Ikrimah bin Abu Jahal merupakan anak kepada Abu Jahal ‘Amr bin Hisyam yang dikenali sebagai Firaun di zaman tersebut. Namun ungkapan orang lama. “bapa borek, anak rintik” bukanlah suatu yang dijelmakan oleh Ikrimah.

Ikrimah terkenal di zaman mudanya sebagai pemuda Quraisy yang gagah berani serta penunggang kuda yang sangat mahir dalam pep3rangan bahkan juga merupakan sahabat yang rapat kepada Khalid b Walid. Pada usia awal dakwah baginda saw, beliau mengambil sikap yang sama dengan bapanya sehingga beberapa kali berusaha membvnuh Rasulullah saw.

Ini kerana beliau didorong oleh perasaan memberontak kerasulan baginda seperti bapanya meskipun menyaksikan beberapa mukjizat baginda saw. Mata hatinya buta ketika itu untuk menilai bahawa baginda diutuskan untuk membawa rahmah untuk seluruh alam.

Sejak kem4tian bapanya, Abu Jahal dalam p3rang Badar Kubra, sisi pandang Ikrimah bertambah serong terhadap baginda dan menguatkan perasaannya untuk membalas dendam atas kem4tian bapanya. Beliau terus memusuhi Islam sehinggalah tercetusnya Pembukaan Kota Mekah pada tahun ke 10 Hijrah yang membuka jalan kepadanya untuk kembali ke jalan yang benar.

Al-Maqdisi menukilkan bahawa ketika tentera Islam memasuki Mekah, Ikrimah berkata, “Aku tidak akan tinggal di tempat ini! Tidak sesekali aku akan menetap di negeri bersama orang yang membvnuh bapaku.”

Oleh kerana bimbang dibvnuh oleh umat Islam lantaran permusuhannya yang begitu Panjang dengan Islam, Ikrimah nekad untuk berpergian jauh daripada tanah kelahirannya walaupun cuba dicegah oleh isterinya yang berkata: “Hendak kemana kamu wahai pemimpin pemuda Quraisy?”

“Apakah kamu akan pergi kesuatu tempat yang tidak kamu kenali?”

Ikrimah melangkahkan kakinya maju untuk terus meninggalkan kota Mekah tanpa mengendahkan isterinya.

Ketika terjadinya pen4klukan Kota Mekah, maka berbondong-bondonglah orang Mekah memeluk Islam termasuklah Hindun bt Utbah bersama dengan isteri Ikrimah dan 10 wanita Quraisy. Tatkala itu juga Ummu Hukaim iaitu isteri Ikrimah berkata, “Wahai Rasulullah, Ikrimah telah melarikan diri menuju Yaman kerana bimbang dan takut engkau akan membunvhnya, maka aku memohon agar engkau berilah keamanan kepadanya”.

Maka baginda menjawab, “dia dalam jaminan lindungan keamananku”. Betapa gembiranya hati seorang isteri seraya lantas keluar dari Mekah bagi mencari suaminya yang tercinta sehinggalah ke Pantai Tihamah.

Tatkala sang isteri menjumpai suaminya, dia lantas berkata:

“Wahai Ikrimah, aku datang menemuimu untuk membawa pesan dari orang yang paling utama, dari manusia yang paling mulia dan manusia yang paling baik budi dan akhlaknya. Aku telah memohonkan jaminan keselamatan untukmu daripada Rasulullah SAW.”

Ikrimah lantas bertanya, “Benarkah engkau lakukan yang demikian?”

Isterinya menjawab: “Benar, aku telah memeluk Islam dan berbicara dengan baginda dan baginda memberikan jaminan keselamatan atas dirimu.”

Maka, Ikrimah pulang menuju Mekah dengan sebuah harapan dan sinar baru yang menerangi hatinya. Tatkala beberapa hari selepas kepulangannya ke Mekah, beliau mengambil keputusan untuk bertemu baginda dan mengucapkan syahadah sebagai tanda rasmi keislamannya.

Baginda berkata kepada Ikrimah,  “Hari ini sekiranya kamu meminta kepadaku sesuatu sebagaimana yang telah aku berikan kepada orang lain, nescaya aku akan mengabulkannya permintaanmu.”

Ikrimah menjawab dengan nada yang lemah, “Aku memohon agar engkau memohonkan ampunan bagi pihakku kepada Allah di atas setiap permusuhan yang pernah aku lakukan terhadap dirimu, setiap percubaan yang aku lakukan untuk menyerangmu dan membunvhmu, dan setiap perkataan kotor yang aku katakan di hadapan atau di belakangmu.”

Rasulullah Saw lantas berdoa: “Ya Allah, ampunilah dosanya atas setiap permusuhan yang pernah dilakukannya, setiap langkah perjalanan yang dilaluinya untuk meny3rangku dengan tujuannya untuk memadamkan cahaya-Mu dan ampunilah dosanya atas segala sesuatu yang pernah dilakukannya baik secara langsung berhadapan denganku mahupun tidak.”

Gembiralah hati Ikrimah tatkala mendengar doa baginda sehingga beliau ketika itu nekad dan berikrar:

“Ya Rasulullah! Demi Allah, aku berjanji tidak akan membiarkan walau satu dinar yang pernah aku gunakan untuk melawanmu dan agama Allah ini melainkan akan aku ganti berlipat ganda demi membelamu dan agama-Nya. Setiap perjuanganku yang dahulu menentangmu dan agama Allah, akan juga aku ganti dengan berlipat ganda demi membela agama-Nya, dan aku akan berjuang sampai ke titisan darah yang terakhir.”

Ketika berkecamuknya p3rang Yarmuk, Ikrimah dengan beraninya bersama puluhan tentera Muslimin yang nekad syahid tampil untuk menerobos benteng pertahanan tentera musuh. Ikrimah berkata kepada Khalid yang cuba menghalang niatnya, “Tinggalkan aku wahai Khalid, kerana engkau telah lama berjihad”.

Ikrimah memacu kudanya menerobos pertahanan musuh, melibas untuk membvnuh musuh Allah sehinggalah ke titisan darah yang terakhir. Ketika tentera Islam mendapatkannya di akhir episod pep3rangan, di dapati 73 luka tusvkan di tubuhnya serta pukulan dan anak panah yang singgah di tubuhnya.

Abdullah bin Mus’ab berkata, “Harith b Hisyam, Ikrimah b Abu Jahal dan Suhail m4ti syahid dalam peper4ngan Yarmuk. Mereka terluka parah lalu masing-masing meminta air namun saling menolak dengan berkata, “berikanlah kepadanya kerana dia lebih memerlukan”.

Akhirnya tidak ada seorang yang meminumnya kerana kesemuanya telah menemui syahid yang mulia disisi Allah. Begitulah Syahidnya anak Abu Jahal. Bapanya Abu Jahal umpama Firaun dan terbvnuh dengan hina namun dia syahid di jalan agama-Nya yang diredhai.

A,R. Kasa
Mahasiswa Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam,
Universiti Malaya.

RUJUKAN:

Qudamah al-Maqdisi. At-Tawabbin.

Al-Mubarakfuri, Sirah Nabawiyyah: Rahiq Al-Makhtum. https://biografi-tokoh-ternama.blogspot.com/2014/07/kisah-ikrimah-bin-abu-jahal.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Mahasiswa Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Universiti Malaya. "Cinta kepada Tamadun diiringi kebenaran Sejarah."

Comments are closed.