Apabila bercakap tentang Son Goku, pasti peminat anime dan komik sangat mengenali watak ini yang menjadi protagonis dalam Dragon Ball. Malah Dragon Ball juga turut popular di seluruh dunia sehingga watak-watak yang lain menjadi kegilaan ramai. Dengan kisah seorang kanak-kanak lelaki yang berekor pergi mencari 7 biji dragon ball di seluruh dunia sudah cukup membuatkan ia popular. Tapi jangan terkejut kerana kemasyhuran Dragon Ball membuatkan sebuah agama baru iaitu Gokuisme telah lahir.
Persoalannya, apa benda Gokuisme ini dan bagaimana pula boleh wujud?
Gokuisme ini didakwa mula muncul setelah buku Dragon Soul: 30 Years of Dragon Ball Fandom dihasilkan. Buku itu dikatakan penuh dengan cerita daripada peminat yang mendakwa watak-watak dalam Dragon Ball memberi mereka inspirasi untuk mencapai hidup lebih baik. Dari situ ada membuat kesimpulan Dragon Ball yang banyak membantu mereka mencapai impian dalam hidup
Ditambah lagi, mereka turut mendakwa sebenarnya Dragon Ball bercerita perihal ketuhanan dan panduan untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. Hal ini boleh dilihat melalui watak Son Goku yang sangat tidak gemarkan kejahatan dan sentiasa mendahulukan orang lain. Senang cerita, perbuatan yang wujud daripada watak Son Goku mendidik penonton untuk sentiasa bersikap positif. Berbekalkan prinsip-prinsip yang wujud dalam watak Son Goku, maka lahirlah Gokuisme.
Bukan itu sahaja, Gokuisme turut didakwa berasal daripada kepercayaan Buddha yang digabungkan dengan kepercayaan Taoisme. Lepas itu tambah sikit elemen pertarungan ala Jackie Chan dan Bruce Lee untuk menyempurnakan lagi Gokuisme. Walau bagaimanapun sehingga ke hari ini, asal usul sebenar Gokuisme masih lagi tidak ketahui kerana faham agama ini tiba-tiba muncul.
Sebelum itu kalau nak tahu lebih banyak tentang tempat asal usul Son Goku, boleh beli buku KITAB TAMADUN JEPUN. Kami jamin anda tidak akan rugi malah bertambah kagun dengan Jepun. Boleh beli di Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-Kitab-Tamadun-Jepun-i.238336777.17556954102
Sekarang ini, apa ciri-ciri utama Gokuisme?
Penganut-penganut Gokuisme percaya Son Goku memiliki taraf yang sama dengan Jesus Christ. Malah ada sesetengah penganut Gokuisme mengakui bahawa Son Goku lebih hebat berbanding Jesus Christ. Menurut mereka, Son Goku perlu mati 3 kali dan hidup kembali untuk menyelamatkan umat manusia. Manakala Jesus Christ hanya mati sekali dan hidup kembali bagi menyelamatkan pengikutnya. Ini kami cerita ikut fahaman merekalah. Jangan hentam ni akidah kami pula.
Seterusnya adalah penganut Gokuisme percaya selepas mati, manusia akan bertemu dengan Raja Enma untuk diberikan ganjaran masa ada layak ke syurga ataupun terhumban ke neraka. Mereka juga mendakwa terdapat makhluk seperti popo dan dewa Kame yang ditugaskan tuhan untuk memantau manusia.
Di samping itu, mereka turut percaya untuk menuju ke mahadewa, titian ular perlu dilalui. Jika jatuh dari titian, mereka akan terus diseksa di neraka. Akhir sekali adalah mereka dakwa wujud makhluk dan tuhan yang berbeza di dalam galaksi lain.
Jadi siapa yang menganut fahaman agama Gokuisme ini, mesti orang Jepun kan?
Salah.
Salah sangat-sangat.
Selalunya bukan “bangsa pencipta karya” yang taasub pada “karya tercipta”. Mesti bangsa luar punya. Kalau tengok betul-betul, Gokuisme mekar di Amerika Selatan. Malah puak-puak Amerika Latin inilah yang memulakan fahaman agama ini. Bukan Jepun pun Malah mereka turut mengadakan perarakan sebagai simbolik menghormati Son Goku. Walau bagaimanapun, perkembangan dan perarakan Son Goku sangat kurang digemari oleh penganut Kristian di Amerika Selatan. Bak kata pepatah, Jepun dah lama rancang – mereka saja lalai.
Hal ini kerana penganut Kristian beranggapan fahaman agama Gokuisme membuatkan masyarakat jauh daripada Kristian. Oleh sebab itu, Dragon Ball sangat tidak digemari sehinggakan ada yang menuduh anime ini memiliki unsur-unsur syaitan dan iblis. Bagi penganut Gokuisme, katalah apa-apa sekalipun kerana paling penting sekali Dragon Ball ada menerapkan nilai murni dalam penceritaan.
The Human’s Complex bercerita tentang selok-belok minda, pemikiran dan tingkah laku manusia. Sangat kena dengan hal Gokuisme yang kita bincang ni, kerana minda manusia adalah satu “daerah” yang masih lagi belum diterokai sepenuhnya oleh saintis memandangkan ia sangat kompleks dan proses kajiannya sungguh rumit sekali. Namun banyak benda sekarang kita tahu tentang minda manusia. Maka kami mempelawa kalian beli kombo The Human’s Complex bersama World Without Walls III yang kini ada dalam bahasa Inggeris:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF
RUJUKAN:
Ears. (2021, Mei 12). Gokuism: The anime religion. Dipetik daripada https://europeanacademyofreligionandsociety.com/news/gokuism-the-anime-religion/
Lecklitner, I. (2018). How ‘Dragon Ball’ inspired a religious movement. Mel Magazine. Dipetik daripada https://melmagazine.com/en-us/story/how-dragon-ball-inspired-a-religious-movement
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih