Disebabkan kedudukan kedua-duanya yang jauh dan terasing, sebarang hubungan China dan Rom sentiasa menarik perhatian sejarawan dan pengkaji arkeologi. Justeru, tidak hairanlah mengapa cendekiawan di Timur dan Barat mengkaji kedua-dua tamadun ini. Satu cerita menarik berkenaan kedua-dua tamadun ialah kisah legion Carrhae yang hilang.

Pada tahun 53 SM, Marcus Licinius Crassus mengetuai 42,000 orang ten.te.ra Rom ke Parthia dengan tujuan menakluk dan merampas kekayaan mereka. Bagaimanapun, Parthia bertindak menggerakkan bala ten.te.ra mereka diketuai Jeneral Surena dengan kedua-dua angkatan bertembung di Carrhae. Pada era antikuiti, ia terletak di pinggir empayar kedua-dua belah pihak dan berhampiran dengan sempadan Syria-Turki hari ini.

Rajah 1: Marcus Licinius Crassus

Crassus menyangka dengan kekuatan ten.te.ra yang dimiliki, Rom tidak dapat dikalahkan oleh sesiapa. Tetapi perkara sebaliknya berlaku. Dalam pertem.pu.ran tersebut, ramai ten.te.ra Rom gugur akibat terkena pa.n.ah yang dilepaskan Surena dan 10,000 orang pema.n.ah. Crassus cuba merundingkan perjanjian damai antara kedua-dua empayar tetapi terbu.nu.h selepas itu.

Tetapi satu legenda mengatakan beliau sebenarnya dibu.n.uh oleh orang-orangnya sendiri. Sebagai hukuman kerana bersikap tamak, mereka mencurahkan emas cair ke dalam tekaknya, Kepalanya turut dipen.gg.al dengan ma.ya.tnya turut dirosakkan oleh mereka sebelum pulang ke Rom.

Mengikut keterangan sebahagian ten.te.ra Rom yang berjaya melepaskan diri dari Carrhae, 10,000 daripada mereka menjadi tawanan ten.te.ra Parthia. Mengikut beberapa sumber, mereka kemudiannya ditempatkan di bahagian timur empayar sebagai ten.te.ra tambahan menentang musuh tradisi mereka, orang Hun. Sebahagian daripada mereka kemudiannya menjadi ten.te.ra upahan pemimpin Hun, Jzh-Jzh.

17 tahun kemudian, Pertem.pu.ran Zhizhi tercetus antara pihak Hun dengan China. Mengikut rekod-rekod sejarah China, mereka merasa takjub melihat pihak musuh bertahan menggunakan formasi sisik ikan. Formasi ini hampir serupa dengan formasi testudo yang sentiasa dipraktikkan oleh legion Rom.

Rajah 2: Formasi testudo legion Rom

Kagum dengan apa yang dilihat mereka, sesetengah ten.te.ra upahan ini yang menjadi tawanan pihak China dibawa ke sana dan dibebaskan. Tetapi syarat kebebasan mereka ialah menjadi sebahagian daripada garison pertahanan sempadan di wilayah Gansu moden. Sementara kota yang diasaskan mereka diberi nama Li-jien atau Liqian.

Idea kelibat legion Rom di China ini dicadangkan oleh sejarawan Oxford Profesor Homer Hasenphlug Dubs pada tahun 30-an. Dan dakwaannya disokong bukan saja oleh rekod bertulis China tetapi penemuan sebuah kota bernama Zhelaizhai. Menariknya, populasi kota ini berbeza dengan penduduk China lain kerana mereka mempunyai mata biru dan berambut perang. Kebiasaannya, dua ciri fizikal itu dimiliki oleh orang-orang Eropah.

Selain itu, mereka turut menemui beberapa artifak yang dikatakan berasal dari era berkenaan seperti topi besi dengan tulisan China berbunyi ‘Orang yang telah menyerah’ dan mangkuk air gaya Rom. Dengan semua maklumat ini, ada menganggap idea legion Rom di China benar-benar wujud.

Begitupun, sesetengah sejarawan meragui kesahihan legenda ini. Walaupun mereka tidak menolak idea ini sepenuhnya, ia masih lagi satu jarak yang jauh yang perlu ditempuh mereka. Dan jika wujud sekalipun bukti tentang mereka, ia bukanlah bukti kukuh seperti dijaja oleh penyokong teori Liqian.

Bagi artifak yang ditemui, ia boleh saja wujud akibat aktiviti perdagangan di sepanjang Laluan Sutera dan tidak semestinya bercirikan Rom. Sementara untuk ciri genetik penduduk Zhelaizhai, mereka tidak perlu mempunyai darah keturunan orang Mediterranean. Ini kerana kebanyakan kumpulan etnik Asia Tengah berkongsi ciri genetik sama dengan orang Mediterranean termasuk mata biru dan rambut berwarna perang.

Jika mereka ada darah keturunan orang Mediterranean, mereka tidak semestinya keturunan legion Rom yang dikatakan tiba di China. Sebaliknya, mereka berkemungkinan keturunan penduduk tempatan yang berkahwin campur dengan pedagang-pedagang asing. Tetapi itu tidak bermakna teori legion Rom China palsu. Kisah ini berkemungkinan wujud tetapi tidak dapat disokong oleh bukti kukuh.

Akhir sekali, nama Li-jien itu sendiri. Nama kota tersebut memang ada kaitan dengan tamadun di Eropah tetapi bukan Rom. Sebaliknya, ia berkait dengan Lixuan, sebuah kota yang terletak di bawah pengaruh Dinasti Ptolemy Mesir Purba. Lantas, jika ada kaitan Eropah dengan China sekalipun, calonnya berkemungkinan besar ialah Yunani.

Rajah 3: Pengasas Dinasti Ptolemy Mesir Purba, Ptolemy I Soter.

Tidak diketahui sama ada kisah ini benar atau tidak. Yang pasti, ia menjadi inspirasi kepada filem Dragon Bl.ad.e yang ditayangkan pada 2015. Filem tersebut menampilkan Jackie Chan, John Cusack dan Adrian Brody dengan Cusack memegang peranan sebagai komander legion Rom. Cuma beza kisah legion ini dengan kisah Crassus ialah legion ini diburu oleh puteranya yang juga konsul Rom yang korup (Brody).

RUJUKAN:

Strom, Caleb. (2018). The Lost Legion of Carrhae: Did a Roman Legion End Up in China?. Ancient-Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.