Dahulunya, dia seorang pelawak yang mencari rezeki di ibu kota Jepun. Namun, kehidupan tidaklah sebaik yang diharapkannya. Sehinggalah akhirnya dia memilih menjadi gelandangan paling gembira di Jepun!

Tahun 2013, dia mahu mencari rezeki dengan menjadi pelawak bersama rakannya. Tapi, ia hanya sementara kerana selepas itu dia gagal mendapatkan apa-apa kerja (job) bersesuaian yang dikehendakinya.

Tiada pekerjaan, tidak dapat membayar sewa rumah, dan dia akhirnya telah dihalau oleh rakan serumahnya. Rakan itu jugalah yang mencadangkan dia untuk menjadi gelandangan.

Dan, itulah permulaan dia memndapat idea untuk ‘menyewakan’ dirinya sendiri pada harga 50 yen. Dia mula mengiklankan dirinya melalui media sosial dan ramai menggunakan perkhidmatannya.

Yang menariknya, pelanggan boleh memintanya melakukan apa sahaja pada harga 50 yen, asalkan ia tidak melanggar undang-undang. Malah, Kotani juga tak perlu tidur di jalanan seperti gelandangan lain kerana ada sahaja pelanggan yang mempelawanya untuk tidur di rumah mereka.

Menurut Kotani, banyak yang dia pelajari tentang perangai manusia apabila mereka menggunakan perkhidmatannya. Malah, itulah juga yang menjadi asas kenapa dia menjadi gelandangan paling gembira, kerana dia merasakan seluruh masyarakat adalah ‘ahli keluarganya.’

Kadangkala, pelanggan hanya mahu Kotani menemani mereka, dan membuat mereka gembira. Disebabkan ini jugalah, Kotani takkan menerima pekerjaan yang mahukan dia melakukan sesuatu yang membuatkan orang merasa sedih atau tidak gembira.

Kotani gemar berpakaian warna merah, kerana katanya ia warna yang menggembirakan, meriah, menarik perhatian serta warna rasmi kuil Shinto.

Bagi Kotani, kehidupannya sebagai gelandangan tidak langsung menyusahkannya, malah telah menjadi sumber pendapatan serta sumber kegembiraan hidupnya.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Memiliki PhD dalam bidang Sains Makanan & Pemakanan. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.