Kalau tengok dalam sejarah Islam, pihak Arab banyak melancarkan serangan terhadap Rom. Keazaman dan kegigihan Arab membuak-buak selepas berjaya merangkul Syria daripada Byzantium.

Kedatangan Arab dikatakan bagaikan suatu rahmat sampai bangsa Yahudi sendiri bersorakan kerana sudah penat membayar cukai sangat tinggi (Frankforter & Spellman, 2003).

Tidak melampau untuk dakwa bahawa pemimpin Arab ingin memenuhi hadis Nabi Muhammad SAW tentang Konstantinopel.

Walau bagaimanapun, tidak melampau juga untuk dakwa bahawa Arab sudah lama menyimpan dendam terhadap pendatang Rom ini.

Dendam ini terbuku selama 600+ tahun, bermula apabila Gaius Octavius dimasyhurkan sebagai Augustus Caesar. Bermakna dari awak lagi, Empayar Rom sudah meletakkan mata pada bumi Arab yang sangat bernilai.

Arab pra-Islam bukanlah seperti yang disangka, bahawa hanya kegelapan jahiliyah sahaja yang mengisi setiap lapangan. Lembah Arab sebelum kedatangan Islam sudah mula menggapai tahap kemajuan Augustus mendahagakan bumi Arab selepas mengamati nilai perdagangan antara Rom dan India yang perlu melepasi Laut Merah dan Laut Arabia.

Augustus Caesar.

Ketika itu Rom sudah menguasai Mesir. Rom membahagikan Dunia Arab dengan menggunakan tiga rantau: Deserta, Felix dan Petraea.

Kalau tengok di Sememanjung Arab, bahagian Barat Daya kelihatan lebih hijau kerana dikurniakan taburan hujan lebih tinggi. Kehijauan ini membawa makna sampingan: lembah yang subur. Itulah maksud Arabia Felix.

Peta Arabia Felix.

Namun cita-cita Rom menemui jalan mati, hanya kerana helah seorang Arab bernama Syllaeus. Walaupun namanya seperti Rom, jiwanya tentang Arab. Sesungguhnya, beliau bersuku al-Anbat yang barangkali sangat setia pada tanah nenek moyang. Cuma Syllaeus menemui tempat dalam zon politik Rom.

Beliau amat dipercayai Aelius Gallus, yang merupakan pembesar Rom di Mesir. Inilah watak utama yang menjadi ayam tambatan Augustus. Empat tahun selepas mula berkuasa, Augustus menghantar Gallus ke Arabia Felix iaitu bumi Yaman.

Tugas Gallus sebenarnya mudah: tarik tali diplomasi, bagi ganjaran harta (baca: rasuah) dan binasakan sesiapa yang cuba melawan. Gallus menuruti perintah Augustus sambil mendengar nasihat Syllaeus, yang sangat arif perihal cuaca dan suasana rantau.

Syllaeus sengaja memimpin mereka ke kawasan yang panas terik dengan bekalan air kotor. Dan di sini, mereka terkena jangkitan sampai menjadi epidemik dalam kalangan bala tentera Rom.

Perjalanan Gallus ke bumi Arab selama enam bulan. Beliau dihalau daripada bumi Arab (oleh helah Syllaeus) dalam masa 60 hari. Begitu dahsyat percaturan Syllaeus, hinggakan bala tentera Gallus tumbang satu demi satu. Akhirnya, usaha Gallus gagal apabila terpaksa pulang ke Rom.

Satu-satunya kenangan Syllaeus.

Dan kegagalan besar ini mengundang kecelakaan pada dirinya. Kerana Augustus membuat keputusan untuk melantik Gaius Petronius sebagai pembesar Mesir (menggantikan Gallus).

Helah Syllaeus terbongkar sebelum Gallus dipanggil balik. Rom tidak akan memaafkan sesiapa. Dan Syllaeus diheret ke muka pengadilan empayar, yang mendapati beliau bersalah. Hukuman pun dilaksanakan, cuma tidak pasti bila roh Syllaeus terputus daripada halkumnya. Syllaeus mati dipancung (Djikstra, 2015).

Tindakan Syllaeus memang tidak mengubah apa-apa, cuma sekadar melengahkan masa saja. Namun beliau harus menjadi contoh ikutan tentang kesetiaan. Beliau sengaja membawa Gallus ikut jalan jauh ke Ma’rib.

Apabila sampai, tentera Gallus sebenarnya sudah lemah dan tidak mampu mengepung kota tersebut. Mereka hanya bertahan selama seminggu saja, sebelum terpaksa berundur kerana penularan penyakit begitu dahsyat.

Syllaeus hanya orang biasa. Namun beliau mati sebagai seorang wira bangsa, yang enggan biar rantau leluhurnya dipegang penguasa asing.

RUJUKAN:

Dijkstra, K. (2015). Life and Loyalty: A Study in the Socio-Religious Culture of Syria and Mesopotamia in the Graeco-Roman Period Based on Epigraphical Evidence. BRILL. Halaman 305.

Frankforter, A.D., & Spellman, W.M. (2003). The West: Culture and Ideas to 1660. Prentice Hall. Halaman 170.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.