Selalunya bila mendengar kisah nelayan berdepan kema.la.ngan di lautan, ia selalunya berkisar sama ada kapal karam atau rosak, le.m.as atau menjadi mangsa haiwan marin seperti jerung atau obor-obor. Tetapi pernahkah anda mendengar perihal ikan paus menelan manusia?

Bagi orang Islam, satu-satunya masa kita mendengar kisah ini ialah kisah Nabi Yunus a.s ditelan ikan Nun (paus) selepas dicampak dari sebuah kapal yang ditumpangi baginda. Baginda bertasbih memohon keampunan Allah s.w.t semasa berada dalam perut ikan berkenaan selama beberapa hari sebelum dibawa ke darat dan dibebaskan.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Peristiwa ini turut direkodkan Allah s.w.t dalam ayat 142-146, Surah As-Saaffaat. Menerusi firman-Nya, sekiranya baginda tidak berzikir semasa dalam perut ikan paus, baginda akan terus kekal di situ sehingga hari kiamat. Kenyataan ini turut disokong dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Umayyah bin Abi Salt r.a. (Vicchio, 2008)

Dan siapa sangka, ada seorang penangkap udang karang hampir-hampir berdepan nasib sama. Michael Packard, 56, dari Wellfleet memberitahu pihak media dia sedang menyelam pada kedalaman 14 meter di kawasan perairan berhampiran Provincetown semasa peristiwa itu berlaku. Pada awalnya, dia hanya melihat satu benjolan yang besar sebelum merasakan suasana menjadi gelap.

Pada masa itulah, Packard sedar dia kini berada dalam mulut ikan paus dan ia cuba menelannya. Dia menyangka dirinya akan mati tetapi masih mampu bernafas kerana masih memakai peralatan pernafasan semasa menyelam. Packard mengira dirinya berada dalam mulut ikan paus selama 30 saat sebelum ia naik ke permukaan dan meludahkannya keluar.

Rakan-rakannya yang berada di sebuah bot berjaya menyelamatkannya dan membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Packard tidak mengalami sebarang kecederaan kecuali bengkak pada bahagian kaki.

Packard bukan satu-satunya individu yang berdepan pengalaman sebegini. Pada 2019, penyelam dan jurugambar Rainer Schimpf, 51, sibuk mengambil gambar kumpulan ikan selayang yang sedang berenang sebelum merasakan kegelapan menyelubungi dirinya. Pada ketika itulah, dia sedar dia berada dalam mulut ikan paus dan seperti Packard, berisiko ditelan mamalia terbesar di dunia itu.

Schimpf bagaimanapun tidak berada lama dalam mulut ikan berkenaan. Selepas beberapa saat, dia diludah keluar dengan imej insiden berkenaan dirakam oleh jurugambar Heinz Toperczer yang bekerja dari sebuah bot berhampiran.

Mendengar kisah-kisah sebegini, apakah benar ikan paus berupaya menelan manusia sebagai snek? Menurut para saintis, anggapan tersebut bersifat mengarut. Uko Gorter dari Persatuan Setasea Amerika Syarikat menyifatkan tekak haiwan berkenaan terlalu kecil untuk menelan manusia. Bagaimanapun, dalam sesetengah kes, ada burung kecil yang ditelan secara tidak sengaja oleh ikan paus semasa memburu makanan.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Jika ada pun ikan paus yang berupaya berbuat demikian, hanya ikan paus sperma saja yang berupaya melakukannya. Ini memandangkan diet haiwan tersebut ialah haiwan berstatus gergasi seperti sotong gergasi. Walaupun wujud kes ikan paus sperma menenggelamkan kapal seperti kapal penangkap ikan paus Essex pada 1820, tiada laporan kes ikan paus ini menjadikan manusia sebagai snek.

Bagi pengkaji ikan paus Charles “Stormy” Mayo dari Pusat Kajian Perairan di Provincetown, pertembungan manusia dengan ikan paus jarang berlaku. Tetapi dalam kes Schimpf, pengasas bersama Save the Whales, Maris Sidenstecker, ikan paus seharusnya dilihat dari jauh saja bagi mengurangkan pertembungan sebegitu rupa. Ini bagi memastikan haiwan ini dapat hidup dalam habitat lautnya dengan aman dan tanpa sebarang gangguan manusia.

RUJUKAN:

Associated Press. (2021). ‘Everything went dark’: humpback whale swallows and spits out diver. The Guardian.

Pappas, S. (2019). What a Fluke! Man Ends Up in Whale’s Mouth. LiveScience.

Vicchio, S. (2008). Biblical Figures in the Islamic Faith. Wipf & Stock. Halaman 73.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.