Lebih seribu tahun sebelum penjelajah Eropah tiba di perairan Korea, Empayar Parsi sudah mula menulis kisah cinta mengenai Puteri Korea.

Mungkin ia adalah cerita yang kurang diketahui, namun boleh mengubah perspektif umum mengenai sejarah.

Ahli Sejarah meneliti semula karya sastera epik Parsi yang ditulis sekitar 1,500 tahun lalu dan menyedari bahawa di tengah-tengah bab ada sesuatu yang menarik untuk diteliti semula di dalam kisah epik ini.

Gambaran Pada Abad Ke-14 Antara Putera Parsi Dan Puteri Korea (Hanyang University Museum)

Sejarawan berpolemik sama ada orang Parsi ribuan tahu lalu sudah mengenali atau tidak tentang entiti Korea disebabkan sumber yang ada mungkin masih belum diteroka sepenuhnya kerana melalui dapatan sedia ada ketika itu tidak menerangkan secara terperinci mengenai hubungan antara Empayar Parsi dan Dinasti Korea, justeru menjadikan penemuan ini luar dari kebiasaan.

Pendedahan baharu menunjukkan Parsi bukan sahaja menjalankan hubungan diplomasi dengan Korea – (ia mungkin memerlukan penceritaan dan kajian semula peristiwa sejarah).

The Kushnameh: Epik Parsi Berusia 1,500 Tahun Mengenai Korea

Cerita epik Kushnameh berunsur fiksyen bukanlah penemuan baharu, Ia adalah salah satu cerita popular sejak zaman Empayar Parsi lagi. Epik Kushnameh diceritakan berkali-kali dalam tempoh 1,500 tahun sejak ia ditulis.

Kushmaneh ialah sebuah puisi epik, secara naratif mengisahkan tentang raksasa jahat bernama Kus yang digambarkan mempunyai gading seperti gajah, kedatangannya mengancam ketenteraman masyarakat Parsi sejak beberapa generasi.

Penulis karya epik ini telah mencurahkan buah fikiran dengan menghasilkan 1,000 baris ayat puisi yang luar biasa bagi menggambarkan situasi kehidupan di Korea semasa Dinasti Silla.

Surat Cinta Pada Korea

Dalam satu bab karya epik Kushnameh memfokuskan pada perkembangan watak seorang Putera Parsi yang mulia bernama Abtin. Sepanjang hidupnya, Abtin dipaksa berlindung dan bersembunyi di dalam hutan dari ancaman makhluk Kus yang jahat. Abtin hanya mempunyai satu perkara bagi  memastikan beliau selamat iaitu dengan memiliki sebuah buku ajaib yang meramalkan masa depannya.

Abtin tidak perlu menyelak beberapa halaman muka surat untuk mengetahui bagaimana semuanya berakhir. selepas membaca beberapa bab seterusnya Abtin mengambil keputusan untuk pergi menjejakkan kaki ke Kerajaan Silla di Korea. akhirnya Abtin disambut dengan tangan terbuka oleh Raja Silla.

Illustrasi Putera Abtin Dengan Puteri Frarang

Setiap halaian kertas menghuraikan tentang betapa indahnya Korea. Sebahagian penceritaan kelihatan agak berlebihan. sebagai contoh, Korea sangat kaya dan melimpah dengan emas sehingga anjing pun dipelihara dengan tali emas. Tetapi secara keseluruhannya, huraian itu sangat tepat sehingga Ahli Sejarah moden berpendapat bahawa pengarang kisah epik mungkin pernah melawat Korea.

Lantaran itu, Sewaktu ketika Putera Abtin terpesona dengan keindahan Korea, tidak lama kemudian beliau ditemukan dengan Puteri Frarang. Cukuplah buat pertama kali Abtin jatuh cinta dengan kecantikkan Puteri Korea.

Tidak segan beliau merayu kepada raja untuk dinikahkan dengan puterinya, tidak lama kemudian hasrat Abtin tercapai dan mereka dikahwinkan.

Simbolisme dalam kisah epik antara Putera Parsi dan Puteri Korea tidak dapat dinafikan.

Ia adalah bukti kukuh bahawa orang Parsi bukan sahaja tahu tentang Korea sejak 1,500 tahun dahulu; malah mereka mempunyai rasa kagum yang mendalam terhadap Korea.

Gambaran Raja Dan Permaisuri Dinasti Silla

Putera Parsi menghabiskan seluruh hidupnya dalam persembunyian, apabila beliau kembali ke tanah airnya, akhirnya Abtin dib-nuh oleh orang bawahan Raksasa Kus.

Polemik Korea Atau China?

Selama 1,500 tahun, masyarakat telah membaca cerita ini tanpa mengetahui apa yang mereka baca. Pada mulanya Sejarawan menganggap bahawa cerita ini merujuk kepada negara China.

Dalam karya ini, Kerajaan Silla Korea dirujuk sebagai “Chin”, nama yang boleh merujuk kepada China atau Korea. Malah ia adalah titik plot dalam cerita.

Kebanyakan ahli sejarah salah menterjemah perkataan “Chin” dalam buku yang meramalkan masa depannya dan menyangka Abtin sepatutnya pergi ke China.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini Ahli Sejarah meneliti kembali huraian tersebut dan menyedari betapa sempurnanya ia benar-benar merujuk pada Korea bukannya China.

Perihalan dalam buku ini tidak berbunyi seperti China, tetapi ia merupakan huraian yang sempurna dan jelas tentang Korea abad ke-6 – tempat di mana mereka benar-benar memelihara anjing mereka dengan rantai emas tulen.

Penulisan Semula Keseluruhan Sejarah Wajar Dilakukan

Ini sekaligus dapat mengubah cara kita melihat sejarah. Korea kelihatan seperti tempat yang terpencil dan jauh dari dunia Barat; tetapi cerita ini menunjukkan bahawa Timur dan Barat mungkin tidak begitu asing dan terpisah.

Ia mengambil masa sehingga 1653 sebelum penjelajah Eropah pertama sampai ke Korea. lebih daripada 1,100 tahun selepas Kushnameh ditulis.

Parsi mempunyai beberapa jenis hubungan dengan Korea. Kedua-duanya adalah sebahagian daripada Laluan Sutera.

Secara umumnya, diandaikan bahawa mereka hanyalah sebahagian daripada rangkaian perdagangan yang lebih besar.

Dalam cerita ini, bagaimanapun Korea bukan rakan kongsi perdagangan tapi Korea adalah rakan sekutu yang dipercayai, dan mereka sangat penting bagi orang Parsi.

Misalnya di sebuah makam purba di Gyeong-Ju terdapat sebuah monumen lama dipercayai milik seorang wira p3rang Korea yang kelihatan sangat mirip dengan seorang tentera Parsi berbanding tentera Korea sendiri.

Ia boleh mengubah segala-galanya tentang cara kita melihat sejarah negara-negara ini. Hakikatnya, ini jauh lebih besar daripada kisah cinta antara dua individu. Ia adalah kisah cinta antara dua negara.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Comments are closed.