinya tajuk berita utama sekali lagi, tapi kali ini mereka mengejek kepintarannya dan mengatakan bahawa dia tidak lagi mampu melakukan apa yang dia mampu lakukan semenjak kecil.

Namun, semua ini tidak benar kerana sepanjang hidupnya, William mengarang banyak buku-buku yang bernilai tinggi dengan menggunakan nama pena yang berbeza-beza.
Dia adalah seorang sosialis dan penentang Perang Dunia Pertama. Malahan, dia pernah ditangkap pada tahun 1919 kerana menyertai tunjuk perasaan yang bertukar menjadi rusuhan ganas di Boston di mana dia dijatuhi hukuman penjara selama 18 bulan.

Namun, ibu bapanya menemui jalan untuk mengelakkan dia dari hukuman penjara dan mengurungnya di sanitarium mereka selama 2 tahun.

William menghabiskan sisa hidupnya dalam keadaan penuh tekanan dan kesepian. Berpisah dari keluarganya, dia bekerja sebagai pengendali mesin dan melakukan beberapa pekerjaan kecil untuk memenuhi keperluan hidupnya. Lelaki yang sepatutnya boleh mengubah dunia ini meninggal dunia akibat kematian yang menyedihkan ketika berusia 46 tahun sebagai seorang lelaki yang tidak ada sebarang kedudukan.

William James Sidis meninggal dunia kerana mengalami pendarahan otak pada tahun 1944. Ironinya, bapanya juga meninggal dunia kerana penyakit dan dalam keadaan yang sama.

Pengajaran dari kisah ini:

– Tak semua orang laparkan perhatian
– Orang cerdik tak semestinya beradab
– Definisi “cerdas” berdasarkan tahap IQ tak boleh dibandingkan dengan kebijaksanaan terpendam.
– Bukti segelintir kaum wanita menolak lelaki yang bijak tapi lebih rela memilih lelaki bodoh, janji “bad boy”.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.