Suatu masa dahulu, apa-apa perkara yang menakjubkan boleh mempengaruhi akidah orang ramai. Terbit tenggelam Matahari bagi masyarakat silam ialah suatu fenomena mengagumkan.
Peredaran Bulan di langit dunia, juga kepelbagaian dari segi bentuk (dan warna) pun begitu juga. Berlaku saja gerhana, ada yang memekik dan melolong dunia akan kiamat pun (Metcalfe, 2017).
Jadi semua aspek angkasa perlu disembah dengan taat lagi teliti. Kalau berlaku gerhana, itu tandanya tuhan marah.
Fikirkan saja justifikasi masing-masing, tambah pula gerhana boleh berlaku di rantau-rantau tertentu. Apabila penduduk rantau ini tahu rantau itu ada gerhana (tetapi rantau mereka tiada), tentu sekali ada yang berfikir bukan-bukan.
Bagi yang mendalami ilmu sains Bulan, tentu sekali mereka akan tahu tentang sebuah kawah bernama Anaxagoras. Kawah ini terletak di kutub utara Bulan, dengan diameter 51.9 kilometer (tiga kilometer dalam).
Anaxagoras ialah seorang ahli falsafah Yunani yang hidup antara 500 S.M. hingga 428 S.M. Dari muda lagi Anaxagoras mencintai ilmu sampai tidak menghiraukan tentang kesenangan hidup daripada harta kekayaan (Wallace, 1911).
Sekitar zaman ini pula, Yunani menewaskan kuasa Parsi dan mengisytiharkan kemerdekaan.
Anaxagoras yang berjv4ng demi Parsi walau bagaimanapun menyukai Athens, dengan semangat ilmu yang mendapat perhatian (dan minat) Jeneral Pericles.
Kehidupan di Athens memberikan Anaxagoras semua yang diperlukan untuk mengkaji tentang astronomi. Beliau membuat banyak penemuan tentang Bulan.
Dalam mitologi Yunani, keindahan Bulan ialah jelmaan dewi Selene (dan dewa Artemis).
Jadi penemuan Anaxagoras tentang Bulan mendatangkan masalah besar. Kerana beliau berkata Bulan bukanlah dewa atau dewi – sebaliknya hanya batu di angkasa.
Tiada siapa tahu bagaimana Anaxagoras mencapai kesimpulan yang benar sebegini. Beliau pernah menulis buku yang hilang dek zaman.
Tetapi nama dan hasil kerja beliau dipetik cendekiawan-cendekiawan terkemuka seperti Aristotle dan Plato. Apa yang pasti hanyalah Anaxagoras tanpa jemu memerhati Bulan.
Objek pencerapan seperti teleskop sudah ada ketika itu (cuma jauh sekali seperti teleskop hari ini, sekadar lensa yang membantu sahaja).
Kekangan teknologi ketika itu tidak menjadi penghalang, kerana Anaxagoras berjaya menceritakan tentang kewujudan gunung-ganang di permukaan Bulan.
Ini ternyata benar, kerana Bulan memang penuh dengan gunung-ganang seperti Mons Huygens, Mons Hadley dan Mons Bradley masing-masing dengan ketinggian 4.7, 4.6 dan 4.2 kilometer.
Dan Anaxagoras juga mendapati bahawa “Matahari yang memancarkan cahaya pada Bulan”. Pancaran inilah yang menyebabkan bentuk Bulan dan gerhana.
Kadangkala Bulan kelihatan tidak penuh bukannya kerana Selene separuh b0g3l. Sebaliknya kerana kedudukan Bumi, Bulan dan Matahari yang menyebabkan bayang-bayang. Semuanya sains, bukan mitologi.
Dan pendapat inilah yang mendatangkan masalah terhadap Anaxagoras.
Seperti yang dikatakan, beliau berkawan dengan Jeneral Pericles di Athens. Pericles terlalu berpengaruh untuk digulingkan. Jadi pihak yang membencinya menggunakan orang-orang dikeliling Pericles.
Perbicaraan mahkamah boleh membvnvh karier seseorang, dan Anaxagoras diheret ke muka pengadilan kerana tidak beriman kepada dewa-dewi.
Pericles menyelamatkan Anaxagoras yang dijatuhkan hvkvman m4t1 tetapi… Anaxagoras terpaksa dibuang negara kerana dapatan sainsnya.
Hari ini Anaxagoras terkenal di halaman sains, dan pihak yang menjatuhkan hvkvman terhadapnya telah kabur atau lenyap terus daripada ingatan sejarah. Itulah kehebatan ilmu pengetahuan yang penting untuk merungkaikan kebenaran.
Jika hari ini, tentu sekali semua tahu bahawa Bulan ialah sebuah objek angkasa tanpa sebarang kuasa kenabian apatah lagi ketuhanan. Hakikat ini diketahui semua kerana pengukuhan agama dan pengetahuan sains. Penyembahan Bulan diharamkan Islam (Qur’an 41:37) dan Kristian serta Judaisme (Kitab Ulangan 4:19). Sains pula membuka habis tentang Bulan untuk difahami semua.
RUJUKAN:
Metcalfe, T. (2017, Ogos 15). Afraid of the Dark? Why Eclipses Frightened Ancient Civilizations. Live Science.
Wallace, W. (1911). Anaxagoras. Encyclopedia Britannica.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih