Kopi merupakan antara minuman yang menjadi kegemaran masyarakat dunia. Malaysia juga tidak terkecuali apabila kita melihat begitu banyak kafe dan kedai tepi jalan berasaskan kopi telah wujud. Bermula dengan harga semurah RM2.00 sehingga mahal tidak tercapai dek akal, kita semua bebas untuk memilih kopi yang sesuai dengan tekak.
Tapi perasaan tak sejak akhir-akhir ini, kopi seperti sudah bertukar menjadi lambang kekayaan? Buktinya ramai yang pergi ke satu kedai kopi ini hanya mahu memuat naik gambar secawan kopi di media sosial. Malah kedai kopi itu menjadi pertemuan ini golongan acah-acah kaya yang bila duit sudah habis, dia menyalahkan kerajaan.
Padahal ketika kopi mula-mula sampai di Semenanjung Arab, minuman ini telah menjadi kegemaran para ahli sufi. Ramai ahli sufi berpendapat, menikmati kopi akan membantu mereka lebih dekat dengan tuhan. Bermakna kopi boleh beri tenaga tambahan untuk berjaga malam lantas beribadah dengan tuhan.
Tak lama selepas itu kopi bukan sahaja diminum untuk ahli sufi bahkan turut menjadi kegemaran penduduk awam di seluruh Semenanjung Arab. Antaranya adalah penduduk Mekah dan para jemaah haji mula menikmati kopi apabila minuman itu disediakan dengan kerap di Masjidil Haram. Serentak dengan itu, kedai-kedai kopi mula dibangunkan untuk para penduduk sehingga budaya melepak menjadi trending.
Tapi kena ingat itu bukan melepak kosong kerana mereka sentiasa menjadikan kedai kopi sebagai kawasan untuk membicarakan hal-hal pengetahuan. Jadi setiap kedai kopi di Semenanjung Tanah Arab dikenali sebagai “Schools of the Wise” kerana menjadi tempat golongan cendekiawan melontarkan idea. Mungkin dari sini munculnya budaya lepak kedai kopi tapi bezanya adalah kita semua sembang pasal awek sahaja
Senang cerita kopi ini pada awal kemunculannya tampak agak bagus kerana berfungsi sebagai minuman untuk berjaga malam bagi beribadah dengan tuhan. Setelah dikomersialkan, kedai-kedai kopi mula menjadi tempat perbincangan ilmu pengetahuan. Tapi hari ini kenapa secara tiba-tiba kopi jadi lambang kekayaan dan kedai kopi jadi tempat bawa awek lepak?
Semuanya bermula setelah kopi di bawa masuk ke Amerika Syarikat dan alkohol diharamkan di sana. Secara tidak langsung, kopi mula mendapat permintaan tinggi sehingga begitu banyak kedai kopi dibuka dan salah satunya adalah Starbucks. Sekarang ini masalah utama Starbucks adalah untuk mendapatkan pelanggan.
Sebagaimana cara kedai-kedai kopi yang lain, mereka akan menjual kopi dengan murah dan membuka cawangan di kawasan paling senang dicapai oleh pelanggan. Berlainan pula dengan Starbuck apabila mereka mengambil langkah melawan arus apabila mula membuka cawangan di kejiranan elit.
Jika dilihat sekali imbas, membuka cawangan di kejiranan elit bukanlah satu tindakan yang bijak kerana terdapat banyak kedai kopi lebih premium berbanding Starbucks. Tapi itu bukanlah tujuan utama Starbucks. Apa yang mereka mahukan adalah orang-orang kaya di kejiranan elit mula memasuki Starbucks dan tidak kisah membayar kopi dengan harga mahal.
Setelah ramai orang kaya memasuki Starbucks, mereka mula membuka cawangan di kawasan pinggir bandar dengan harapan dapat mencapai target pasaran lebih luas. Dengan imej yang telah terbina sebagai minuman mewah, Starbucks yakin golongan pertengahan dan bawahan akan memasuki kedai mereka untuk menjadi kaya sebentar.
Situasi seumpama itu sudah menjadi kebiasaan hari ini apabila apa sahaja yang dilakukan oleh golongan kaya pastinya akan mendapat perhatian dan ikuti. Bermakna Starbucks sudah lama rancang, kita sahaja yang lalai.
Akhirnya cawangan Starbucks di pinggir bandar mencatatkan keuntungan yang lebih banyak berbanding di kawasan kejiranan elit. Maka bermula sejak itu, Starbucks terus menjadikan premis mereka persis tempat perbincangan seperti era semenanjung Arab dan digabungkan dengan hiasan dalam yang minimalis tetapi premium.
Jadi tidak hairanlah hari ini, Starbucks tetap menjadi pilihan orang ramai walaupun berharga yahudi sebab vibes kaya yang kita mahukan. Apa-apapun, Tindakan Starbucks ini juga telah membuka jalan bagi pembukaan kedai kopi premium yang lain lantas menjadikan kopi sebagai lambang status kekayaan.
RUJUKAN:
Jovana D. (n.d). History of coffee: Where did coffee originate and how was it discovered? Homegrounds. Dipetik daripada https://www.homegrounds.co/history-of-coffee/
Kilkenny, K. (2017, Julai 25). A brief history of the coffee shop as a symbol for gentrification. Pacific Standard. Dipetik daripada https://psmag.com/economics/history-of-coffee-shop-as-symbol-for-gentrification
McHugo, J. (2013, April 18). Coffee and qahwa: How a drink for Arab mystics went global. BBC. Dipetik daripada https://www.bbc.com/news/magazine-22190802
Odenn, G. (n.d). A brief history of coffee around the world. Java Presse. Dipetik daripada https://www.javapresse.com/blogs/buying-coffee/brief-history-of-coffee
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih